Bonding time with MamaRai

Aku kan ada adik (Raidah) kat UiTM Penang ni kan.
So aku selalu la jugak ke sana.
Saje je la. Dah itu je keluarga terdekat yang ada. Huhu!

Last weekend, Raidah call aku pastu buat suara sedih,
"Kakngah tolonglah.. aku nyaris mati kebosanan ni. 
Bagi la aku pinjam Haikal kejap."

Ehhh sesuka hatiiii je nak pinjam anak orang kan.
Ingat anak barbie ke? Tahu la mak dia saling tak tumpah seperti Barbie.
*mata keatas sangat sangat sangat*
;D

Kebetulan kitorang memang takde plan pon Ahad tu.
Pastu Hubby pulak memang stok tak boleh duduk rumah lama-lama, kang bontot panas. -..- So moh la kita pergi kat budak yang nyaris mati kebosanan tadi.
Tu la, siapa suruh tak cari boyfriend. Kan dah bosan. Ehh! ;D

Tapi kalau ikutkan aku, memang malas nak keluar rumah.
Kan bagus kalau Haikal boleh pergi sendiri jumpa MamaRai dia.
Naik la bas rapid ke. Takpon prebet sapu ke kan.

Oh cakap pasal prebet sapu ni, aku ada satu pengalaman lawak tau masa matriks dulu. Ada sekali tu, aku naik prebet sapu.
Nak pergi pekan kuala pilah je pon.
Nak beli selimut dengan cadar. Hihi.
Pastu masa on the way tu, ada polis buat roadblock tau.
Pastu pakcik prebet sapu tu panik la kan. Takut kena tahan.
Aku pon terjangkit la panik sekali. Padahal aku tak bersalah kot.
Saya cuma nak ke pekan membeli selimut. Saya tak bersalah tolongggg.

Tetiba pakcik prebet tu cakap kat aku,
"Kalau polis tu tanya, awak cakap awak anak saya. Faham?"

Aku macam..
tapi kulit saya tak hitam.
Ok keji. Hahaha!

Pastu bila sampai kat polis tu,
polis tu rilek je tau. Dia takde tanya apa-apa pon.
Tetiba aku yang terkalut-kalut cakap,
"Encik encik! Saya anak dia encik. Saya anak dia."

Kalau kau jadi polis, kau percaya ke atau rasa nak tembak je dengan M16.
-____________________-

Last-last polis tu gelak je. Dan lepaskan kitorang.
Pastu tetiba aku kene bebel dengan pakcik prebet tu. Kahkahkah!!

Hellooo..apa salah saya pakcik.
Saya cuma ikut arahan pakcik je pakcik.
Tapi polis tu kong hajo gelakkan saya pakcik.
Pastu sekarang pakcik pulak bebelkan saya pakcik.
Saya cuma nak pergi beli selimut je pakcik.
Malam-malam saya sejuk pakcik.
Dah la kawan-kawan saya selalu cerita pasal makcik karipap je pakcik.
Lagi la saya perlukan selimut pakcik.
Kang kalau makcik karipap tu datang saya libas je guna selimut tu pakcik.
Pakcik boleh berhenti membebel tak pakcik.

;D

 Ok cukup cerita aku dan pakcik prebet yang annoying itu.
Ke aku yang lebih annoying menggelabah bagitau polis aku anak pakcik tu?
Haha!

Ok cukup cukup.
Berbalik kepada Raidah yang nak mati kebosanan tadi.

 Dapat Haikal, terus seronok la pompuan tu.
Kemain diorang bersuap-suap biskut.
Bercumbu-cumbuan di depan khalayak ramai.

Siap bawak lari Haikal jauh-jauhhh dari pandangan Barbie.
Ehh siapa Barbie? Pompuan yang ngaku anak pakcik prebet tadi tu ke?
Kahkah!!

Ok sekarang Haikal dah sibuk main dengan Raidah.
So aku dengan hubby camane? Takkan nak bercumbuan jugak?
Bosan nak mampoih tunggu diorang habis main.
Dah la semua orang duk tengok-tengok kitorang.
Helloooo..tahu la muka iolls barbie sangat.
Karang saya kenyit mata kat awak karang..
Ok seram. Haha!

Aku dengan hubby duduk je la. Sambil borak-borak.
Pastu kengkadang macam tak sedar tau. 
Tetiba tersentuh hidung la. Tetiba terpegang-pegang tangan la.
Tetiba kang tergosok-gosok peha la. Hamboiiii.
Mana tak semua orang tengok engko kannnn.
Apasal tak jimak je? Ehh Ehhhhh!!! ;D

Oh ada satu malam tu kan, kitorang nak surprise Raidah tau.
Sebab minah tu tak habis-habis call aku buat cerita sedih kan.
So aku belikan la dia sate, pastu pergi hantar kat uitm sana.
Terkujat la minah tu sambil buat muka terharu yang fake gila kahkah. So sempat la Raidah main dengan Haikal sekejap. 
Siap bawak naik Haikal sampai ke bilik dia.
Hamboiiii.
Aku risau je. Kang ada makgad buat spotcheck ke kan.
Kang makgad bukak bilik Raidah, tengok ada seorang lelaki bersama 8 orang perempuan. Sesuatuuuu sangat kan. Hihi!

Pastu masa Raidah layan Haikal tu, aku and hubby pergi la dinner kejap.
Kitorang makan kat cafe kolej delima tu je kot.
Selamber badak makan kat situ.
Nasi ayam RM3, tapi banyak gila. Pinggan dia bapakkk besar.
Aku nyaris-nyaris nak tanya akak kantin tu,
"Kak, ni pinggan ke dulang kak?"

Ye la. Kot-kot dia tersalah bagi ke kan. 
Takpon pinggan dah habis, dulang je tinggal.
Mana tahu kan. ;D

Kitorang habis makan, Haikal tak habis-habis lagi main dengan Raidah.
Pffttt.
Hubby siap cakap,
"Takpe Mama tunggu sini. Papa pergi panggil Haikal kat bilik Raidah."

Korang nampak tak perangai laki aku.
Apa dia ingat lawakkkkk sangattttt??
-________-

Sebelum dia sempat sampai kat bilik Raidah, aku dah libas dengan kasut bola dulu ok. Kemain nak naik bilik Raidah kannnn.

Aku: Papa, tak lawak papa. Mama boleh call Raidah suruh bawak Haikal turun.
Hubby: Eh ye ke. Kang membazir kredit pulak. Heheh.
Aku: Papa, ni kolej pompuan papa. Tahu la papa ada boobs jugak. Diam boleh tak.
Hubby: Eh tapi Haikal tu mama bagi je dia naik.

 -__________________-

 Jangan sampai ku jolok kemuncup ke dalam lobang hidungmu kelak.
Biasaaaaaaaaaa dia!

Pastu bila dah sampai rumah kan, aku check FB.
Tetiba,

Hmmm..
Aku dah la pakai baju tidur je masa pergi kolej delima tadi.
Dan-dan tu ada orang kenal.
Masa aku pakai tudung blink-blink kain chiffon takde pulak orang kenal.
Pfft.

6 comments:

Has said...

Tu tandanya Jiji dah femes skrg...so lps ni nak kuar tak boleh selekeh lagi dah.. :D

Anyway thanks a lot atas penerangan Jiji pasal alergi tu..balik rumah saya lap semua habuk, nampak ada kesan positif..okey, nampak sangat rumah berhabuk kan...hehe...

RieNa said...

hahahaq lenkali pakai cantik2. mana tau nanti terjumpa dgn kak riena pulak. haaaaaaaaa

Jiji-Fify said...

Has,
Rumah berabuk tu normal. Huhu! Saya pon bila dah kena asthma baru kalut nak bersihkan. Selagi x asthma, selagi tuuuuu habuk berkompol. Kahkah.

Kak riena,
Alamakkkkkkkk... Pasni kena pakai baju barbie lah. Hihok hihokss.

MamaFarah said...

hahaha..jiji walaupun pakai baju tido tetap mcm megan fox kot..jgn risau ek..
hubby tu nape gatai sgt nk naik asrama pompuan..nk ngorat kengkwan raidah la tu..x abis2 jeles ngan abg kawasan yg encem tu..kih kih

ctZue said...

Terkekeh2 aku gelak tgh2 mlm buta ni jiji..smpai laki aku yg tgh tdo pon bole terkejut dengar aku gelak...lawak antarabangsa sgt encik saya anak dia...hahaha

Jiji-Fify said...

mamafarah,
dia tu memang. asik nak cari gaduh dengan biniiiiii je. Huhu!

ctzue,
kannn..sadis ok mengenangkan kejadian dengan pakcik prebet tu. Padahal pakcik tu yang suruh aku cakap gitu kannn. Pfffttt