Manila Day 1 - Arrival & Grand family gathering.

Bismillahirrahmanirrahim.
Heheh.

Nak start tulis kena bismillah dulu.
Kang syaitonnirrojim tarik-tarik bulu mata kasi ngatuk, payah pulak nak menaip. :D

So mari mulakan cerita balik kampung kita. Aku syak, akan ada dalam 7 entry pasal Manila ni. Harap korang bertabah. Tapi aku up satu entry satu hari je la. Tak mampu pulak nak up 7 entry sekali gus kan. Kurus jari jemari aku kang. Huhu! Kalau la menaip tu mampu menguruskan, dah lama aku taip pakai perut dan vontot, sudi je aku up patratus entry sehari pon. Kahkah.

Aku stress ok sekarang. Lepas Haikal dah kurang nenen sejak 2-3 bulan lepas, badan aku naik zas zas zassss.
Aku memang tengah latih Haikal makan nasi je sekarang. Nenen bila nak tidur je.
So energy aku guna milk production tu makin kurang la kan.
Dulu, ada sorang akak ni pernah warning aku tau. Dia kata, jangan cerai susu, kang badan naik. Aku macam tak percaya tau. Sebab aku tengok muka dia macam Pinocchio sikit-sikit. So aku syak dia menipu la kan. Haha!
Tapi sekaliiiiii, ianya benar-benar kejadian. Pfffftttt.
Yang aku pelik badan hubby pon ikut naik.
Aku dah macam, dah kenapa laki aku ni kan. 
Tak silap aku, aku masih nenen macam biasa je hari-hari. Ehh?

Macam dah jauh pulak aku off topic. Dah perenggan kelima tapi belom muncul-muncul pon manilanya. Hihi!
Jadi kita sambung topik kegemukan di lain hari je lah ye.

Ok kitorang gerak dari Key Ell Yai Yeay (KLIA ok. Bahah) awal pagi. Pukul 8 flight, so kena sampai airport 2 jam sebelum. So pukul 6 dah terpacak kat KLIA masing-masing. Disebabkan dari rumah Mama pon kena drive dalam sejam gitu untuk sampai KLIA, so kitorang gerak dari Shah Alam pukul 5. Dan untuk aku menyiapkan dua orang lelaki dalam hidupku selalunya amik masa sejam setengah. So kena bangun pukul 3.30. Pagi ok. 3.30 pagi! Terasa macam nak bangun pergi roll-call pon ada. Haha! Dalam pukul 4 camtu, aku mandikan Haikal. Tetanjat-tanjat boboiboy mandi pepagi gitu. Hihi. Meraung toksah cerita la kan. Haikal kalau meraung kat Shah Alam, sampai Kelana Jaya boleh dengar suara dia. ;D

Dan akhirnya..
Disini kami berkumpul~
Sama dalam pengajian~
Eh eh ternyanyi pulokzz.


Aku terrrrcrop pulak dahi hubby. Kan dah tutup aurat macam tu. Haha! Sorry banggg..


Hubby isi borang imigresen. 
Aku? Snoring kat sebelah. Kahkah. Nanti raya, ai mintak mahap balik ye bang ye....


Lepas 4 jam flight, huwarghhhhh (baru bangun tidur ok. Haha!) dan tengok manila terpampang depan mata. Yeayyy dah sampaiiiii!!!!!
If u're happy and u know it, say hooray. Hoooorayyyyy!!! :D



Lepas touch down, kitorang pergi check in hotel. Ni first time la balik Manila tidur hotel. Sebelum-sebelum ni balik kampung, tidur rumah Lola je. Tapi sebab kali ni rombongan sampai 14 orang, melampau la kalau nak tumpang rumah orang jugak. Mana ada space bhai. Rumah anjing banyak la space. Hihi!


 
Lepas check in, solat-solat, simpan luggage, dan zassss terus ke tomas alfonso st. Rumah Lola kittewww!

Ehhh muda Lola kau. Haha! Ini bukan Lola. Ni Mama masa umur 21 tahun.
Hubby masuk-masuk rumah Lola nampak gambar ni, terus termenung tengok.
Ada la sikit-sikit aku rasa cemburu di dalam jiwa masa tu. Kahkah. Hubby tengok muka aku pon tak pernah la sampai nak menatapppppp gitu kan. Pfffffffftttttt.


Lolaaaaa!!!!! Mishhhing u much much oredi. :'(


Daddy's parents (Atok Nenek) first time jejak kaki ke rumah Lola. :')
Sebelum ni banyak kali je jumpa. Tapi Lola yang datang ke Malaysia.


Yang aku peluk tu, Tita Andrea. Kakak kepada Mama. Nampak muda kan??
Dah la kecik. Lagiiiii la nampak muda.


Ni Mama dan adik badik dia. Patutnya 9 orang semuanya. Lagi 3 orang dah menetap di luar negara. Sorang kat Los Angles, sorang kat New Zealand, sorang kat Dubai.
Dan Mama kat Malaysia. Hihi!


Memang meriah la. Masa kitorang datang tu, diorang memang dah plan siap-siap nak buat grand reunion. Masak sedap-sedap. Siap sanggup cari makanan halal supaya kitorang pon boleh mendugong bersama. Huhu! Untuk pengetahuan korang, bahan mentah halal kat sana adalah sangat mahal. Sebab Islam adalah minoriti.


Paling syahdu kan, bila semua orang berkumpul tu. Tetiba mengalir air mata Lola.
Aku tanya kenapa nangis, Lola jawab,
"I'm so happy, everybody's here."
:')

Bersambung....

1 comments:

mama ila said...

wahh..darah kacukan philippines yer..patut lah comel =)