Manila Day 2 - Taal volcano, Picnic Grove, Zipline.

Hari kedua, baru kitorang start berjalan.
Pagi-pagi dah bangun.
Kat sana pukul 5.30 pagi dah habis subuh.
Habis subuh ok. Bukan baru masuk subuh. T_T
Kat sini pukul 7 pun yilek lagi baru nak amik wuduk. Bahah!


 Breakfast kat hotel ialah nasi putih dah ikan goreng je. Nangis tak menu camtu?
Meja sebelah tengok mesti macam,
"Alahai siannya diorang. Takde duit pon nak duduk hotel."
Kahkah.
Hotel kat sana memang tak mesra muslim sangat. Menu dia pork pork pork bacon bacon bacon manjang. Pfffttt.

Lepas breakfast, kitorang terus ke Taal Volcano.



Nampak tak volcano kat tengah tu?
Haa tu bukan Taal Volcano. Haha! Yang tu baby dia je. Taal Volcano kat belakang-belakang sana lagi. Tak nampak sebab kabus.


Ni pon bukan Taal Volcano. Tapi boleh mengeluarkan wap panas jugak nih. BAHAHA.


Ni Daddy tengah kacau Haikal tidur.
Baran je haku. Baru nak bajet bujang, anak dah jaga. Pfft.


Sebelum sampai ke Taal Volcano tu kitorang ada singgah satu tempat tinggi. Driver tu suruh amik gambar sebab pemandangan cantik.
Kitorang turun van je, tengok ada volcano seketul, terus macam,
"Huishoooo!!! Tu la Taal Volcano!! Huishhooo!!!"
Padahal..itu bukan Taal Volcano ye tuan puan. Kahkah. Termalu iolls. Rasa nak tutup muka dengan tin biskut je.
 
Ni tindakan refleks bila tersalah sebut nama volcano. Haha!


Camwhoring dengan Daddy. Bukan main Daddy sekaranggggg. Suka sangat camwhoring pastu upload kat FB. Pastu bangga ramai orang like. Haha. Daddy..Daddy...


Haikal dengan Aqil sekarang kan dah pandai interact. Seronok tengok.
Kengkadang macam bersembang serius sangat tau, mungkin pasal PRU tempoh hari. ;D

 Kami adik beradik. Tapi tak cukup lagi sorang. Huhu!
Ramai orang tegur, bonding kitorang sangat rapat. Siap tanya mak aku apa tips nak anak-anak rapat camni. Aku macam,
Derrr...adik beradik kottt. Memang la rapat kan. Air dicincang takkan putus kottt.
Kalau tali pusat dicincang memang la putus. Ok takde kena mengena. Bye! Haha!


Nak pergi Taal Volcano tu kena naik bot. Sebab dia kat pulau.


 Ni perangai hape pulak ni??
Topi dah macam nelayan siap ada tali bawah dagu kahkah, ingat nak pergi menjala ke hape kan, tapi ni naik kuda pulak. Kompius mak hincik.
Sebenarnya nak naik puncak Taal Volcano tu kena mendaki naik kuda.
Rugi kalau tak naik puncak sebab kat dalam volcano tu ada tasik cantik.
So? Apa kena-mengena pulak dengan topi nelayan? Haha! Topi tu sewa kat situ. Sebab kat atas tu panas. Dah la matahari dekat, bahang dari volcano tu lagi. Hadududu panehhh...
Jadi tolong la paham dengan imej hubby bertopi begitu. Hihik


Ni dah kat puncak volcano. Aku tak ikut, sebab malas la dengan Haikal lagi kan. Lagipon dah pernah naik sebelum ni. Kat belakang diorang tu ialah tasik.
Boleh je kalau nak mandi tasik tu.
Tapi bila habis mandi, daging engko dah empuk la. Dah masak. Haha!


Hamboiii kemain diaaaa. Nasib dah cabut topi nelayan. Kahkah



Habis kat Taal Volcano, kitorang pergi Picnic Grove, Tagaytay.
Nak naik zipline.

 Ni la zipline. Sehonok bohhh!
Aku naik sampai dua kali. 
Sekali dengan hubby. Sekali dengan Along.
Lepas naik tu 2 hari berturut aku semput kahkah. Padan muka sangat.
Sebab benda tu hentak kuat gila dekat dada bila nak landing. Mampoihh la masa naik tu tak fikir pon kan. Hentak la kat mana-mana nak hentak pon. Janji iolls boleh terbang. Huhu!
Pastu malam tu terus kena asthma attack, siap nanes-nanes kena ceramah dengan hubby. Haha!

Bersambung....

4 comments:

ct cheery said...

zipline yeh?alahai bestnyer..urmm

meiyi said...

Hello,
May I know how did you travel around Manila to tagaytay?

Jiji-Fify said...

Meiyi,
We hired a van and driver :)

Wanie MOHD DIN said...

waaaa..tingginya bukit..tgk gambar tuh pon boley gayat..ini, siap pose lagi..isk3..beraninya family awak ye