Saya biasa yang murah-murah je awak..

Aku rasa lawak kalau orang puji atau tanya pasal apa yang aku pakai.

Contoh macam,

"Jiji, cantik la baju awak pakai semalam. Mesti mahal kan. Beli kat mana eh?"

Mesti muka aku jadi camni.

Kalau masa tu aku tengah makan, mesti camni.

Kahkahkah.
Awak buat saya geli hati saje tau. :P

Aku bukan apa.
Bukan tak boleh korang tanya gitu.
Cuma setahu aku la, aku ni bab penampilan diri memang jauh la.
Tak reti satu hal. Tak kisah pon satu hal.

Aku jenis yang macam, lantak la pakai apa pon. Janji berpakaian.
Tak kisah la baju patbelas tahun lepas punya ke.
Tak kisah la baju bundle ke.
Tak kisah la baju mydin 5 pasang Rm10 ke.
Tak kisah la baju warna lain, tudung warna lain, seluar warna lain ke.
Tak kisah la baju style makcik-makcik nenek-nenek jual kuih ke.
Tak kisah!

Yang aku kisahkan, cuma satu je.
Kalau tak pakai baju. Hah itu memang dikisahkan.
Bukan aku je, laki aku keluar rumah tak pakai baju pon aku kisah.
Contoh macam dia keluar rumah tebas rumput ke kan, pastu tak pakai baju kan, hah siaplah dia lepas tu. 40 hari 40 malam aku bebelkan.
Berani dia tak pakai baju.
Tetek terbarai nak tunjuk kat orang buat hape kan.
-..-

Tapi kalau bab branded ke tak branded, aku memang tak kisah.
Aku pakai je baju cap apa pon.

Kalau korang tanya,
baju beli mana, seluar beli mana, kasut beli mana, handbag beli mana bla bla bla.

Kadang-kadang aku boleh jawab. Kadang-kadang tak boleh.
Tapi selalunya memang tak boleh jawab lah.
Sebab selalunya aku lupa aku beli mana. Aku selalu beli baju bersepah-sepah tau. Macam tesco ke aeon ke, giant ke, mydin pon pernah.
Tepi jalan pon pernah.
So mesti la tak ingat aku beli mana kan.
Takpon baju tu aku beli masa zaman sekolah menengah dulu.
Mana mahu nak ingat beli kat mana derrr...

Dan kebanyakan baju aku memang tak in pon dengan peredaran fesyen terkini.
Tu yang aku geli hati bila korang berminat nak tahu pasal apa aku pakai. Huhu!Aku memang tak kisah sangat in ke tak in. Lantak pi. Yang penting selesa.

Macam tudung. Aku tak pernah beli tudung yang lebih dari RM50.
Bukan la kedekut sangat nak beli tudung kan.
Tapi kalau dah ada yang selesa dan murah, kejadahnya nak beli yang ratus-ratus bagai. Setakat brooch celah boobs pastu bunga matahari setepek kat otak.
-____-

Minta maaf sangat. Tapi aku rasa tudung simple pon ok je.
Senang nak basuh. Longgok je dalam washing machine. Basuh sekali dengan spenda pon takde hal. Haha!


 Ni tudung paling mahal aku ada. RM47. Mahal lah sangat haha!
Tapi sehelai ni je lah yang RM47 pon. Yang lain semua RM30 ke bawah.
So bila pakai tudung ni, ada rasa angkuh sikit la. Sebab mahal kan. Kahkah!
Tudung ni aku beli kat gerai kecik-kecik tu je. Kat jusco Bukit Mertajam.


Kalau baju dan seluar pulak, jarang cecah RM100.
Dan aku selalu lenjan baju bertahun-tahun.
Ada beberapa blouse yang aku beli masa sekolah menengah dulu, sampai sekarang pon aku pakai lagi. So selagi baju tu muat dan elok, aku pakai.
Muka rilek, tanpa sedikit pon terpalit rasa miskin dan hina. Haha!


Baju yang aku pakai dalam gambar ni ialah baju hubby. Ya baju lelaki.
Hubby dah tak muat, so aku pakai.
Seperti biasa, muka rilek. Sikit pon gua tak kisah. Huhu!
Setakat ni banyak jugak baju hubby dah jadi milik aku.
Baju dia yang dah tak muat, pindah ke almari aku.
Cuma spenda je belum pindah lagi. ;D
Spenda hubby aku tak pakai la kan. Kang jenuh pikir nak isi apa compartment depan tu kan. Kahkah!
Ok tak kelakar. Maafkan saya.

Kalau bab kasut, pon sama.
Selagi kasut tu tak boleh bercakap (tapak rabak), selagi tu aku pakai.
Aku memang ada sepasang je kasut dalam satu masa.
Maksudnya aku takde la almari kasut, pastu penuhhh dengan high heels, flats, wedges apa semua. Ada satu je.
Bila dah betul-betul nazak, baru tukar baru.
Agak menyedihkan disitu.
Tapi takpe. Kaki pon dua je. :D

Apa lagi eh. Oh handbag. Pon sama.
Aku pernah ada handbag yang betul-betul branded dan mahal, sekali je seumur hidup. Masa kawen dulu. Beg atas dulang hantaran. Brand Bonia.
Tapi lepas 3 tahun kawen, bag tu macam ada rosak sikit.
Tapi still boleh pakai lagi.
Lepas-lepas tu, tak kuasa dah nak beli bag mahal.
Aku beli handbag yang makcik-makcik buat letak telekong tu je. Haha!
Yang harga RM30-40 tu.
Handbag pon sama macam kasut, satu handbag dalam satu masa.
Dah rabak sok, baru beli lain.
Aku bukan jenis yang hobi mengumpul setem handbag.

Last week aku upload gambar ni kat FB.
Pastu ada orang puji sunglasses kitorang.
Aku bangga la jugak 2-3 minit. Pastu mengenangkan itu cuma imitation, terus tak jadi bangga lebih-lebih. Haha!
Ya spek tu tiruan je. Beli kat uptown.
Haikal punya beli kat stesen petronas. RM3.50. Hehe!

Dulu aku pernah ada Rayban original. Harga RM900+.
Siap letak atas dulang hantaran masa kawen dulu.
Ye, yang atas dulang semua nak branded je kan. Pui.
Tapi Rayban tu dah hilang. Tercicir kot.
Boleh? T_T

So aku assume aku memang tak ngam la dengan barang mahal ni.
Aku jenis yang tak reti jaga barang.
So lepas-lepas tu semua pon aku beli yang murah-murah je. 
Nak sengaja tercicir banyak-banyak kali pon takpe.
Tengah jalan-jalan, tetiba sengaja campak sunglasses sambil bersiul lagu sesuci lebaran.
Angkuh bukan? ;D


 Cey ceyyy!! Bergaya tak kak ton? Haha!

So kesimpulannya, harga tak penting.
Yang penting selesa pakai.
Dan rupa megan fox tak berubah.
;D

6 comments:

:sour n sweet: said...

very da loike!!
haha...
ada jugak rupanya makhluk yg sama speasis ni...kita serupaaa..ngehngeh
syg duwet oii..bek buat beli ayam golek kan? =D

nabila zaremi said...

owhh..ada jugak geng rembat baju asben..kita geng!

dari sisi hidupku said...

haha lawak. boleh main campak2 je kan. setuju sangat, harga tak penting, alaa lagipon membazir je beli ori/branded, klo jenis tak reti jaga barang dgn baik. org tak tau pon mana cap ayam mana ori kecuali lah klo dia memey expert. haha.

YanaHime said...

Sempoi bak hang! Kasut yg sepasang tu pakai pi beli ikan, yg tu jgk laaa pakai pi kenduri ; p

Badd2222 said...

sangat suka dengan cara akak yang sederhana. tapi kita rasa kak jiji lawa tu yang pakai apa pon nampak stylo gitu :)

Wanie MOHD DIN said...

salam..baru terjumpa blog awak nih..hehe.. sama spesis laa kita.. rembat baju hubby yang tak muat..jimat..xyah beli memahal..imitate ke, ori ke, yang penting dia jalankan tanggungjawab dia..haha.anyway, teruskan menulis.. =)