Tup tup tup dah enam hari kita berpuasa.

Tup tup tup tu ialah nak menggambarkan betapa sekejapnya masa berlalu.
Contoh macam kalau korang sambut anniversary ke kan.
Mesti macam tup tup tup dah 3 tahun kawen.
Tup tup tup dah 5 tahun.
Tup tup tup dah 10 tahun.
Tup tup tup dah malas nak kira. Haha!

Tapi tup tup tup pon ada maksud lain tau.
Contoh macam kalau korang tengah naik bas kan.
Pastu orang tengah ramai pulak dalam bas tu.
Pastu tetiba korang rasa macam dah tak tahan sangat kan.
So korang pon lepaskan sikit-sikit, tup tup tup camtu.
Biar bau, asalkan takde bunyi.
Tu prinsip dia.

;D

Ok aku sebenarnya nak minta maaf sangat kepada yang tertunggu-tunggu aku update belog. Siap ada yang berpura-pura tanya khabar, tapi sebenarnya nak suruh update blog. Alaaaa hai!

Jiji, camane puasa? Ok ke?
Ok je. Alhamdulillah.
Haikal puasa tak?
Mestilah tak.
Oooo..korang berbuka apa je hari ni?
Nasi beriyani. Baru masak tadi. Kat bazar. Huhu!
Ooo.. Jiji, bila nak update blog?

-_______-


Jiji, rindu haikal. Dia apa khabar?
Baik Alhamdulillah.
Upload la gambar baru dia kat blog. Plisss.

-________-


Jiji, selamat berpuasa.
Selamat berpuasa juga.
Bila nak update blog?

-_______-


Aku sebenarnya bukan lah kedekut nak update blog.
Tak luak pon jari aku ni menaip. Huhu!
Cuma masa tu takde.
Aku sekarang dah start writing sikit-sikit for the final thesis.
So tu yang macam takde masa waddefuuuuuu sangat.
Dah la hubby paksa aku habis study dulu baru boleh beranak lagi.
Kejam tak? -..-

So mari kita fulun sefulun fulunnya habis belajar cepat.
Pastu boleh berpesta buih.
Ehh! ;D

So aku harap korang faham ok.
Kalau korang mesej, pastu aku tak reply, tu maksudnya korang ialah orang yang ke namplohpat ratus yang tanya bila nak update blog. Haha!
So anggap je la aku dah pergi terjun bangunan.

Ok baiklah. Perjalanan puasa aku so far, biasa-biasa je.
Baru sekali sempat masak juadah berbuka untuk keluarga.
Iaitu puasa hari ke-4 hari tu.
Tu pon masak nasi ayam je.


 Aku masak ni pon sebab kena perli dengan hubby baikkk punya.
Dah 3 hari puasa, tapi aku still tak masak apa-apa pon untuk berbuka.
Semua beli bazar je.
Pastu ada sekali tu kitorang pergi rumah ibu susuan Haikal (Kak Lini).
Ye, Haikal dah ada ibu susuan. Nanti aku cerita entry lain ye.
Pastu Kak Lini tu kemain tau masak ayam masak merah lah apa semua untuk berbuka.
Tetiba hubby cakap,
"Bagusnya kak lini tu. Penat-penat kerja pon boleh masak untuk berbuka."

Pffffttttt...
Ingat aku tak paham la tu.
Padahal perli stok menusuk kolbuuuuuu je kan.

The following day, terus aku masak nasi ayam. Haha!

Pastu hubby kemain happy tau. Siap cakap,
"Wah terbaik nasi ayam mama! Lepas ni boleh la perli banyak-banyak lagi."

Beraniiiii diaaaaa!!!
-..-

Tapi kan.
Dah banyak kali sahur, hubby yang bangun masak. Kahkah!
Aku, cuma bangun dan makan. Pastu sambung tidur.
Terbaik kan perangai bini camni? ;D

Well, aku stay up kot malam-malam. Tolong la paham..
Ada sekali tu aku tidur pukul 4.15 kot.
4.30 dah kena bangun sahur.
T___T

 Tak cukup tidur punya pasal, ni makan dia.
Muka zomba. Huhu!

Selamat berpuasa semua!
:D

3 comments:

dari sisi hidupku said...

zomba pon puasa tau. meletop sangat. alaa, mana gambar haikal nya. haha.

wHoSeNa said...

tape jiji..akk phm..life as student and at the same time wife mmg very hectic..byk bende nk keja dateline..

by theway selamat berpuasa and gud luck utk tesis!!

*azni* said...

salam sis,berminat nak beli ebm storage bag kan?boleh sms @ wassap 012-9633941