Mother's Day gift recycle. Hihi!

Tak habis-habis pulak cerita Mother's Day kau kan? Haha!
Ok ok. Aku janji ni last okkk. -_______-

Sebenarnya aku nak cerita pasal hadiah yang aku bagi Mama masa Mother's Day hari tu. Walaupon hadiah recycle je padahal. Huhu!
 Tapi sebab dah amik gambar, so haruslah kita letakkan di sini.
Nanti basi pulak duduk dalam camera lama-lama. Padahal ada motipppp kahkah.

Memang hadiah recycle je pon aku bagi.
Ingat tak video yang aku buat sempena birthday Mama hari tu? KLIK SINI.
Sebenarnya aku print out banyak gambar tau untuk shoot video tu.
So lepas video tu siap, takkan nak buang je semua gambar tu kan. Lain la kalau boleh buat masak 3 rasa ke, singgang lada hitam ke,
memang dah lama la aku buat.
Haha! Makang sokmo mung! Walruhhh! (read: walrus)

Oleh yang demikian, aku buat la sebagai hadiah untuk Mother's Day pulak.
Guna bahan-bahan terpakai je walaupon. Jimat..haha!
Bijok sungguh mung walruh! :D


 Ni la hadiahnya. Walaupon rupa macam daun kesum pon ada kan.
Takpe. I buat ikhlas. Pi mampuih kat hang la rupa daun kesum pon. Kahkah.


Yang penting mommy i sukaaaa. =)



Penat tau. Patbelas hari patbelas malam aku duk gentel kertas nak buat daun kesum eh bunga ros tu. Hubby tengok pon geleng-geleng kepala je.
Ye la patbelas malam tak dapat, ko bayangkan! Lama kot. ;P
 Dan akhirnya siap jugak hadiah yang tak seberapa ni.
Hubby pon banyak bantu sebenarnya. Korang tengok ranting-ranting tu, kuasa aku nak masuk hutan menebas ranting tu semua?? Mestilah kerja hubby tu. Dia yang sanggup keluar rumah, bawak parang, tebas ranting, walaupon depan rumah je pokoknya. Haha!
Dah tebas, siap sapu varnish kasi kilat.
Ishh memang susah la nak cari suami baik camnih.
Tak silap aku, dalam rumah ni, ada sorang je suami camtu.
Mana nak dapat dua tiga bhaiiii. Susah bhai. Ada sorang ni je. -..-

Dan akhirnya, siaplah jugak pokok itu. Dan berjaya la jugak aku tengok senyuman seorang ibu, bila dapat hadiah dari anaknya. Huhu. Walaupon takde nilai wang ringgit pon hadiah tu kan. Setakat ranting, choiiii. Hihi! Tapi aku faham hati ibu. As long as dia tahu anak dia sayang dia, itu dah memadai.
Aku bukan la bagus sangat.
Ada je aku buat perkara keji terhadap ibu. Tipu lah kalau takde langsung.
Tapi yang sudah tu sudah la.
Sekarang aku dah jadi ibu, dan aku dah faham ibu.

Ada sesetengah orang tu aku tengok, anak baru sorang dua, tapi celebrate mother's day kemain rancak lagi. Hadiah macam-macam. Pergi vacation segala.
Tapi mak kat kampung, yang dah beranak tujuh lapan kali tu, ko setakat wish gitu je. Pui. Patutnya masa hari ibu la kita ingat kat ibu kita lebih dari ingat kat diri sendiri. Walaupon diri sendiri pon dah jadi ibu jugak. Ni kemainnnn celebrate mother's day. Tapi mak sendiri pon tak ingat.
Kan aku dah emosi ni. Belom habis lagi ni.
Yang paling tak tahan tu, dia boleh pergi up status "Selamat Hari Ibu" kat FB je.
Padahal mak dia memang tak layan FB pon.
Derrrr..pergi wish mak orang lain buat hapeeee.
Bukan mak orang tu reply cakap terima kasih pon. ;D
Aku bukan nak salahkan orang celebrate mother's day. Aku pon celebrate kot. Memang pada hari tersebut semua manusia yang bergelar ibu, akan ada rasa syok di dalam hati. Rasa macam, Wah aku ialah seorang ibu. Vangga gila vavas. Normal la. Tapi jangan sampai tahap lupakan siapa yang berhempas pulas lahirkan kau sebelom kau ada peluang untuk bergelar ibu nih.
Phewwwww!

Ok setakat itu saje emosi saya.
Sekian terima kasih. Hihi!

Oh hari tu kan, masa aku nak wish Mama mother's day kan.
Memula macam potong stim jugak ah. Aku baru nak susun ayat jiwang-jiwang sikit kan. Kasi Mama high sikit kan. Haha!
Sekali Mama jawab camni je,
"Thanks anak. Mama nak tido. Jetlag."

Terus aku rasa macam nak amik playar buat cabut bulu hidung je.
Stress ok. Haha!

Sebab a day before mother's day tu, Mama baru balik dari Los Angeles.
Honeymoon dengan Daddy. Dua minggu okkkk.
Nangis aku tengok gambar-gambar diorang kat FB.
Aku honeymoon pon 3 hari 2 malam je. -______-"
Tapi diorang melampau honeymoon sampai dua minggu.
Dah la Daddy pulak hari-hari mintak skype. Pastu excited cerita,

"Hari ni ayah pergi Grand Canyon. Esok nak balik San Fransisco bla bla bla.. Kat sini sejukkk. Beku tahi hidung ayah."

Ye baiklah. Begitu detail sekali penceritaan wahai ayah.
Silakan berseronok. -..-
Ada sekali tu kan, aku saje tak balas mesej Daddy tau.
Sebab malas nak skype. Haha! Durhaka sungguh.
Pastu tetiba Daddy mesej camni,
"Kamu tengah tidur ke? Ayah banyak benda nak cerita ni. Ayah sampai tak boleh tidur sebab excited sangat nak cerita."

Oh my father.
Boleh tak sekaliiiii je, perangai tu jangan comel sangat? Haha!

Ok lah, sebelom aku mengakhiri entry ni, nah beberapa gambar honeymoon Mama & Daddy. Amboiiiii kemain peluk-peluk dikhalayak ramai.
Mencik ah!


Eh ni Nasir Saadon ke, Kuch Kuch Ho Ta Hai nih?? Kompius lah! ;D



Kepada ibu-ibu sekalian, Selamat Hari Ibu.

3 comments:

PinKy MoMMa said...

muka mommy uols nampak sangat muda..mungkin suka senyum kot naa..

kreatip okeh hadiah tu..tak nampak pun rupa daun kesom hehehe

Sally Samsaiman said...

daun kesum pun makan patblas hari...?? huuu...ni sgt hebat!

Suwaibah YS said...

heee..suka la tgk perangai daddy..comel je..msti periang orgnya.. :)