Menu lunch Haikal - Nasi Kepal.

Haikal sekarang dah suka makan sendiri.
Taknak disuap dah. Nak pegang sendiri je.
Malu kang awek lalu tengok eh eh nak makan pon mak suapkan lagi eeiiii eeiii eeuu.
Hihi!

Perangai memang sebijik macam apak dia.
Depan awek terus control macho tak ketahuan hala.
Masa kitorang bercinta dulu kemain tau, nak kentut siap keluar kereta.
Tapi sekarang??
Tetiba kentut dikategorikan sebagai tindakan refleks.
Aku pon dua kali lima je la padahal. Kahkah.

Sekarang lepas 3 tahun kawen,
bila lalu depan awek lain terus control macho, ibu jari kat hidung.
Oh camni la sekarangggg..
Awek walrus sebelah dah tak pandangggg... -..-

Oh dah jauh lari topik rupanya kahkah.

So bila Haikal dah asik nak makan suap sendiri ni, dia jadi kurang makan nasi.
Sebab nasi susah nak pegang.
Tapi kalau kuey teow ok sikit. Senang la jugak nak pegang kan.
Tapi kalau hari-hari nak makan kuey teow boring la bhai.
Sebab aku yang kena masak. Leceh kot. Sebab tu boring kahkah.

So hari tu aku buat nasi kepal.
Seronok ok buat nasi kepal.
Macam main plastesin. Dah lama tak main.
Buat bentuk gajah la, bentuk ikan la, bentuk orang la.
Walaupon kaki kanan kaler oren, kaki kiri kaler biru, takpe.
Hati tetap bahagia. Maklom lah belum baligh masa tu. Hihi!

Jadi hari ni aku nak share camane nak membuat nasi kepal.
Pertama sekali, tanamkan minat mendalam dalam bidang bermain plastesin.
Baru la jadi.
Kalau takde minat, memang takkan berjaya walau apa jua bidang yang diceburi.
Apakah? Haha!

Bahan-bahannya:
Nasi (masak lembik-lembik sikit)
Carrot
Kentang
Daun bawang
Ayam
Udang

Ok semua bahan-bahan tadi (kecuali nasi) dipotong dadu.
Dan stim sampai masak.
Nak rebus pon boleh.

Ok lepas tu, campak segala bahan (yang dah stim) dan nasi lembik tadi dalam satu kuali dan gaulllll. Kalau nak bagi ada rasa, letak la garam sikit. Tapi aku tak letak pon.
Pastu gaulkan sekali.
Macam gaul nasi goreng lah. Tapi tak payah bukak api.
Sebab semua bahan pon dah masak kan.
So nak gaul sambil bersimpuh atas sofa sambil tengok hindustan pon boleh.
Asalkan semua bahan tu bergaul sebati.

Dah habis gaul, apalagasss..
 kepal time!!

Suka hati la nak bentukkan camane, nak buat besar mana.
Aku buat bulat-bulat je.
Pastu saiz dia aku buat saiz sekali ngap.
Maksudnya satu kepal satu ngap. Gitu. 
Kalau tak paham jugak tak tahu la... Haha!


Comel dok?
Aku buat 10 kepal.
Haikal makan 8 kepal, 2 kepal lagi tak tahu sape makan. 
*mata keatas*

4 comments:

mama ila said...

bagus jugak idea nie..senangkan..kalau anak nak makan sendiri...mesti bersepah..soo..wat nasi kepal..senang....xbersepah..n senang dimakan...hehe

achiek anis said...

bijak la sis...nnt boleh follow...thanks for the nice entry....xdela sepah2 merata2 nnt mkn...hehe

mamafarah4 said...

hahaha...akak selalu buat gak...ank2 akak panggil nasi ball..

NurNiz said...

Good entri!boleh cuba lepas ni sbb perangai anak saya sama je suke makan sendiri hehe..sy mohon share di blog saya ye.