Apa air zam-zam dah buat sebenarnya ni?

Aku rasa aku kena share benda ni.
Seriously, miracle habis!
Pasal air zam-zam.

Maybe korang dah tahu.
Tapi aku baru tahu. Ok agak loser disitu.
Tapi takpe. Aku nak share jugak.
Mungkin ada yang lebih loser dari aku. Haha!

Aku discover dalam 2-3 bulan lepas.
Ok takde la baru sangat. Huhu.

Ada sekali tu, Haikal sakit. Demam selsema batuk semualah.
Sebab cuaca kot.
So macam biasa, kitorang pi klinik, doktor bagi ubat (liquid form).
Balik rumah kitorang pon bagi la Haikal ubat tu. Pakai syringe.
Memang hazabbbbb nak bagi dia ubat.
Meronta ronta rontaaaaaa.
Kemain meronta macam baru kalah PRU ke hape. Ehh?

Tapi kitorang terpaksa bagi jugak lah.
Haikal meronta pon, kitorang jolok je kahkah.

Tapi ofkos lah, aku sebagai ibu terbaik abad ini tolong jangan muntah lagi, mestilah aku rasa sebak tengok anak dipaksa makan ubat sampai terseksa sedemikian rupa.
Hari-hari aku sedih bila nak bagi Haikal ubat.
Tak sanggup kot tengok dia meronta begitu.

Sampai lah satu hari tu, aku gayut ngan Mama.
Aku pon ngadu lah apa lagi. Hobi kannn. ;D
Pastu Mama suggest bagi Haikal minum air zam-zam.
Mana tahu air zam-zam lebih hebat dari ubat yang doktor bagi.
Semua orang pon tahu khasiat air zam-zam kan.

Aku pon zas zas zasssss pergi beli air zam-zam.
Tujuan sebenar ialah untuk substitute ubat tu dengan air zam-zam.
Sebab dah tak sanggup nak bagi Haikal ubat.
Asyikkkk berdrama air mata yang tiada berkesudahan. Huhu!

Dan bila aku start bagi Haikal air zam-zam kannnnnnn
jeng jeng jengggg
maka bermulalah episod discovery channel. kihkih
Dan semenjak itu, aku selalu pastikan air zam-zam sentiasa ada stok kat rumah.

Korang tahu apa berlaku?
Malam tu kan, aku macam nak taknak bagi Haikal ubat tau.
Tapi hubby paksa suruh bagi jugak. Sebab nak Haikal cepat sihat.
Aku pon pasrah je la kan. Kang durhaka kena sumpah jadi batu pulak.
So aku pon siap-siap masukkan ubat Haikal dalam syringe. Ubat dia ada tiga. So ada tiga syringe la kan. Tapi selalunya aku tambah lagi satu syringe, aku letak air kosong. Tapi kali ni aku tukar, aku letak air zam-zam.

Pastu macam biasa, sebelom tidur aku bagi la Haikal ubat-ubat tu semua.
Dan macam biasa jugak dia meronta-ronta nak telan ubat. Hmmm.
Tapi keajaiban berlaku bila aku halakan syringe keempat (air zam-zam).
Masa aku bagi air zam-zam tu kan, secara tiba-tiba Haikal jadi tenang dan telan air zam-zam tu laju-laju. Selalunya syringe keempat tu aku letak air kosong biasa je tau, tu pon dia meronta. Padahal air je kot. Tapi air zam-zam ni, dia macam rela dan sedut laju-laju.
Memang amazing.
Masa first time tu, aku and hubby terkedu kejap.
Sampai hubby tanya, "Mama letak air apa??"

Since then aku wonder, mengapakah terjadi begitu?
Google punya google pon tak ketemu jawapan.
Yang ada cuma dalil-dalil dan khasiat air zam-zam, macam mengandungi banyak mineral zat besi magnesium kalsium tulang sumsum segala tu kan. Huhu!
Takde pulak pasal, air zam-zam boleh mencepatkan anak engko sedut ubat.
Takde ok. -..-

Maka satu hari tu, aku try buat tau.
Makan ubat pastu minum air zam-zam.
Rupanya, air zam-zam tu hilangkan rasa ubat tu. Serta merta okkk!
Heibattttlah! Kalau rasa pon sikittttttt sangat.
Tak macam air biasa. Kalau air biasa, ada je rasa ubat tu kat tekak.

No wonder lah Haikal telan laju-laju air zam-zam tu lepas makan ubat.
Amazing kan?

Aku tak tahu la benda ni jadi kat Haikal je ke apa.
Tapi Allah betul-betul dah tunjukkan kuasa Dia dengan air-zam-zam.
=)

So sejak hari tu, kalau Haikal kena consume ubat, memang aku akan bagi air zam-zam lepas bagi ubat. Dan sekarang, senanggggg sangat nak bagi Haikal ubat.
Bila aku cakap, "Kita makan ubat ok sayang?"
Terus Haikal angguk laju-laju.
Masa halakan syringe ke mulut dia pon, rilek je dia telan ubat.
Sebab dia tahu dah, lepas tu aku akan bagi air zam-zam.
So tekak dia akan rasa best semula.

Korang try lah kat anak-anak korang.
Biasa lah budak-budak.
Mana mahu telan ubat pahit-pahit gitu.
Jangankan budak, mak budak pon tak suka telan ubat kottt.
Rela telan pizza hut cheese lebih nambelas slice. Ehh?

Yang paling latest, aku bagi air zam-zam kat Haikal bila dia termakan something yang terlalu pedas atau panas.
Pon berkesan.

Jadi, sila pergi borong air zam-zam sekarang.
Takyah pergi sampai ke mekah.
Pos Malaysia pon ada servis pos air zam-zam tahuuu.
Kau call je, pastu duduk goyang kaki atas buaian sambil main angry bird sambil tunggu abang posmen hantar depan rumah. Diva sangat. Hihi!
Tapi rumah aku takde buaian.
So bersila depan gate je la mampu.
Macam nak tunggu motor aiskrim matkool lalu depan rumah pukul 4 petang tu kahkah.

Ada sekali tu kan, masa aku tengah solat, tetiba ada bunyi motor sambil

"Mat Kool, Mat Kool kawanku. 
Mari kita ikut, Mat Kool. 
Main-main selalu.
Syoknya syoknya ada Mat Kool!"


Tak kusyuk terus solat aku.
Asik nak ter"miming" lagu matkool je. Haha!
Habis je solat, laju-laju keluar rumah lambai-lamabi kat bhaiya matkool tu.
Telekong pon tak bukak lagi. 
Ok jangan bayangkan. -______-"

Macam mana topik air zam-zam boleh jadi matkool pulak ni?
Deyyyy!!
Eh tapikan aku suka matkool pelangi.

Ok bye! ;D

2 comments:

achiek anis said...

aah mmg byk khasiat air zam2 ni yg kita tak tau...Alhamdulillah my baby pun saya ajar minum air zam2 menggantikan air kosong biasa coz my sepupu bg anak dia minum air zam2 sejak baby n alhamdulillah anak2 dia sgt2 berIQ tinggi...insyaallah

pearl said...

wah... bagusnya penemuan zamzam + ubat cair. memang boleh try. aah skrang nih kan, kat kedai biasa2 pun ada jual air zam zam. tapi cam mahal lah 1 botol rm15.

tetiba je cerita MatKool ye ...hhuhuuh