Kronologi Raya 2013 - Day 1

Fuuuuuu...tak update belog 2 minggu nikmat bebbbbb.
Bebas semacam rasa dia.
Tapi masa balik raya hari tu kan, pergi ziarah saudara-mara.
Ada la tiga empat orang tanya bila nak up cerita baru kat blog kan.
Tapi yang buat aku nak tergelak tu,
bila bersalaman dengan nenek-nenek atok-atok saudara, tetiba

"Rodiahhh..story baru takdo ko? Dah lamo ekau tak up story baru kat blog."

Bayangkan..
Atok saudara baca blog aku bebbb.. Tak bangga engko? Kahkah!
Jangan main-main dengan atok-atok zaman sekarang okkk. 
Dah pandai baca blog okkk. *angkat kening sebelah*
Tu yang hari ni aku rasa kena update jugak. Kang atok marah. ;D

Eh kejap. Sebelom tu aku nak bagitahu ni,
bini Along aku dah beranak tau. Sabtu lepas.
Baby gegirl youuuu! 
Jap aku share gambar baby.


Comey tak? Wajiblah comey kan.
Berani korang cakap tak comey?
Anak buah aku kottt. Meg** F** kott. Kahkah.

By the way, cerita raya aku biasa-biasa je.
Raya kat Malaysia kot. Memang la biasa kan.
Lain la kalau beraya kat Mozambique ke kan. Baru la luar biasa dia panggil.

Sehari sebelom raya tu gedik sangat kitorang laki bini.
Hubby siap beli henna paste nak lukis kat tangan aku. Ye la takkan nak lukis kat tangan sendiri pulak kan. Sesuatuuuuu sangat la tu. Azwan Ali ke hape?

Dan ni la hasilnya.
Cantik la jugak. 

Hubby: Amacam cantik tak? Mama suka?
Aku: Hmmm.. (belek-belek tangan). Boleh usaha lagi. Jauh lagi perjalanan.

Kahkah. Kong hajo sangat kan.
Tapi takpe. Tangan orang buat jambatan tetiba nak lukis henna kan.
Tolong la consider.
At least hubby lukis corak bunga bukan jambatan kan. 
Harus juga dipuji sikit. Huhu!

Malam raya baru sampai rumah Mak.
Tahun ni giliran family hubby. Raya ketiga kang baru jumpa family aku pulak.
Alahhh shah alam dengan puncak alam apa lah sangat.
30 minit je kottt. 
Tak payah nak gedik sangat la nak buat giliran beraya bagai. Kahkah.

Malam raya buat apa lagi kan. Main bunga api lah. 
Takkan nak terawih pulak. Hihi.

Diorang main bunga api kat luar aku tak join.
Mentang-mentang satu dunia tahu aku ada asthma kan,
baru nak nyala mancis je semua macam

"Haa rajiah masuk dalam. Masuk dalam cepat. Ni kang asap banyak nih."

-______-

Derrrr... Mancis pon belum nyala lagi dah hambat aku kannn. 
Nak nyanyi lagu dendang perantau la camnih. *tetiba*

Ada sekali tu, aku intai dari sliding door. Nak tengok Haikal main bunga api.
Tetiba,

"Mama jaga-jaga. Kang semput. Nebulizer tak bawak kan."

Pffffftttt..
Hubby la tu. Paranoid terlebih.  
Padahal aku intai kat sliding door je kot. Bukak sikit je kot.
Kalau asap masuk aku libas la dengan langsir tu kan.
Susah hape kan.
Takpon telangkupkan coli satu kat mulut. Kompom takde apa punya.
Nampak tak aku tengah marah ni. ;D


 Ni gambar di pagi raya. 
Tema turqoise + blue + selipar jepun. Bahah.

By the way, semua gambar-gambar ni aku dah upload kat FB tau.
Siapa yang dah tengok kat FB memang akan bosan.
Mesti korang macam,

"Kenapa saya kena tengok gambar-gambar ni berulang kali? Kenapa kenapa??"

Saya pon tidak tahu mengapa.
Yang saya tahu, awak perlu berambos dari sini sekarang.
;D


Family hubby tak lengkap. Along takde.
Dia beraya rumah mertua dia kat ipoh.
Tapi bagus jugak. Aman sikit dia takde.
Bahahahahaha.
*saje nak cari pasal*


Bangchik yang pandai pancing anak buah dia.
Tah ape jampi la dia pakai. Huhu!


Lepas habis bergambar, pergi kuala pilah.
Kampung Mak. Omak den orang nogoghi somilan.
Air tangan orang nogoghi ni selalunya berhantu tau.
Buek lomang sodap.
Buek masak lomak sodap.
Buek rondang lombu sodap.
Buek apo pon sodap. 

So kalau korang nak kawen.
Calon isteri/suami orang mana tak penting,
yang penting, make sure omak eh orang nogoghi.
Kalau bapak eh orang nogoghi pon tak guno.
Kena omak eh jugak!
Paling kurang bibik eh orang nogoghi.

Dah. 
Kita sambung di lain hari.

Ingat tau, orang nogoghi.
Ayam den lopeh.
Kahkah sompek laie!

3 comments:

Rizziela said...

Meriahnya raya


Tahun ni ramai yg tema Biru kan?

dari sisi hidupku said...

haha, i'm one of them. takpe, walau dah tengok kat fb, nak scroll sampai habis sebab lama gila akak tak update. Semalam pergi beraya, sekali baca SDK nampak akak hantar gambar kahwin. Edisi Feb'13. Uish meletop uolls.

Jiji-Fify said...

Rizziela,
Ye ke. Tak perasan pulak saya. Hahaha

Dari sisi hidupku,
Hamboih. Jgn lah begitu malu aiii. Itu zaman gila glamer bahahah