Riadah. Atau eksersaihhh

Lepas panjat gunung jerai hari tu, kitorang tak balik rumah terus.
Kitorang singgah stadium dulu, sambung main ball dengan Haikal.
Bukan dalam stadium ok, kat tepi-tepi tu je. -..-


Ada gaya macam Wan Zack Haikal tak?
Ceyy ceyyyy nak nama iras-iras je kan. Haha!


Haikal tengah usha sorang makcik jogging. 
Pelik gila ok makcik tu, jogging tonggek-tonggek vontot, pastu tangan hayun kemain jauh. Aku tahan gelak je tengok. Nasib tak barai gelak kat situ jugak kahkah.


Ite an, uke angat Haikal akai asyut ni. Omey angat. 
Asyut abang kawasan omey aumm aumm.
Deshuummmmm!! *lempang diri sendiri*



 Jumpa kayu je, terus taknak main ball dah.
Kerja dia kan memang masuk hutan mengutip kayu api. -..-

 "Awas lu orang semua. Gua abang kawasan sekarang. Tak nampak gua dah standby kayu api kat tangan ni? Sape berani cari pasal dengan gua, gua tonyoh kayu api ni dalam lobang idung lu orang tahuuuu!!"


Sambil Baby Haikal tengah feeling abang kawasan sengsorang,
apaknya pulak sibuk feeling Wan Zack Haikal.
Kahkah.

Hubby kan, memang memanjang nak conquer mainan Baby Haikal tau.
Aku beli lego untuk Haikal pon, dia yang main lebih-lebih.
Haikal main seploh minit, hubby main 2 jam. Buat kereta polis la, buat KLCC lah, buat kapal lah. Nasib tak buat jambatan je. -..-


Tapi Baby Haikal ok je hubby main mainan dia.

 
Seronok je tengok apaknya melambung-lambung ball dia. Sikit pon tak kisah.

Tapi bila turn dia pulak nak main, tapi tengok apaknya yang sibuk conquer ball dia,
mula la muka berubah sikit demi sedikit. Haha!

"Papa, tak nampak ke saya tengah kerut dahi ni?? Tengah marah ni ok. Tolonglah pulangkan balik bolaku itu. Jangan sampai kayu api hinggap di dalam lobang hidungmu kelak."

2 comments:

Fai CeritaCinta said...

hehe.. comel haikal, putih.. mudah2an kenan kat anak auntie fai nnti ye :)

UmmuMajdiyya said...

hensomnye abg karl.