Habis tu nak jawab apa?

Situasi 1:

Kat rumah,

Aku: Jahan, tolong jaga Haikal kejap. Kakngah nak solat.
Jahan (adik bongsu aku): Ok. Setakat jaga Haikal, senangggg..

Bila aku habis solat,

Jahan: Kakngahhhhhhh!!! 
Aku: Kenapa??
Jahan: Haikal niiiii!! Dia tumbuk Jahan.
Aku: Dah tu? Tumbuk je la balik.



Situasi 2:

Kat nursery,

Rayyan (budak berumur 5 tahun): Makcik, tadi Haikal picit hidung saya.
Aku: Kenapa?
Rayyan: Saya amik pisang dia. Saya acah je tapi. Pastu Haikal marah.
Aku: Hmm yang ko pergi acah tu kenapa. Macam mana Haikal picit?
Rayyan: Macam ni. *bersungguh-sungguh picit hidung sendiri*
Aku: So lain kali, buat je balik kat Haikal macam tu.



Situasi 3:

Malam tadi sebelum tidur,

Hubby: Mama, tengok Haikal ni. Dia tampar Papa. Kuat gila. Sakit kottt! 
*sambil acah-acah nak tampar Haikal balik*
Aku: Woi woi beraniiii Papa nak tampar Haikal! Mama tampar Papa balik tahu la. Bukan dengan tangan. Tapi dengan kaki.  
*sambil jegil-jegilkan mata*



Hmm.
Mana tak anak engko asik nak pelangkong orang je kerja.
Kalau dah maknya pon kaki pelangkong.

-_________________-"

4 comments:

Zura Lee said...

sedapnye dia mkn fries !!

anyss said...

Assalamualaikum,
hu huhuhuhu ganasnya mak dia!
seriussss! Haikal makin encem. nak book wat menantu lah!

mamafarah4 said...

woooo!ganas siut jiji ni..ala,wajib la kan ganas skit,anak lelaki..dah namanya abg kawasan haruslah up skit..kang lembik ada plak yang amik alih kawasan..

dari sisi hidupku said...

memang tak lah nak balas balik. pk bdak kecik je,klo sebaya dah memang kena penampor dah.haha. hadoii, ganas betoi budak ni.