Baju mekanik.

Haikal ada satu baju ni tau.
Aku sukaaaaaa sangat.
Baju dia macam baju mekanik. Tapi tecikkkkk je. Tetomei tomei angat.
Hihi!

Jap aku upload gambar.

 Comel tak?
Ke aku sorang je kata comel? Sebab yang pakai tu ialah anak aku kan. Haha!
Baju ni Mama and Daddy belikan kat US. Disneyland kot tak silap.
Mak bapak aku tu kan hari tu pergi honeymoon kat US. 
Siap pergi Disneyland tu yang tak boleh blah tu.
Aku terbayang Daddy dengan Mama teruja hentak-hentak kaki bila ternampak minnie mouse tengah melintas jalan. 
Pastu tak lama kang ternampak Goofy pulak. Hentak-hentak kaki lagi kahkah.
Persoalannya disini ialah, Disneyland tu untuk orang baya Haikal ke atau baya atuk nenek Haikal? ;D

Yang penting, Haikal dapat baju mekanik. Hihi!
Tiap-tiap malam aku paksa Haikal pakai baju tu. 
Dah pakai, basuh, sidai, dah kering, pakai balik.
Mesti jiran-jiran tengok macam,
"Ish ish kesian...dah takde baju lain budak tu. 
Dah la kecik-kecik kena jadi mekanik."
;D

Tapi takpe.
Mekanik comel takpe.
 Macam mak dia. Ehh!


Ok nak lempang silakan.
;D

3 comments:

Has said...

Salam Jiji,

Dah besor dah Haikal..tapi still putih melepak comel mcm dulu gak..

Actually nak tanya Jiji..dulu masa kecik, Haikal pernah kena alergy kan.sekarang ni anak saya umur 8 bulan tiba-tia je baik biji-biji merah dan gatal terutama waktu malam. gi jumpa doktor, doktor cakap alergi.

Nak tanya camne Jiji rawat haikal masa dia tengah teruk alergi tu? bagi ubat ke atau sapu cream ke atau ada petua lain? boleh share tak?sedih tengok anak garu tidor tak lena..

Jiji-Fify said...

Has,

Kena tengok jugak punca allergy tu. Macam haikal dulu dia alergik benda-benda bersusu macam cheese, koko krunch,etc. Pastu dia alergik habuk jugak. So kitorang akan elakkan dia dari benda2 tu. Tapi kalau dia terkena jugak macam kat nursery ke kan. Kitorang akan letak dia depan aircond lama-lama. Haha!

Tapi ada sekali tu kitorang jumpa pakar kanak2 tau. Pastu dia ada bagi satu ubat (minum) untuk develop dia skin tolerance terhadap allergians tu. Kira tetiap hari kena amik selama 3 minggu. pastu allergik haikal dah kurang sikit. maksudnya kalau tetiba dia termakan cheese ke kan, dia punya merah2 tu tak seteruk dulu. But still alergik lah. Tapi doc tu kata biasa alergik akan reduce bila baby semakin besar. :)

MamaFarah said...

wah encemnya dia..kalah apak dia..sian awk haikal dok kene paksa ngan megan fox tu pakai baju ni jer..