Agaknya dah jauh sangat dah aku ni

Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni,
aku tak hingin langsung nak buat apa-apa.
Aku asik termenung.
Selalu sangat.
Bangun tidur, termenung.
Tengah makan, termenung.
Tengah tengok tv, termenung.
Tengah berak, pon termenung.
Habis tu nak buat apa lagi kan? Haha!

Tapi sebelom ni aku tak pernah macam ni.
Paling lama aku termenung ialah setiap kali lepas solat.
Kengkadang termenung sampai menangis.
Nangis sungguh-sungguh.

Korang pernah tak rasa macam tu?
Macam rasa kehilangan gitu la. 
Tapi takdelah kehilangan pape pon sebenarnya.
Cuma rasa je.
Macam kosong je jiwa. 

Aku pon tak tahu sejak bila benda ni berlaku.
Yang aku sedar, dah 3 hari jugak kot aku macam ni.

Nak kata mood swing, kejadah apenya??
Ngandung pon tak, period pon tak.

Aku rasa macam mencari sesuatu.
Derrrr...tadi kehilangan.
Sekarang mencari sesuatu  pulak. 
Bukan ke sama je maksud tu?? -..-

Nak kata aku stress, pon tak lojik.
Study pon takde la sampai tahap pecah kepala lagi.
Bulan 6 kang, baru aku start final year inshaAllah.
So bulan 6 sok la baru kita start pecah kepala. Kahkah.

Kengkadang kan.
Sambil mengaji pon aku boleh nangis.
Padahal bukan paham pon verse yang aku recite tu.
Kalau paham lain cerita la kan.

Pastu ada sekali tu, aku mengaji sampai 2 jam non-stop.
Sambil nangis jugak.

Ok aku rasa macam...
tak patut sebenarnya aku cerita camni kan.
Macam nak berlagak pulak.

Korang..
aku bukan nak berlagak.
Aku rasa aku ialah manusia yang lebih lahanat dari korang.
Lebih lahanat dari yang korang sangka.
Seriously.

Sebelom-sebelom ni, nak mengaji satu muka pon tak tentu.
Solat 5 waktu pon tah hape-hape.
Memanglah solat, tapi.... dot dot dot.

-______________-

Aurat pon tak terpelihara sepenuhnya.
Bebaru ni kan, aku dan hubby borak-borak.

Hubby: Anak kedua papa nak anak pompuan boleh?
Aku: .........
Hubby: Tak boleh ke?
Aku: Tak tahu la mama layak ke tak dapat anak pompuan.
 Hubby: Kenapa?
Aku: Mama sendiri pon belum sempurna di sisi Allah. Camane nak didik anak perempuan? *sambil tahan nangis*

Aku betul-betul tak faham kenapa aku jawab gitu.
Aku macam dah tak kenal diri sendiri pon ada.
Masuk hantu ke hape??

Nak-nak pulak, bebaru ni ada seseorang yang warak kata macam ni,

"Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu masuk syurga.
Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu terlepas siksa kubur.
Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu dapat anak yang soleh.
Allah tak pernah janji orang yang ada PhD tu berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.
Tapi yang pasti, Allah berjanji, orang yang taat dan mengtauhidkannya 100%,
adalah orang yang berjaya. Disanjung. Dirahmati. 
Dirinya dan keluarganya.
Dunia dan akhirat."

Ok sentap habis aku dengar statement tu.
Rasa macam..
apa motif belajar sampai hujung dunia kalau...
hujung-hujung nyawa kang baru tahu semua ni sia-sia.
Hujung-hujung nafas kang baru terbayang 
solat kau kemana?
aurat kau kemana?
dakwah kau kemana?
quran kau kemana?
rukun islam kau kemana?
rukun iman kau kemana?
Masa tu mungkin izrail dah duduk sebelah.
Tengah standby.

Hari ni boleh lah.
Pegang scroll sana sini.
Bangga title lebih panjang dari nama.
Dato Seri Panglima Prof. Emiritus Ir. Dr..
Konfiden. Aku lah orang yang paling berjaya.
Padahallll??

 Macam aku cakap tadi.
Ini semua tentang diri aku sendiri. Bukan korang.

Dah lama dah.
Aku tercari-cari sesuatu.
Mungkin sebab tu la aku asik termenung.
Paling lama aku termenung kan, dalam pkol 9-11 pagi gitu.
Aku dudukkkk je.
Sampai nangis.
Tak paham sungguh kenapa perlu nangis.

Hmmm.
Ke malaikat izrail dah seru-seru nama aku ni?

Entah...
 Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak describe.

Cuma aku harap..
Aku akan jumpa benda yang aku cari tu.
Dalam masa terdekat ni.

Aku rasa aku dah jauh sangat dah dari track yang Haqq.
Aku kena cari balik track tu.

At least sebelum aku dikurniakan anak perempuan.

Ok tengah tulis ni pon boleh nangis.
 Korang tolong doakan aku ye.

Aku betul-betul nak jadi..
MUSLIMAH semula.

8 comments:

RieNa said...

sama2 lah kita baiki diri jie. moga Allah permudahkan. amin...

lovelywa said...

Amin..moga berjumpe dgn apa yg dicari..

SyafiqahSabri said...

Alhamdulillah sis..mungkin yg sis tercari2 tu adalah hidayah n hidayah dah pun smp utk sma2 kita berubah mnjd yang lebih baik..in sya Allah..sy pun slalu rsa mcam sis rsa..takot sgt bila fikir kan kematian..

dari sisi hidupku said...

pernah juga rasa camtu. tapi,orang kata nak isi hati yang kosong, dekatkan diri dengan Allah. Tapi, manusia sentiasa leka. Nak istiqamah tu yang susah siket.

go akak, chaiyok.we support u.

Jiji-Fify said...

Riena,
Aminnn.. thanks kak

lovelywa,
InshaAllah. :))

Syafiqah,
tu lah. rasa macam dh jauh sangat dah tergelincir. macam tak layak je nak panggil diri sendiri hamba Allah. :'(

dari sisi hidup,
thanks dik. pasal istiqamah tu memang susah. dah nama pon manusia. senang sikit, lupa la. sedar-sedar je jiwa rasa kosong. pfft!

ili liyana said...

Hi!
Im ur silent reader.
Just nak share,
Kita pon penah rasa macam ni.
Adakah ni mid life crisis?
Ntahla.
Yang pastinya anggap Allah nak bagi hidayah kat kita untuk berubah.
Tak semestinya besar, we can start small.
Yang penting niat utk lebih baik n tambah ilmu.
About ur phd tak salahkan ada phd kalau kita niat utk berbakti pada orang lain.
Belajar kan ibadah.
Istiqamah perlu ilmu dan jemaah.
Semoga berjumpa dgn apa yg dicari.
XOXO

Jiji-Fify said...

ili liyana,

Thanks sudi drop comment walaupon pembaca senyap. :P Btw, betul belajar tu ibadah. setuju. Tapi biasalah manusia kan. especially diri sendiri lah. makin tinggi belajar, makin jauh agama ditinggalkan. seolah bukan prioriti lagi. yang fardhu ain buat sambil lewa, yang fardhu kifayah pulak bersungguhhhhh buat. takut semakin lama semakin hilang redha Allah. kejadah hape belajar tinggi, orang sanjung, tapi hakikatnya Allah tak pandang. Rugi. Seriously sekarang mmg banyak sit down, cari balik tujuan hidup ni, muhasabah diri. kita ni duduk kat bumi Allah, Tapi selalu sangat buat macam bumi sendiri. :'(

NURUL AIN said...

Allahumma ameeen....
InsyaAllah, kak jiah cyg... ain pun nak jadi baik. jom kita jadi lebih baik.

miss u. :)