Hidayah, Sakinah, dan Nur. Sila lapor diri. ;D

Semalam aku borak dengan hubby.
Menggelabah sangat entry tu aku rasa. Pfft.

Aku: Papa, Mama betul-betul nak cari sakinah dalam hidup ni.
Hubby: Pulak dahhhhh... 
Aku: Kenapa?
Hubby: Semalam kata nak cari hidayah. Hari ni cari sakinah pulak. Entah esok cari Nur pulak agaknya. Sebenarnya Mama tengah cari calon bini muda ke ape ni? Hehe!

Pfftttttt!!!!!
Sikit lagi kaki ku nak tersasar ke dalam lobang hidung mu.

T________________T


Ya.
Itulah suami saya.
Loya buruk sokmo.
Walaupon aku dua kali lima je.

Walaupon begitu.
Saya tetap sayang dia.
Saya tetap cinta dia.
Kerana dia syurga saya dunia akhirat.
Dan dia hensem macam najib.
Ok tak.
Haha!

Jadi kepada hidayah, sakinah, dan nur.
Sila lapor diri.
Rumah aku ni ade je bilik kosong.
Bilik air dua, bilik setor satu.
Sorry master bedroom tetap hak milik bini pertama.

;D

 Wajah bini pertama memang kena bengis, barulah dihormati. Hahaha!


 Ni lah syurga saya. Walaupon tetek dah sama besar ngan tetek aku. -..-


Btw, terima kasih banyak-banyak kepada yang doakan aku, bagi semangat, bagi sokongan supaya aku cekal mencari apa yang dicari. 
Sampai sekarang pon aku masih mencari.
Bukan cari calon madu ye kahkah. Tapi cari sakinah dan hidayah yang dihakkan untuk setiap hamba Allah. Aku bukan nak jadi ustazah.
Cuma nak hati yang tenang.
Aku nak tenang.
Itu saje.

Macam..
akan mati 2-3 minit lagi,
tapi masih mampu tenang.

Aku jauhhhhhh lagi la nak sampai tahap camtu.
Masih segar bernafas ni pon dah tak mampu tenang.
Banyaknya dosa.
Banyakkkkkkk. :'(
Ni belum izrail datang lagi.
Kalau dia dah datang, lagilah.
Jangankan nak tenang.
Nak bernafas pon macam ditanam hidup-hidup gamaknya.

Na'uzubillahiminzalik.

Thanks korang. Sebab doakan aku. :)

Aku memang sejahil-jahil manusia.
Jangankan kata "orang yang alim".
"Orang yang baik" pon belum tentu.
Betapa jahilnya aku.

Betul la orang kata,
jangan hukum seseorang manusia tu.
Walaupon dari sisi kamu, dia hina, dia jahat, dia fasik.
Tapi mungkin..
Di sisi Allah, dia lebih tinggi darjatnya.
Allah lebih redha dengannya.
Allahu a'lam.

Jadi,
Baik amik cermin, tengok diri sendiri.
Tengok dalam-dalam.
Di sisi Allah, kau kat mana??
Tahun ni aku 26 tahun.
Tahun depan 27, 28, 29.
Aku baru sedar, hakikat umur.
Bukannya sekadar semakin matang, semakin wise, semakin hebat.
Tapi sebenarnya..
semakin dekat kepada dunia yang kekal. Untuk berjumpa Allah.

Sumpah, aku tak bersedia. Langsung.
Mungkin dah bersedia untuk mati.
Tapi langsung tak bersedia untuk dihidupkan semula.

Astaghfirullahal'azim.
Allazi la-ilaha illa huwal Hayyul Qayyumu wa atubu ilaih.

3 comments:

Sally Samsaiman said...

manusia mmg jahil...hanya Allah yg maha mengetahui..

ceritera-chinta said...

semoga bertemu apa yang di cari sy pun masih mencari2.....errr boleh sy lapor diri esok?sebb nama sy nur hidayah hahahah

Jiji-Fify said...

ceritera,
Dah la ada nur, hidayah pulak tu! Hahaha! terlebih syarat nih. :P