Hari-hari terakhir bersama Raidoo.

Tajuk macam Raidoo nak pergi buat selama-lamanya ke hape.
-..-

Sebenarnya dia dah habis belajar kat Penang ni.
Sebelum ni ada dua orang adik aku buat diploma kat Uitm Penang.
Tapi last year Rizzy dah grad.
Tahun ni Raidoo pulak grad.

Tinggal lah aku..
Sebatang kara.

Amboiii. Sebatang kara lah sangat kan.
Gemok je aku tengok. *tetiba*
Ye la. Orang sebatang kara kan selalunya kurus. :D

So sebelum Raidoo balik rumah Mama for good, aku ajak la dia stay rumah aku untuk beberapa hari. Sesaje la nak spend time sama-sama sebab mungkin lepas ni dah jarang dapat jumpa. Walaupon niat sebenar nak suruh dia babysit Haikal, kemas rumah, basuh pinggan, sidai baju, lipat baju, muahahah!

Tapi Raidoo memang pandai pon babysit Haikal.
Sampai hubby cakap, "Dah boleh kawen dah ni.."

Siap masa kitorang amik Raidoo kat UiTM kan,
 bila ada student laki lalu lalang je mesti hubby cakap,
"Raidah, jalan ayu-ayu sikit, kelip-kelip mata sikit. Baru orang datang ngorat."

Bahahaha!
Amboi laki aku tuuu.. ;P


 Budak ni la paling seronok bila MamaRai dia ada.
Ada orang rajin layan perangai dia kan.

Haikal tetiap malam join MamaRai dia tidur pukul 2-3 pagi okayyy.
Kemain remaja perangai kau.
 Entah apa yang dibuat dua orang tu tah.
Aku ngan hubby masuk tidur awal. Lepas isyak terus masuk tidur.
Amboiii mentang-mentang ada orang jaga Haikal kannn.
Terus masuk tidur awal kannnn... ;D



 Rambut Haikal jadi begini, angkara MamaRai dia lah ni.
Aku bangun tengah malam tengok-tengok anak aku dah camni.
Ni Ashraf Haikal ke Siti Haikal nih? -..-

Bila aku tanya Haikal, siapa buat, dia jawab
"Pin. Pin."
(read: Upin)

Oh rambut Upin rupanya.
Baiklah Mama faham. -..-

Aku kan, kalau ada orang datang rumah, aku memang rajin masak.
Sebab macam seronok la ramai sikit orang nak makan kan.
So masa Raidoo datang tu, macam-macam la kitorang masak.
Nak-nak pulak masa tu raya haji.
Mahuuuuu lagi seronok masak. Huhu!
Dah lama tau kitorang tak masuk dapur sama-sama.

Dulu masa zaman dara, selalu kalau tak boleh tidur memalam mesti kitorang lepak dapur,
goreng nugget, masak maggi, buat roti telur.
Pastu lepak sampai 4-5 pagi.
Pastu esoknya kena marah dengan Mama sebab dapur bersepah,
pastu terus menyesali perbuatan diri ini.
-____-

Ada sekali tu aku buat pancake dengan Raidoo.
Pastu semangat la upload kat FB, tanya semua orang siapa punya lagi cantik.
Bajet semua orang akan puji aku la kan kahkah.
Sekali semua orang puji pancake Raidoo. Puihh!
Bila aku check-check balik, rupanya masa amik gambar tu, aku ter-slant-kan sangat pinggan tu. So benda-benda tu semua macam tergelincir.
Sebab tu comot. Cis!
Sebenarnya aku buat lawa gila tau. Tak comot langsung. Serious.
Cer korang tengok gambar asal kat bawah ni. Sebelum aku slant pinggan.
Serious lawa gila aku buat sebenarnya.

Ke macam....sama comot je?
Kahkah!

Well, Raidoo punya lagi comot ok.
*bapak ah tak puas hati*

Ok fine. Raidoo punya lagi cantik.
Aku memang sengaja kasi chance dia menang.
Sebab tu aku buat comot-comot.
-__________-"

 Bapak ah muka aku. Ikhlas sangat. Kahkah!



 Yang sos-sos hiasan tadi, kitorang guna sos coklat dengan toffee.
Jenama tesco je. Tapi tesco UK okayy. Bukan tesco malaysia.
Tapi tak tahu la kalau UK tu Ulu Klang ke Ulu Kemaman ke kan.
Tapi sumpah sedap. Especially yang toffee tu.
First time rasa, sedap nak mamppp ai tell yewh.

Sehari sebelum Raidoo balik, aku ajak Raidoo lepak kat luar minum-minum.
Duduk terperap kat rumah buat pancake je boring jugak kan.
Nak-nak pulak bila semua orang kata pancake kita comot. Lagi la boringgg.
Masih tak boleh terima kenyataan nampaknya. -..-

Everytime aku pakai baju ni kan.
Orang mesti puji cantik pastu ingat aku beli kat Sarawak.
Padahal aku beli baju tu kat shoplot depan sana tu je, harga RM12 je tahu tak.
Ada sekali tu aku nak bungkus makanan, pastu sebelah kedai makan tu aku ternampak macam baju-baju pompuan gantung-gantung. Rupanya sebelah kedai makan tu ialah kedai jual baju.
Eh mesti la kan. Takkan kedai jual joran pulak.
Kalau dia jual joran, kenapa perlu jual baju?
*ok tak lawak*

Pastu aku belek-belek, ada beberapa helai yang cantik. Aku tanya berapa harga, akak tu cakap doblas hinggit je. Homaiiii terus aku amik dua helai.
Rupanya baju yang gantung-gantung tu semua baju yang ada rosak.
Macam butang tercabut la. Benang terkeluar la.
Alah. Pedulik hape butang cabut. Senang je kot nak jahit.
Janji doblas hinggit.
Kan?


Ni lagi satu baju doblas hinggit. Raidoo pinjam. Haha!


Sumpah dah lama gila tak selfie memondan camni dengan Raidoo.
Dah 3 tahun lebih kot.
Nasib baik aku masih cantik.
*Pangggg!!!*


Raidoo bajet nak pergi lepak minum tempat best-best, last-last aku beli cha-time pastu lepak Perodua je. Servis kereta kahkah. Nampak tak bagaimana seorang kakak mempergunakan adiknya. :D


Haikal kalau awek keliling ramai, dia ok je.
Lepak sana sampai 2 jam lebih still tak ingat nenen. :D

Balik dari servis kereta, aku ajak Raidoo buat kuih buah melaka.
Tapi kita buat di Penang. :P

Serious kena pakai camni kalau nak buat kuih. :D


Rumah aku takde pandan.
Nak mintak kat jiran sebelah, malu. So guna je la sirap dalam peti kahkah.
Kalau mak mertua aku tengok ni, mesti gelak guling-guling dia. -..-


 Pedulik hape buat buah melaka sirap pon.
Yang penting sedap. Dan menggemokkan. -..-

Aku siap bagi sikit kat jiran sebelah.
Kang esok-esok aku mintak daun pandan sikit, dia paham lah.
;D

4 comments:

RieNa said...

Muahhaah!! tak pernah tgk buah melaka kaler merah okey..biasa kaler hijau je! ini mmg rare! hahaha

wpun raidah takde kat uitm ni, kriena still ada tau.meh la dtg bwk buah tgn.pancake atau buah melaka merah pun ok. huhuhu

Makwe Kintan said...

cantik betul kuih buah melaka sweet2 pink gitu.. hihi

♥M.Y.R.A.E.L.M.Y.R.A♥ said...

eh, adek akak tu amek kos ape kat u penang? coz abg kite ade kat sane jugak.


*opss, ulu kemaman tu penting oke.

Rajiah Nasir said...

Kak Riena,
Baiklah. Nanti ada rezeki saya datang jenguk akak ok. Bawak buah melaka kaler merah. -..-

Myra,
Dia amik course tourism. Tapi dah habis la. nak sambung degree pulak.