Lola, I've so much things to say, yet u're far away.

So....
Lola dah takde.

:'(

Tak tahu nak cakap macam mana.
Tapi ini kali pertama aku rasa sedih camni.
Rasa sedih yang...SEDIH.

Bayangkan
Apa rasa bila orang yang rapatttt sangat dengan kita,
Hari tu baru je jumpa, tiba-tiba hari ni dah takde.
Dah takde untuk selama-lamanya.

Rasa dia macam...
ditinggalkan.
Ditinggalkan jauhhhhh.

Pastu nanti
Kalau rindu, dah tak boleh jumpa.
Tak boleh peluk. Tak boleh cium.
Tak boleh sentuh.
Tak boleh.

Sebab orang tu memang dah tak de. 
Takde langsung langsung langsung.

:'(

Mama sms pagi tadi. 
"Have u been told Mama (Lola) passed away this morning?"
 Aku masa tu tengah baca Al-Kahfi, terus berhenti.
Terus call mama.
Air mata lajuuuu.
Dengar suara mama. Putus-putus. Esak-esak.
Nak sebut satu suku kata pon payah. 

Aku tak daya nak dengar lama-lama.
So aku letak.

Air mata laju sampai basah telekung.
Aku tak pasti perasaan apa namanya ni.
Menyakitkan sangat.
Mama baru hilang Mama dia.
Aku tak dapat bayangkan.

Tapi Mama kata,
Lola pergi bulan Ramadhan.
InsyaAllah...
Kita akan jumpa dia lagi nanti.
Sebab Allah takkan pernah sia-siakan orang yang baik.

Dalam menangis,
aku tersenyum.
Teringat Lola selalu suruh-suruh Mama,
 "Cora, sing for me! Cora, sing for me!" 
Dan mama akan buka Qur'an dan baca sebelah katil Lola.
Lola cukup suka dengar ayat-ayat Qur'an setiap kali lepas subuh dan sebelum tidur.
Sampaikan Lola kata,
"How I wish I can read the Qur'an."

Aku yakin.
Lola pergi di bulan mulia ni.
Bersebab.

Allah tahu.


6 comments:

aunieZ Haziqah Auni said...

takziah jiji...may she rest in peace...

Jiji-Fify said...

thanks ziqah :)

D' Hasnie Aini said...

takziah jiji...

dari sisi hidupku said...

takziah. sabar banyak2x. Hari tu masa opah meninggal, kita menangis dgn teroknya sebab kita cuba bayangkan camne klo yg terbaring kaku tu mama kita?

Rizziela said...

Takziah..semoga sentiasa dibawah lindunganNya

khairul fatehah said...

takziah,kak.moga tabah. emak saya pergi ketika hari lahir akak saya dan saya org pertama yg doc bg tau mak sah tade. perasaan diaa. Em,ALLAH Maha Tahu :')