Breakfast Ekspress tapi menggiurrrrkan (Baked Tuna Rice)

Dah lama saya tak share resepi disini kan?
Tentu anda semua rindukan resepi saya yang ringkas tetapi berkualiti.

Statement mintak tapak kaki ke hape tu??
Haha!

Pernah dulu aku share tips untuk breakfast on the road kan.

Tapi sekarang, aku dah tak perlu lagi pakai apron sambil drive kahkah.
Sebab most of the time sekarang aku kat rumah saje. Woohooo!
Aku dah start writing. Publications and thesis.
So boleh buat kat rumah saje. 
Hidup semakinnnnn bahagia.
Sebab hari-hari pon aku lebih dekat dengan katil, bantal dan peti ais. 
Ye, peti ais pon menjamin kebahagiaan seorang manusia.
Atauuu.. lebih tepat lagi, seorang hipopotamus? 

-..-

So bila dah boleh breakfast kat rumah,
dan peti ais pon sentiasa dalam jarak tak lebih dari 3.8612 meter.
Maka senang la kita nak breakfast macam raja.
Raja kepada hipopotamus kahkah.
 
Jadi, camane dengan mangkuk tingkat? 
Boleh taruk longkang saje sambil berkata,

"Saya tidak memerlukan awak lagi. Bye!"

Kahkah masih terbayang-bayang dulu aku rajin bawak mangkuk tingkat pergi lab.
Kemain ramai promot tupperware kat aku.
Ye la, muka megan fosh, tapi bawak mangkuk tingkat??
Hubungan yang sungguh tak linear. *tetiba*

So hari ni aku nak share satu resepi breakfast yang aku selalu buat kat rumah.
Baked tuna rice.
Dalam BM, nasi tuna bakar. 
Ke nasi bakar tuna? Ke bakar nasi tuna?
Ah lantak ah!
Tapi sumpah senang gillzzz nak buat.
Ibarat kupas kelapa guna gigi. *apakahhh*

Ok korang cuma perlukan tiga bahan.
Tuna dalam tin, nasi putih, dan cheese.


Aku guna tunamagik. Tuna apa-apa pun boleh je. Suka hati engko.
Simbol cili kat tin tu menunjukkan tahap kepedasan.
Aku suka yang satu cili je. Light-light je pedas dia.
Yang dua cili tu macam overrrr pulak pedas dia.
Bagi aku la.
Tapi kalau korang memang suka pedas stok kunyah cili padi sebagai snek harian tu kan. Boleh la amik yang ada simbol dua cili tu.


Jadi, cara buatnya:

1) Amik nasi putih.



2) Tuang tuna atas nasi dan gaullll.

3) Pastu padat-padat kan nasi tu, pastu kalau nak, letak tomato.
Taknak letak pon takpe.
Macam aku ni memang suka tomato. 
Laki aku siap cakap aku hantu tomato.
Ada aku kisah?
Beria cakap aku hantu tomato kan, yang dia tu tak sedar diri sendiri ialah
Suami hantu tomato. ;D

4) Ok lepas setel nasi dan tuna tu, amik cheese.
Tak kisah la cheese cap apa, jenis apa. 
Mana-mana yang korang suka.
Aku guna mixed cheese.



5) Cheese tu tabur je atas nasi tadi.
Dan masuk oven (170'C)
atau microwave (maximum heat)

Pasal masa, aku tak tahu nak cakap camane.
Sebab bergantung kepada size mangkuk korang dan jenis cheese yang korang pakai.
Pepandai lah ye.



Dannnn...
nah hasilnya..

Dapatlah hipopotamus breakfast seperti raja, cheese tarik-tarik bersama nasi. :D

Kalau korang nak cheese tu absorb lebih jauh ke dalam rongga-rongga antara butiran nasi (Bapak ah explaination kau! Haha!), korang jangan mampatkan sangat nasi tu. Kasi loose-loose je.
So nanti masa bakar, cheese tu cair, dan masuk di celah-celahan nasi, dan tak lama kemudian masuk ke celah-celahan gigi dan celah-celahan usus besar. Ehh?

Selamat mencuba! 
=)

5 comments:

Nurul Ain said...

aku kalau resepi ada cheese memang laju confirm balik ni aku try.. tapi kalau aku try aku x moh r jd hypo cam jiji tu opss *jgn mare

Zura Lee said...

menjejes air hidung nengok..wiken nanti nk buat la..

love my life forever said...

:-)

NURUL AIN said...

kak JIah.....
http://ainshohor.blogspot.com/2013/04/nasi-megan-fox-ala-blink-blink.html


hahaha...i tried it! tq

mama ila said...

wah..nampak sedapp..boleh cuba nanti =)

salam kenal yer..ila follow sini =)