Surprise yang tidak dimengerti oleh hubby.

Niat di hati nak buat surprise.
Dengan harapan, orang tu akan tertanjat-tanjat sambil terloncat-loncat sambil
homaigod homaigod.
Tapi....
sobs..
sedih...

Hari tu, aku pergi lab.
Macam biasa la menternak lumut.
Korang pon tahu kan, kerja aku memang ternak lumutttt je la manjang.
Muka pon dah macam lumut. -..-

  
Ni contoh lumut yang berjaya diternak. Nama lumut ni Botryococcus sudeticus
Mesti lidah korang macam SREDTGUNILJGCSDFVHBJH nak menyebutnya kan. 
Takpe, aku pon sama. Haha!
Nak senang, kita ambik nama yang hujung tu je, ____________"ticus".
So kita panggil dia tikus je lah. Senang. -..-

So ada sekali tu, sedang aku menternak tikus, (dari ternak lumut terus jadi ternak tikus kahkah) tetiba hati terasa rindu kepada suami yang jauh di mata, dekat di hati, muntah di baldi. Huhu!

So aku pon text hubby.

"I miss you."

"I miss you, too." hubby balas.

Tu jelah pon. Tak mesej pon takpe kot. Haha!

Dan secara spontannya, tetiba aku terfikir macam nak buat sesuatu untuk hubby.
Aku pon ambik tikus tadi, dan buatlah "sesuatu" yang aku terfikir tu.

Lepas 2 minggu, aku call labmate aku,

"Hoi, tikus aku dah tumbuh ke belum?"

"Tikus yang mana? Yang special ke yang tak special?"

"Yang special."

"Oh yang special dah tumbuh dengan jayanya. Dah boleh kutip sekarang."

Aku terus zas zas zass pergi lab sambil nyanyi..
Yea yea tikus dah tumbuh. Yea yea tikus dah tumbuh. Yea yea~
-..-

Dannnnnnnnnnnnn.....
Ini la "sesuatu" untuk hubby yang dimaksudkan tu. 
Tikus special. Hihi!

Walaupon tulisan ibarat cakar tenuk, kususun sepuluh jari memohon ampun saje lah. 
Huhu!

Sebelom hubby balik kerja, aku dah siap-siap letak kat atas meja depan laptop.
Sebab mamat tu, bila balik kerja je, "Sayang update apa hari ni?"
Dasarrrr sangat baca belog bini sendiri kan? 
-_____-
Hubby ialah peminat nombor satu belog ni okkkk. Kahkah!
Padahal pasal bini ngan anak sendiri je pon, tiap-tiap hari pon ada je depan mata. -..-

So bila hubby balik, dia duduk depan laptop je, terus ternampak tikus special tadi, dan ini reaksi dia..

"Errr..apa ni?"
"Ooo..ni la lumut eh?"
"Err.. macam mana sayang buat dia jadi tulisan-tulisan camni?"
"Ni letak dalam bekas camni, kesian dia tak boleh nafas. 
Letak dalam pinggan kan bagus."

-_____________________-"

Aku macam..
Derrrrrr tak nampak ke I love you Hafify tuuuuu!!! 
Benda lain yang dikisahkan buat hapeeeee...
Dush dush dush!!

Aku punyalah expect hubby akan tertanjat-tanjat sambil terloncat-loncat sambil homaigod homaigod kan. 
Tapiiii..
Lumut boleh nafas ke tak yang dikisahkan? -..-

Masa tu aku memang dah sentap tahap ketar-ketar bibir la kan. Haha!
Tapi tak lama lepas tu, hubby perasan la aku sentap kahkah, pastu dia macam nak pujuk balik la kan.

"Alaa sayang..Papa gurau je. Thank you and I love you, too. Heheh."

Gitu je lah pon pujuknya. Pfft.

Tapi hubby terus try pujuk dan pujuk dan pujuk lagi, sampai satu ayat tu, aku rasa loya di tekak, rasa macam nak muntoh sepuloh baldi.

"Ok ok. Papa pon ada surprise untuk Mama. Nanti penang second bridge tu dah siap, Papa bawak Mama naik helikopter, pastu mesti Mama terkejut tengok bridge tu dari atas. Sebab bridge tu sebenarnya membentuk tulisan "RAJIAH".

-_________________-

Okkkkk muntah sup gearbox sekarang jugak.
Nampak sangat menipunya banggggg...
Adinda berasa sungguh terharu. 
Terima kasih la.
Haha!

 Disebabkan kat rumah takde test tube rack, marilah kita taruk je kat pemegang alat kawalan jauh penghawa dingin ini. Hohoh!

3 comments:

mamafarah4 said...

wakaka..sentap tahap gaban jiji ni..sian nye.
eh betul tau jiji, kalo naik helikopter atau kapal terbang tengok jambatan tu dr atas memang terbentuk nama RAJIAH...hahaha..sengal ayat pujuk gitu..kot2 nak pujuk bawak la gi makan2 hotel la..

Jiji-Fify said...

mamafarah,
kannnnn..tak payah nak menifuuuuu. Huhu! tu la patutnya bawak la pergi makan hotel ke, makan hotel ke, makan hotel ke kan. Hahahahahah

ct cheery said...

dia testing..testing..aje kot..haha
sabar aje lah..tak jatuh ke letak ats tu..hehe