So thiz iz my huzband -___-

Laki aku bukan la pelawak sangat.
Lawak dia biasa-biasa je.
Dengar sekali boleh la gelak. 
Tapi kalau dia asyik duk ulang lawak yang samaa je,
memang aku sumbat kulit kayu manis je kat telinga.
-_____-

Tapi kan.
Aku tak pasti kenapa.
Hubby selalu boleh buat aku gelak ikhlas tepat pada waktunya.
Gelak ikhlas tu maksudnya gelak sungguh-sungguh la. 
Memang tiada dusta langsung di dalam gelak tersebut. 
Kalau ikut bahasa aku, gelak barai. 
Gelak stok tak boleh berenti. Sampai subuh esok pon belum tentu boleh berenti gelak.
Biasanya kita jarang kan dapat gelak camtu.
Aku tak tahu la korang kan.
Tapi aku rasa aku jarang je gelak barai.

Walaupon jiran sebelah dah berapa kali tegur, 
"Jiji ni gelak ikhlas betul lah. Sampai kampung sebelah boleh dengar."
-________________-

Kenapa aku kata hubby selalu buat aku gelak tepat pada waktunya?
Sebab bila aku macam stress mesti ada je benda yang mamat tu buat sampai aku gelak barai.
Walaupon secara tak sengaja. :D

Ada sekali tu aku gelak barai gila-gila punya kat hubby tau.
Sampai sekarang masih rasa berdosa kahkah.
Tapi bila teringat balik, tetappppp tergelak barai.

Meh aku story sikit.

Korang tahu kan iklan Ali Cafe?
Yang Fahrin Ahmad menari gerak-gerak dada sambil mulut nganga stok nak mintak lempang ke hape tah tu.
Kalau korang tahu iklan tu, mesti korang tahu lagu dia.
Yang macam
"A a a a a a ali.. Ali cafe.. Kuat!. A a a a a a ali.. Ali cafe.. Kuat!"
Yang part "A a a a a ali" tu dia macam nyanyi gagap-gagap sikit tau.
Make sure korang nyanyi dengan betul dulu baru aku boleh sambung cerita. :D

So Haikal suka gila tau lagu tu. Bila lagu tu berkumandang kat mana-mana kan,
kat tivi ke radio ke, mesti dia macam jungkit-jungkit bahu pastu jerit, 
"Awat!" 
(read: kuat)

So secara automatik aku ngan hubby pon dah hafal lagu tu. Sebab kitorang suka nyanyikan Haikal sebab nak tengok dia joget-joget. Hihi.
So nak dijadikan cerita, ada sekali tu aku memang moody gila hari tu.
Entah kenapa aku pon tak ingat dah. PMS kot.
Asik nak marah je kerja aduinya pun.
So aku suruh hubby yang entertain Haikal, sebab aku taknak la Haikal dekat ngan aku time aku moody. Kesian dia. Kang tak pepasal period jugak budak tu. ;D

So masa hubby layan Haikal tu aku perhati je la dari jauh.
Pastu aku perasan hubby macam nak nyanyikan Haikal lagu Ali Cafe tu tau,
tapi tetiba dia pergi nyanyi camni,
"Tong tong tong tong tong tongkat Ali. Kuat!"

BAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Aku yang duduk monyok je dari tadi, terus gelak hentak-hentak kaki tepuk-tepuk dinding.
5 minit gelak, berenti 3 saat amik napas, sambung gelak lagi.
Aku rasa ada la dalam seminggu keadaan aku camtu.
Cannot help la kalau dah tong tong tong tongkat ali kan. BAHAHA! 

Lepas kejadian tu terus hubby tak nyanyi dah lagu tu.
Tu yang sampai sekarang aku rasa berdosa tu kahkah.
Dah la aku pulak yang asik nyanyi tong tong tong tongkat ali camtu.
Setiap kali nyanyi mesti gelak barai.
Fikir-fikir balik memanglah kesian kat hubby. Macam rasa berdosa sikit la kan.
Tapi nak buat camane?? 
Dah tong tong tong tongkat ali je yang asyik bermain dimindaku.
Haha!
Nak-nak pulak iklan ali cafe tu memang kerap sangat keluar tivi.
Aku la orang yang paling ikhlas gelak bila iklan tu keluar.
Memang cannot help at all ahh. :D

Itu salah satu contoh "lawak" hubby yang tak disengajakan tapi aku rasa sampai mati pon still boleh buat aku gelak. Haha!
Ada pulak tong tong tong tongkat...ok dah dah. :D

Ada lagi satu insiden lain yang melibatkan lawak hubby jugak.
Yang membuatkan aku berubah 100% dari sedih kepada gelak barai.
Ada sekali tu, aku tension sebab Haikal taknak makan nasi.
Dia nak makan rotiiii je manjang. Nasi taknak.
Aku pon stress la kan.
So hubby belikan Haikal roti Gardenia yang ada jem yang tujuh posen satu tu kan.
So Haikal sakan la makan roti tu. 
Tapi malangnya dia makan roti je, jem kat tengah tu dia buang.
Hoihhh aku punya hanginnnn. Toksah cakap lah.
Membazir kott. Kalau setakat satu takpelah. 
Ni kalau dah sampai sepuluh roti dia makan, sepuluh-sepuluh tu dia tarah tepi-tepi je.
Yang tengah, buang.
Mahu tak hangin mak engko? -..-

So aku ngadu la kat hubby.
Dengan nada marah-marah sikit kan. Tengah bengang bebb.
Tapi hubby tenang je la tengok muka aku. Sebab aku kalau bengang memang comel gila.
Ehh! Terbagitahu pulak. ;D

So hubby pon try la cari solution untuk Haikal tu.
Macam-macam la hubby try.
Bagi roti keping la, roti bun kosong la, semua lah jenis roti yang takde jem.
Tapi semuaaaa pon Haikal taknak.
Dia nak roti gardenia tujuh posen tu jugak. Tapi still makan tepi-tepi je, jem buang.
T____________T

Aku masa tu dah comel bengang tahap max ah.
Sampai takmo kawan Haikal. Ajuk alam bilik shorang-shorang.
Pastu tetiba hubby datang kat aku dengan muka cool habis,

Hubby: Takpelah Mama. Nanti Papa try cara lain.
Aku: Cara apa? Apa masalah tah anak papa tuhh!
Hubby: Esok papa call gardenia.
Aku: Hahh?? Call nak cakap apa?
Hubby: Ermm... Encik, saya nak beli roti gardenia yang tujuh posen tu. Bungkus eh. Inti asing.

BAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Aku tak tahu nak rasa gembira ke nak berduka dikurniakan suami macam ni.
Tapi dia pandai buat aku gelak barai bila aku sedih, kira cukup bagus la tu kan. 
:D

Ni aku nak share beberapa FB status yang aku pernah update pasal perangai hubby.
Memang tah pape sikit mamat tu.
Tapi aku suka je. :P


So...
thatz my huzband.
Memangz cannotz helpz..
-___________-

7 comments:

RieNa said...

hahahahaha!! akak gelak tergolek2 dah nii..hahahaha!!

ckp kat husben nyanyi lagu ali cafe tu bebaik skit. tu lagu official anak akak si Ali tu. ali yg baru 2 thn 4 bulan tu pun pandai nyanyi betul2 tau. a.a.a.a.aliiii ali cafe! kuat!

bahahaha (sambung gelak golek2)

dari sisi hidupku said...

Hahahah, lawak barai jugak kak kami yang membaca ni. ok laa tu, baru lah best hidup, bila ada yg melawak.

D' Hasnie Aini said...

hahahahaha....adeh awk nie

sgt comel keluarga ini

lovelywa said...

keluarga bahagia..Alhamdulillah!!

Taty Hasbi said...

pepagi dh buat aku gelak sorg2 kat opis..adoooiiiiii...akak niiii...tong tong tong tongkat ali..kuat!!!!hahahahaaaa....

alongpaktam said...

Ha3..lawak okeh en hubby awk neh..ms zaman sek dulu pendiam habis..malu2 jer..hik3

Dalin said...

hahahahaaa.. serious lawakk.. selalunya saya akan gelak barai ni time tgk runningman, roomate sampai jeling tgk laptop screen tanya tgk episode mana.. hehehe...