A reward for Haikal, from Papa

Haikal sekarang dah terlalu banyak perkembangan dia.
Dari segi fizikal tak payah cakap lah.
Korang pon boleh nampak kot.
Makin kacak, macam Mama dia. Ehh!

Tapi dari segi vocab, memang banyak bertambah.
Kalau dulu, boleh kira dengan jari je vocab Haikal.
Bila aku bercakap, Haikal banyak diam dan dengar je.
Tapi sekarang, dia pulak tukang membebel dan aku hanya mampu diam dan dengar.
Bila aku cakap, Haikal mesti macam,
"Mama, yam! Yam! (Diam) Eypp! Shh!"
-_____-

Dah banyak benda Haikal tahu dan boleh sebut dengan betul.
Numbers, one to ten dan satu sampai sepuluh.
Alphabets. Siap dah pandai sebut camni
"A Apple. B Bird. G Gorilla. M Mama. T Tiger. etc"

Vehicles pon dah banyak dia kenal.
"Lorry, airplane, motorbike, car, etc.."

Animals pon Haikal dah banyak tahu.
Tambah-tambah pulak lepas kitorang pergi Zoo Taiping hari tu.


Colours.
Yang ni paling amazing. Paling cepat dia pick up.
Aku rasa kitorang ajar dia sekali je. Terus dia ingat.
Dan dah masuk fasa warna selain blue red yellow green, macam
brown purple pink white black orange etc.
Disebabkan colours paling cepat dia pick up,
sekarang Haikal dah boleh describe things using colours.
Contoh macam kalau kitorang keluar jalan-jalan kan,
Haikal akan point je apa-apa di sekeliling sambil describe warna benda tu.
Macam,
"Red flowers! White car! Black cat! Orange fish!"

Pastu kalau aku pakai baju kuning dan hubby pakai baju purple,
Haikal akan describe camni,
"Yellow Mama! Purple Papa!"
Pon bolehhhhhh.
-______-

Selain tu, anggota badan pon Haikal dah banyak tahu.
Macam, hair nose eyes ears cheek chin tongue mouth teeth elbow shoulder toes etc etc.
So kalau dia jatuh atau ada nyamuk gigit, dia dah pandai tunjuk dan cakap,

"Amuk git cheek Haikal." (Nyamuk gigit cheek Haikal)
"Lap nose. Lap nose." (Nak lap hidung kalau selsema)
"Iak Mama syuk." (Ketiak mama busuk T__T)
"Akit elbow. Papa wat." (Sakit elbow. Papa buat.)
Asal sakit-sakit je Haikal memang akan tuduh Papa buat. ;D

Eh banyaklah kalau nak tulis semua vocab Haikal kat sini.
Tapi yang paling latest, Haikal dah boleh bercerita. Cerita pendek-pendek.
Contoh kalau dia nak share ngan aku dia pergi mana dengan papa dia tadi.

"Haikal ain (main) ball. Ain ngan Papa. Papa kick ball. Atu (Pastu ) ada akey (monkey). Akey akan nanana. (Monkey makan banana). Ada bird nyak. (Ada bird banyak). Tititititit! (bunyi bird kahkahkah)."

Hari tu lagi best cerita dia,
"Mama do (tidur). Haikal ain (main). Atu (Pastu), Mama wuarghh!! Haikal ejut (terkejut). Ati (Mati) Haikal."

;D

Entah apa-apa la kau bebelkan yang.

Sejak Haikal dah banyak cakap dan kitorang dah boleh faham ni,
Hubby selalu call dari tempat kerja semata-mata nak borak dengan Haikal.
Pastu Haikal ni notty tau, dia selalu bawak lari phone aku duduk jauh-jauh.
Pastu cakap bisik-bisik ngan Papa dia.

Pastu bila aku tanya Haikal cakap apa dengan Papa, dia jawab.
"Mama tot wat." (Mama kentut kuat)

-________________________________-


Tapi yang pasti, aku dengan hubby makin seronok tengok Haikal bertambah bijak hari demi hari. Kalau kitorang borak sebelum tidur pon, masing-masing excited share cerita pasal Haikal.
Pastu masing-masing gelabah nak kata Haikal bijak macam siapa.
Padahal dah terang lagi bersuluh Haikal bijak macam ehehem aku ehehem.
Ehh! ;D

Bebaru ni hubby ada buat surprise untuk Haikal masa balik dari kerja.
Hubby jarang thoughtful macam ni.
Nak-nak pulak kalau baru balik kerja. Mestilah letih penat semua kan.
Tapi sebab selalu sangat fikir pasal Haikal dan kompiden Haikal bijak macam dia (-..-"),
suddenly hari tu hubby thoughtful sangat.
Siap nak surprisekan Haikal dengan basikal baru.
Aku pon terkejut.
Ini suamiku atau.. prince charming? Cey ceyyy.. :P

Sebab moment tu sangat indah aku tengok, so aku videokan.
Sweet je tengok hubungan hubby dengan Haikal masa malam hubby buat surprise tu.
Padahal memang semua video pon banyak muka mamat dua orang tu je.
Muka aku?
T______T

Tapi takpe.
Aku puas bila dapat buat video untuk family.
Nanti esok-esok bila dah pakai gigi palsu, boleh tengok balik video kenangan-kenangan lama.
Habis tengok, bukak gigi palsu, senyum aum aum kat hubby. ;D

Hopefully korang pon enjoy la tengok video ni.
Walaupon muka korang pon takde. Huhu!


4 comments:

Rizziela said...

kesayangan papa kan...

dari sisi hidupku said...

haha, comel gila haikal. dalam vidoe tu lagilah kemain dia pon tiru papa dia repair basikal ye. semoga menjadi anak yg soleh.

Dalin said...

Pehhh.. meleleh air hingus segala air tgk video.. dgn lagu bekground tu... huhu.. kirim salam pada semua..

Dalin said...
This comment has been removed by the author.