Breakfast Ekspress tapi menggiurrrkan (roti bakaq)

Hamboi ramai betul yang meragui Baked Rice aku hari tu.
Tahu la rupa dia tak menarik langsung. :D

Paling sentap bila ada yang cakap camni,
"Sedap ke bila cheese bergabung dengan nasi??? Macam pelikkk je."

Ok.
Aku assume kau tak pernah makan baked rice sebelom ni. 
Hihi!

Common kotttt nasi ada cheese.
Kat pizza hut pon ada jual kot.
Kalau kaki makan western, mesti tahu kebanyakan baked rice memang ada cheese topping. Tapi kalau jarang makan western, bagus la. Jaga badan.
Tak macam aku.
Walrus dulu kini dan selamanya. 
Ni semua salah cheese topping tu lah. 

-_________-"

So kepada yang macam tak masuk je bila rasa nasi bergabung dengan cheese tu kan.
Takde masalah.
Boleh je substitute nasi tu dengan roti.

Ni antara menu breakfast aku jugak lah.
Bila bangun pagi, bukak periuk nasi, tengok tinggal kerak je, nangis 3 minit.
Maka terpaksalah cari roti. 
Sambung nangis 3 minit.

Cara dia sejibik sejibon macam buat baked rice tu.
Cuma, guna roti instead of nasi. *berapa kali nak ulang tah*

Bahan dia 4 je:
Roti
Tomato
Tuna
Cheese

 Aku guna roti cap Massimo.
Err... takyah bagitau pon takpe kottt. Haha!
Sama je cap apa pon kan. 
Cap Gardenia ke, cap High 5 ke, cap rambutan ke.
Semua rasa roti kotttt.


 Tomato. Petik kat tesco. ;D


 Aku guna Tuna mayonis.
Pon tak kisah la korang nak guna tuna apa. Janji boleh lalu tekak. 


 Haa ni lah dia. Penyebab walrus. Kahkah
Kalau bab topping makanan aku memang guna mozarella.
Korang kalau biasa makan cheese keping petak tu, pon boleh guna.
Tak berubah pon rasa dia. Rasa cheese jugak.
Takkan rasa nasi goreng paprik udang lebih pulak.
Aku kalau dah nama cheese, memang aku telan je. 
Tak kisah la petak ke, membujur lalu melintang patah ke kan. Cheese je pon. Tak perlu nak menggelabah sangat dengan rupa bentuk mereka. :D


Jadi,
mari kita mulakan langkah-langkah pembuatannya.
Nak buat sandwich je padahal ni. Gaya macam nak buat karipap pusing 16 tingkat.
Boleh control hormon sikit tak? -..-

Ok. Langkah pertama.
Susun roti. 
Ya. Langkah pertama je dah susah gila kahkah.
Susun roti sahaja.

 Susun jangan tak susun!


Langkah kedua,
Susun tomato.
Ye.. kita memang main susun-susun je hari ni.

 Suka hati kau lah nak susun lagu mana ponggg.
Lagu negaraku pon bolehhhhh.


Langkah ketiga,
cedok tuna dan sapuuuu.

 Kalau ada lebihan tuna lekat-lekat kat sudu tu,
jilat dan senyum.
Hahaha!


Langkah ke..
ke berapa dah tadi? Lupa dah.
Ok keempat. 
Tabur cheese.

 Kalau nak feeling lebih walrus, tabur la segunung.
Kalau nak amik gambar untuk masuk belog, tabur sikit dulu, amik gambar, pastu baru sambung tabur lagi. Barulah readers kau tak tahu bahawasanya kau adalah walrus abadi. Kahkah.


Langkah ke limaploh ratus. -..-
Masuk oven/microwave.



Lepas cheese cair dan roti jadi macam rangup-rangup sikit, kira dah siap la tu.
Sesiapa yang pakai microwave, aku rasa better bakar dulu roti tu dalam bread toaster sebelom letak segala tuna, tomato dan cheese tu.
Pastu baru masuk microwave. Seminit dua dah cukup. Setakat cheese tu cair je.

Last-last camni lah rupa dia.


 Ni bila dah sejuk.
 Rupa macam otak zombi pon ada kahkah.
Takpe. Asalkan sedap di perut walrus.

Ok selamat mencobaaa!

3 comments:

D' Hasnie Aini said...

terima kasih jiji...nie akan di cubakan... :)

mamafarah4 said...

tq jiji kongsi resepi bekpes yg senang2 saja yg pntg kita bahagia..eh mcm lagu plak ek..sila la awk nyanyi ngan haikal tu

cik chinta said...

kn bli microwave dlu nih