Resepi Nasi Ayam paling senang tapi sedap tahap dewa api. Amboi.

Hari tu Daddy singgah rumah sebab nak pick up Raidoo.
Actually bukan "hari tu" sangat lah. Tapi beberapa minggu lepas.
Bapak lama punya cerita. Lantak kan.

Raidoo kan dah nak blah dari Penang for good. 
Harapnya Penang lebih aman la lepas ni. ;D

So beberapa hari sebelum Daddy datang tu, aku ada borak-borak ngan Mama on the fone,
dan mama ada cakap camni,
"Tadi mama masak Nasi Ayam, your daddy makan banyak. Bertambah-tambah."

Ok set. Dah tahu dah nak masak apa for daddy nanti.
Bahaha!
Meniru je lah kerjanya aduinya pun.
Tapi aku punya kompom lagi sedap dari mama punya kan.
*Kalau mama baca ni mesti kena pulas telinga*
:D

Daddy sekarang sejak pakai smartfone, asyik asyikkkk nak bergambar je kerja dia.
Kemain.
Dulu dia team dengan hubby. 
Geng pakai "handfone-stok-balik-longkang. longkang-yang-pecah".
:D

Tapi sekarang Daddy dah move on.
Tinggal lah mamat yang sorang lagi tu je. Bila nak move on tah.
Hubby.. Hubby.. 
Sudah-sudah la tu dengan fone menggelupas tu.
-____-"

So seperti yang dirancang, aku masak nasi ayam.
Aku tengok resepi paling mudah di dunia. KLIK SINI

Resepi mudah tapi sedap ok.
Jangan pandang serong.
Aku post kat FB gambar nasi ayam, semua pon kata aku beli kat kedai.
Kemain korang kan. 
Siap cakap aku sorok polisterin dengan plastik bungkus. Amboiiiii.

Aku masak sendiri okkkkk.
Bangun subuh-subuh, potong salad dengan timun tau.
Air liur basi pon melepek lagi tepi bibir. 
Pastu sambil basuh beras, sambil basuh mulut. 
Bahahaha!

Tengok daddy siapa yang hensem sangat ni.
Makan gelojoh pon masih hensem. :')

Daddy terkejut ok aku reti buat Nasi Ayam.
Siap cakap, 
"Ingatkan kamu reti goreng nugget je."
Pffttt..



Oh aku ada buat kek mangga kukus jugak tau.
Yang ni nanti-nanti aku bagi resepi eh.
Aku nak buat entry kompilasi resepi-resepi mangga. 
Gentar tak?
Kalah album kompilasi rock meleleh irama 90an. ;D

Daddy habis je makan nasi ayam, aku potong kek mangga ni bagi dia rasa.
Daddy cakap,
"Kamu beli kat mana kek ni? Boleh belikan mama kamu nanti. Sedap."

-________-"

Ada sorang kawan aku kat London lagi tak boleh blah.
Dia perli aku, 
"Eh mana gambar kek mangga kau? Ke kau buat kek mangga letak kunci mangga tu?"

Amboiiii dia tu kann...
Dah puas hidup agaknya.
Kang aku upah ju-on suruh tarik bulu ketiak dia malam-malam tahu la!

Ni yang susah bila dah terlalu terer masak nih.
Masak apa pon mesti sedap tahap lima bintang.
Semua orang pun pura-pura tidak percaya.
Semua orang pun menjuburi (read:mencemburui) bakat ku.
Semua orang pun tidak mampu menandingi diri ku.


Lempang mahu?
 ;D

6 comments:

MamaFarah said...

pergh! akak percaya jer jiji pandai masak.. mereka2 tu semua menjelesi bakat yg jiji ada..mana gambor haikal...sajer la tu x nk letak...

Rajiah Nasir said...

Mama Farah,
perlu ke letak gambar Haikal? Dia bukan tolong masak pon. hua hua hua.

Fatimah Bt Tony said...

Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

Ayu Rashid said...

betul rupanya anak prof nasir... what a small world kan :)

btw, kak ayu bekas staf prof nasir...was on 2010 back. prof adalah boss yg sgt baik dan sporting. same goes to puan fatimah. miss her 'loghat' filipines :)

Wany Nornid said...

wahhh sedapnya...saya da try buat dear..tq untuk resepi..jom follow blog saya..http://wanynornid.blogspot.com/

Mommy zara said...

waa. saya mmg peminat nasi ayam.
Bole try tengok resepi nasi ayam saya pulak
sharing is caring
http://www.chekuseeha.com/nasi-ayam-bonda.html