Kenapa, kak? Kenapaaaaa!!!

Aku ada kuih kegemaran.

 Gambar Google

Donut Kampung.
Atau Donut Melesya.
Atau Donut Bodoh. 
Secomel-comel kejadian, Donut Bodoh juga nama diberi -..-

Tapi aku panggil Donut Gula. 
Lagi tepat jitu padu dan berwibawa. *apetah*

Kat perumahan aku ni, ada empat tempat jual donut ni petang-petang.
Tapi..
hanya satu tempat yang donutnya betul-betul menepati citarasa reseptor lidah, kelejar liur, esofagus, perut dan usus besar aku.  
Kenapa usus besar pon perlu terlibat sama? Kahkah.

Setiap petang aku akan pergi kat tempat donut sedap tu.
Dan Alhamdulillah, selalunya dah habis bila aku sampai. Pfft.
Sampai-sampai je, tengok dulang tu mesti tinggal gula je. Donut dah habis.
Kengkadang rasa macam nak cakap kat akak yang jual tu,

"Kak, sebab donut dah habis, saya beli gula je lah. Berapa sekilo?"  

Tapi kang, gula dengan dulang-dulang tu sekali naik atas kepala aku.
Kahkah.

 Ekspresi muka bila donut habis. Haha!

So begitu lah, nasib selalu tak menyebelahi aku.
Melainkan kalau aku datang awal.
Akak tu baru nak bukak payung, aku dah terpacak kat situ nak beli donut.
Pernah ok.  
Perasaan teruja masa tu memang indescribable.
Rasa macam, 

"Kakkkkk, saya datang nak beli donut satu dulang yeay yeay yeayyy!!!"

Kalau aku jadi akak tu,
ku hempok jugak dengan dulang ni kang.
Histeria dah kenapa? Nak beli donut je kot. 
Orang beli Big Apple satu dulang fifteen pieces pon tak batak macam kau.

Baiklah.
Pandai aku monolog untuk akak tu. Haha!

Tapi memang jarang la aku dapat merasai saat dapat beli donut awal kat kedai akak tu. Selalu pon aku sampai dah pukul 5 lebih.  
Asyik asyik asyikkkk gulaaaa je yang tinggal.  
*rujuk ekspresi muka Haikal di atas*
  
Ada sekali tu, macam biasa aku terjah kedai akak tu.
Dalam hati berdoa, tolonglah donut belum habis tolonglahhhh.
Bila aku sampai, sungguh donut ada lagi 3 ketul dalam dulang tu yeay!

Aku: Kak, saya nak donut. Bagi semua!
Akak donut: Ok. 
Aku: Berapa kak?
Akak donut: Singgit dah la. Pisang goreng takmau?
Aku: *yessss!! dapat diskaun 50% haha* Takpelah, nak donut je. Saya beli ye.
Akak donut: Akak juai.
Aku: Kak, nak tanya. Donut ni akak buat ke?
Akak donut: Haa la. Awatnya?
Aku: Sedap la kak. Saya suka. 
Akak donut: *senyum* Akak buat tak banyak. 20 biji je sehari. Takut tak habis.
Aku: *tak habis engko kata??!!* Tapi hari-hari habis je saya tengok.
Akak donut: Alhamdulillah.
Aku: Akak buat la banyak. Patratus bijik ke.
Akak donut: Haha. Tengok la dik.

*diam beberapa ketika*

Aku: So.. esok akak nak buat berapa bijik?
Akak donut: 20 bijik la.

-____________________-"

2 comments:

Zura Lee said...

aku pun suka donut gula tuh... best kan...

Nurul Humaira Mohamad Nor said...

suka jugaaaaaaaaa.sedap