Balikbayan - Manila Trip!

Balikbayan tu maksudnya balik kampung. 
Tapi kalau kampung kat Bayan Lepas, pon boleh kata balik bayan jugak. Wakaka. 
Bukan setakat orang Bayan Lepas, Bayan Baru ke, Bayan Indah ke,
Teluk Bayan ke, Semboyan telah berbunyi ke.

Ehh??

Jadi ceritanya, aku baru je kembali dari bayan minggu lepas. Kahkah pelik je cakap bayan bayan ni kan. Asik nak tersasul nyanyi semboyan telah berbunyi.
Ke aku sorang je gitu? 
Kamon la korang. Bayan dengan semboyan kan dekat bunyi tu. -..-

Aku balik Manila seminggu je. Tak lama pon. Tak puas kot.
Tapi balik Manila tahun ni lain macam sikit.
Sebab ramai gila rombongan kitorang. 14 orang kot. Nasib tak roboh rumah Lola. Haha!
Atok & Nenek belah Daddy pon kitorang hangkut sekali.
Ni first time la tak silap aku Atok & Nenek pergi rumah Lola. Ziarah besan gittew. Huhu!
Kelakar je aku tengok diorang ni bila jumpa hari tu.
Ye la Nenek tak reti English. So bila Lola cakap English, Nenek jawab loghat Negeri Somilan. Haha!
 So kitorang la kena jadi translator. Tapi diorang mesra sangat. Bila Lola nak minum, Nenek tolong hulurkan cawan ke mulut Lola. Aww suhhhwiiittt :D

Pastu aku macam tetanjat-tanjat sikit bila jumpa cousins kat sana semua dah beranak pinak, padahal dulu selalu main truth or dare sama-sama pastu kena dare telangkup seluar dalam atas kepala. Aku la tu. Pffttt. Pastu bila kitorang solat, ada pulak yang sibuk nak ikut solat kat belakang, siap balut badan dengan cadar kahkah. Nasib aku tak terbahak masa solat tu. Haha!
Oh untuk pengetahuan korang, mereka ialah kristian. =)

Tapi bebaru ni jumpa, maigod engko dah dewasa! Maigod dah jadi bapak! Maigod sudah gemok! Alangkah dunia sudah berubah. No more seluar dalam atas kepala ok. :D

Dan yang paling seronok ofkos la Mama. Jumpa family dia kan. Mesti la dia seronok.
Mama jumpa family dia sekali setahun je ok.
Aku yang tak jumpa family baru sebulan pon dah gigil-gigil rindu.
Tapi dah duduk jauh kan, nak buat camane. Nasib ada skype. Hihi!

Hari ni aku tak sempat lagi nak share full story pasal vacation kitorang kat Manila.
Aku bagi video dulu ok.
Bagi sneak peak la dulu kengkonon kan. Phuii. Haha!
Kalau korang malas nak tengok, pergi duduk jauh-jauh layan upin ipin.
Sekarang ada season baru tau. Upin Ipin cabut gigi susu. Aku baru je download tadi. ;D



Oh by the way, aku ada je upload gambar kat FB. Tak banyak pon. Dalam 264 gambar je. Bahah. Kalau rajin pergi la tengok sana ok. Bye!

2 comments:

RieNa said...

jijie : upin ipin ada crita baru lg iaitu nenek kebayan. haa bayan jgk tu! hahahahaha

kriena takleh add jijie kat fb. kenapa..?? huhu

Jiji-Fify said...

Kak Riena,
Nenek kebayan? Oh belum tengok lagi! Sekarang jugak nak download. Haha. Btw, saya dah approve akak kat FB kan?