Menulis

Pada suatu hari, aku bersembang dengan jiran A kat luar rumah.

Jiran A: Sekarang Jiji dah jarang keluar rumah kan. Jarang dah lepak dengan kitorang petang-petang.
Aku: Ha'ah kak. Dah sibuk menulis. 
Jiran A: Menulis? Oooo Jiji suka menulis ye?
Aku: Erk..tak tak. Maksud saya menulis jurnal.
Jiran A: *muka blur*


Keesokan harinya...
Terserempak dengan jiran B kat kedai runcit.

Jiran B: Eh Jiji! Hari tu "Jiran A" cakap awak tengah sibuk menulis novel. Tak sangka awak ni penulis ye? Nanti boleh la bagi akak baca novel tu.

*dalam hati, sejak bila pulak aku tulis novel bhaiiii -..-*

Aku: Erk..tak. Bukan. Bukan novel. Jurnal.
Jiran B: *blur*

Hmmm..
Kan dah tak pepasal satu kejiranan ingat aku ni penulis novel.

(-_________________-)

Tahu la jurnal dengan novel tak jauh bunyi.
Tapi isi kandungan dia jauhhh beza kak oiiii.

Dalam novel takde sebut pasal bioremediation of palm oil mill effluent.
Dan dalam jurnal pulak takde sebut pasal Firash kena paksa kawen dengan Syaf pastu masing-masing malu nak ngaku sebab Syaf ialah boss Firash pastu last-last bercinta jugak pastu Syaf baru tahu Firash ialah anak Dato'. 
Pfftt.

Sorry.
Tapi aku layan jugak cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia tu.
Pastu tersenyum sorang-sorang sambil lipat kain.
Hihi. :D

Masalahnya sekarang, camane aku nak clarify kat jiran tetangga? 
-..-

3 comments:

Sally Samsaiman said...

aiyok...masalah ni..hahaha...akak kasi tau jela akak tgh amik PhD

anna hashim said...

okeyh ni serious lawakkk..kah kah kah x tahan da ni nak gelak besaaaaaaaaarrrrrrrrrrr..hahahaaaaaa

hidayah Mat Lazim said...

hahah hagi tahu jek lah sibuk buat assignment