Kosa kata Haikal

Hai korang.
Amacam hari ni?
Masih beremosi pasal PRU13 ke? Hihi!

 Aku pon sedih jugak.
Eh tetiba nak ngaku sedih kan. Haha!

Takpe.
Kita relax dulu, fikir positif.
Semua Allah dah susun.
Dan apa yang disusun itu pasti bersebab.
Kita sebagai hambaNya, wajib bersangka baik.

Semua ni, adalah yang terbaik.

Betul la.
Rosmah pon ok apa.
Kan dia dah pakai tudung sikit.

;D

 Ok tukar topik.
 Nak over marah-marah pon tak guna.
Makin terserlah kobodohan tu kang.

Jadi hari ni marilah kita cerita pasal Haikal.
Sebab tu je modal aku ada. kahkah.

 Satu Malaysia!!
*macai BN detected haha!*


 

Haikal sekarang dah banyak cakap.
Sikit-sikit aku paham la.
Tapi kalau dia bebel-bebel banyak sangat tu kan,
sepatah haram aku tak paham. -..-

Seboleh-boleh aku akan cuba faham la apa yang Haikal cakapkan.
Kengkadang tu sampai aku suruh dia ulang dua tiga kali.
Berbuih mulut budak tu ulang. Siap dahi kerut-kerut tahan marah. Haha.

Tapi selalunya bila dah tak paham sangat tu kan,
aku jawab camni,

"Haa? Apa dia? Haikal cakap Mama cantik? Ok terima kasih. Sat lagi mama bagi nenen."

Terus terdiam budak tu. Kahkah.
Diam tanda setuju. ;D


 Ni antara vocab Haikal yang dapat difahami setakat ni.


1) "Bo" maksudnya Ball. Atau semua benda bulat Haikal panggil Bo. Balloon pon dia panggil Bo. Hari tu beli tembikai, pon dia panggil Bo. -..-

2) "Papa" maksudnya Papa. Tapi kengkadang Mama pon dia panggil Papa. Camni la sekaranggg T_T

3) "Bai" maksudnya Bye. Bukan Bhai. Yang dapat IC free tu, siap naik kapal terbang besar amboi diaaa

4) "Nak". Boleh membawa maksud nak atau taknak. Kalau geleng sambil muka nak marah tu, maksudnya taknak la. Kalau muka macam nak minta derma je, maksudnya nak.

5) "Ashih" maksudnya terima kasih. Kalau aku bagi something kat Haikal, nanti dia cakap Ashih. Tapi kalau aku rampas something dari dia, pon dia cakap Ashih. Mungkin juga Ashih tu bermaksud ciss bedebah kau rampas barang haku! -___-

6) "Owwohuba" maksudnya Allahuakbar. Ni bila Haikal nak solat. Masa takbir, tangan di telinga, muka serius, pastu cakap Owwohuba. Pastu terus sujud. Pastu lipat sejadah. -..-

7) "Kit" maksudnya sakit. Hari tu kena cucuk setahun setengah, sampai kesudah duk buat muka kesian sambil kittt..kittt..kittt.. sambil tunjuk-tunjuk tempat cucuk tu. Tapi hari tu masa mengundi, aku tunjuk Haikal jari aku yang ada dakwat-kekal-lah-sangat tu kan, sambil cakap kittt..kitt.. pastu Haikal tepuk-tepuk pipi aku pastu peluk. Holloh holloh holloh...pandai pujuk haha!

8) "Yak" maksudnya berak. Yang ni bagus. Senang kerja aku. Dan rasanya dah tiba masa untuk latih Haikal berak kat jamban. Yeay! 

9) "Apu" maksudnya Apple. Apple yang buah tu. Bukan ipad mahupon iphong mahupon macbook air pfft. 

10) "Aye" maskudnya saya. Kalau aku tanya, "Siapa nak nenen, angkat tangan!" Nanti Haikal akan angkat tangan sambil cakap "Aye!!" Tapi kadang-kadang hubby pon angkat tangan jugak. -..-

11) "Ampai yeay" maksudnya "Dah sampai yeay!" Haha. Ni selalunya kalau kitorang jalan-jalan naik kereta. Bila kereta berenti je, Haikal akan cakap "Ampai yeay". Walaupon berenti sebab traffic light merah. -___-




 Itulah dia, anak saya.
Ashraf Haikal.
Yang makin hari makin membesar. Makin bijak.
Macam mak dia.
Yang makin membesar tu betul.
Yang makin bijak tu errrr.. sangat betul.

;D

Jangan marah..
Mentang-mentang kaloh pilihang raya, nok maroh sokmo mung.
Behkeng!

1 comments:

ceritera-chinta said...

kalau dekat kuching, apu tu bermasksud adoiiiiii dalam bahasa iban hihih