Kronologi Raya 2013 - Day 2

Raya kedua takde apa sangat.
Family aku pergi ziarah orang meninggal kat Labu.
Kitorang tak ikut, sebab malam sebelom tu kitorang dah ziarah awal-awal.
Dapat tahu, Tok Alang meninggal je, laju-laju kitorang kitorang gerak sana.

Family hubby pulak pergi ziarah orang leukemia kat KL.
So moh la kita ke KL jugak ziarah kawan aku baru beranak.
Nasib simpan lagi contact number dia.
Dah lama kot tak jumpa Deni.
Last jumpa masa aku nikah. Masa tu sumpah aku kurus.
Sekarang pon masih kurus. Kat cuping telinga.
Bahagian lain takmo cakap. Bahaha!


Raya kedua tema kuning.
Korang tengok baju hubby ada huruf "R" kan.
Hubby gedik gila bila orang tanya R tu apa. Mesti dia jawab "Rajiah".
Kalau aku jadi si penanya tu, depan-depan dia aku muntah. Kahkah.
Dah kenapa kan. Tahu la sayang bini kan. 
Dah bini megan fox. Gila tak sayang? ;D

Aku mula-mula nak pakai baju kurung kuning. 
Tapi fikir-fikir balik, kejadahnya nak pakai baju kurung. 
Bukan nak beraya pon. Ziarah orang beranak je kot.

Sekali sampai rumah Deni, dia memang buat open house. Bahahaha.
Merasalah kau beraya rumah orang pakai jeans.

Korang ingat tak Deni?
Banyak kali jugak nama dia keluar dalam blog ni.
Nak tahu kenapa, baca SINI.

Nasib baik hubby boleh bawak bersembang dengan laki Deni.
Dah la aku bersembang ngan Deni seperti tiada hari esok.
Biasalah jumpa kawan lama kan. Kompom borak 3 hari 2 malam tak habis.

Setel kat rumah Deni, kitorang singgah padang layang-layang.
Saje la nak bagi Haikal tengok benda terbang-terbang.
Kang kalau dia ternampak benda terbang-terbang kat rumah, takde la dia takut.
Muahahahahahaha!

Korang tengok. 24 jam makanan dalam genggaman.
Suami mana yang tak sayang bini sebegini??? T_T


Haikal kemain seronok. Sampai takmo balik. -_____-


Omiomiomio.. siapa yang hensem sangat ni.
Siap pakai baju R untuk Rajiah.
Haha!

Ok bye.
(R itu Renoma. Harap maklom.)

2 comments:

Cho Zila said...

tergelak2 akak baca entry ni... suami akak susah nak ngam ngan orang tu yang kalau pergi rumah orang akak prefer gi sorang2..
kuruih lgtu akak rasa...

Jiji-Fify said...

Chi zila,
Tu la suami saya pon jenis yang tak byk cakap kalau tak kena dgn org. Tapi kalau jumpa org yg ngam, macam sama bidang kerja ke kan, bercakapppppp je lah pualk kerjanya. Hahah.