Family vacay at Grand Lexis Port Dickson - Room & Hotel Review

Ok sebelum aku cerita pasal aktiviti kitorang kat Grand Lexis,
baik kita review bilik dan tempat dia dulu.
Boleh?
Sebab ini ialah kewajipan.
Kang puan normala marah.. ;P

So Grand Lexis ni terletak kat Port Dickson ye kawan-kawan.
Port Dickson tu kat Negeri Sembilan.
Kot la ada yang tak tahu kan.

Macam aku ngan hubby hari tu. Gaduh bertekak dalam kereta.
Padahal isu dia pasal lokasi pulau tioman je pon.
Sorang kata Pulau Tioman kat Johor, sorang kata kat Pahang.
Pulau tioman punya pasal pon boleh gaduh.
Bangang tahap apa lah ni?

So yang sebetulnya ialah Pulau Tioman terletak kat Pahang.
Orang yang kata pulau tioman kat Johor tu ialah..
aku.
-_________-

Masa sekolah dulu geografi bukan subjek kegemaran.
Tu pasal lah tioman kat Johor.
Kepala hotak dia.
-..-

Ok lupakan.
Sampai sekarang aku masih kena bahan ngan hubby.
"Tioman kat johor. Tioman kat johor. Tioman kat johor."

Pfft.

So Grand Lexis kat Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bukan Johor ye.
Ingat adik-adik, jadikan geografi subjek kegemaran anda.

Kat PD ada dua hotel nama Lexis tau.
Satu Lexis Hotel, satu lagi Grand Lexis.
 Grand Lexis dan Lexis Hotel dimiliki oleh satu syarikat yang sama.
Building dia sebelah-sebelah je.
Belah kiri Lexis Hotel, belah kanan Grand Lexis.
Bezanya ialah, Lexis Hotel ialah hotel macam biasa, tapi Grand Lexis ialah penginapan berkonsep Villa. Dan setiap satu villa ada private swimming pool.
Tu dia. Orang baru kawen mesti suka.

So ni lah building Grand Lexis.
Jangan salah masuk Lexis Hotel pulak.
Macam kitorang hari tu. Silap masuk Lexis Hotel.
Betapa padahnya bila anda tidak menjadikan geografi sebagai subjek kegemaran.
-..-

 Reception counter dia.

Abang yang layan aku check in hari tu manis sangat.
Ada lesung pipit. Sekali pandang macam preity zinta. Kahkah.
Sampai sekarang terbayang-bayang lagi. 
Dah la panggil aku "Cik". Awww!
Bang, tapi saya datang bertiga bang. 
Yang kecik tu anak saya bang.
Yang hensem tu, entah. Sepupu kot. ;D


Lobby dia.

 
Ni projek akan datang. The Hibiscus.
Bentuk bunga raya. Tak terbayang bila dah siap nanti.
Mesti cantik kebabas.
Eh sorry Sepang Gold Coast if i offended you. Kahkah.

Ok kat Grand Lexis ni ada 3 jenis accomodation.
Garden Living, Water Living and Sky Living.
Harga berbeza-beza ikut saiz villa.
Dan semua villa pon ada swimming pool jangan risau.

Aku nak bagi tips sikit untuk pilih sama ada garden, water atau sky living.
Korang jangan ingat, oh bilik ni paling mahal, mesti paling best!
Tak. Kau silap.
Korang kena bijak sikit.

Camni.

Satu, korang kena tahu keluarga korang jenis yang macam mana.
Ada anak kecik? Ada warga emas? Ada OKU?

Dua, luggage korang banyak mana?
Satu bag? Dua bag? Satu lori? Satu kontena?

Tiga, tengok bajet.
Kalau bajet korang RM700, tapi nak bilik yang RM900,
memang otak kat celah ketiak nama dia.

Ok camni.
Kalau korang ada anak kecik atau warga emas atau OKU yang mungkin membataskan pergerakan korang, amik garden atau sky living. Jangan amik water. Payah.
Amik garden atau sky supaya korang tak perlu jalan jauhhh sampai ke hujung laut sana.
Memang perkhidmatan buggy disediakan, free of charge.
Tapi agak-agak la bhai.
Nanti nak breakfast, kena panggil buggy. Nak pergi gym, panggil buggy.
Nak check out, panggil buggy.
Leceh kot nak hop in hop off buggy je memanjang. 
Pastu satu buggy boleh muat 3-4 orang je.
Kalau korang ramai, nak kena tunggu turn pulak. Dah makan masa.
Pastu kena pulak masa peak season. Hamikkk.

Water villas dia agak jauh. Dah kata atas laut kan.
Unless korang laki bini honeymoon. Atau dengan kengkawan.
Semua muda-muda. Gagah-gagah.
Boleh lah amik water villa.
Kalau takde buggy, boleh jalan kaki.

Tapi kalau pergerakan korang agak terbatas dek anak kecil macam aku.
Toksah lah. Sila amik garden atau sky villa.
Dekat dengan segala-galanya.
Tempat makan dekat, public pool dekat, gym dekat, parking kereta dekat.


 Playground pon dekat. =)

Pastu kalau luggage korang banyak, stok macam nak duduk selama-lamanya ke hape,
sila amik garden villa.
Senang nak transfer barang dari kereta ke bilik.
Siap boleh parking kereta sebelah bilik.
Cuma tak boleh bawak masuk kereta dalam bilik je.
 -..-

So ni garden villas.
Ada upper unit, dan lower unit.
Upper unit, swimming pool dia uncovered. Lower unit, swimming pool dia fully covered.
Siapa nak mandi bogel, sila amik lower unit. ;D
Bukan tu je, kalau hujan ke panas terik ke, korang still boleh mandi.
Kalau amik upper unit (uncovered pool), korang boleh je kalau nak mandi waktu hujan ribut sekalipon. Tapi itu menempah maut nama dia.
So kalau nak yang uncovered pool, sila tengok ramalan cuaca sebelum book.


 Ni sky villas. Satu tempat dengan main buiding yang ada reception tadi.
Yang ada abang mirip preity zinta tadi. Heheh.
So siapa amik sky memang mudah.
Check in kat reception, naik lif terus sampai bilik.
Tapi swimming pool kat sky villa agak kecik berbanding pool kat garden and water villas.
Harap maklom.


Ni pemandangan dari sky villa.
Yang pool besar tu ialah public pool.
Yang pool kecik-kecik tu ialah private pool kat garden villas yang upper unit.
Sebab tu aku cakap siapa nak mandi bogel, jangan amik upper unit.
Kang orang atas zoom-zoom, nampak selulit dan lesung pipit di buntutmu. ;D


Ni public pool dia.
Betul-betul bawah main building. Satu tempat la dengan gym, sauna, spa segala.
Siapa duduk garden and sky villas, senang lah. Jalan kaki 2-3 minit je dah sampai.
Yang duk water villa tu, jauh sikit la nak datang public pool ni.
Kalau malas nak datang, terjun je laut.  Senang.
Cuma saya nak ucapkan, semoga panjang umur. :D


Dan ni lah water villas dia.
Yang best kat water villa ni, kat lantai bilik ada see-trough glass panel.
So boleh nampak air laut gerak-gerak kat bawah bilik.
Cuma jangan persoalkan warna air laut tu. Laut PD memang begitu. ;D
Pastu pool kat water villa ni, dia semi-covered. 
Maksudnya separuh bumbung, separuh tak bumbung.
Kalau korang datang nak honeymoon, stok tak keluar bilik 3 hari 2 malam, sesuai la amik water villa. Jauh dari orang. 
Lebih privacy, lebih bahagia. Kannnnnn?? ;P

Ok so kitorang duduk bilik manakah?
Kitorang pilih garden.
Sebab aku nak dekat dengan kereta.
Kang memalam nak pergi KFC ke nak pergi ikan bakar ke, senang.
Nama bilik kitorang ialah Grand Garden Villa.
Jom terjah bilik jom.



 Katil king size dua.
Sesuai untuk walrus-walrus beradu. Kahkah.
Oh lupa nak cakap, semua villa kat Grand Lexis ni memang ada dua katil king.
Bukan untuk bilik walrus je.
Kalau korang haluih macam toothpick pon dia tetap bagi dua katil king.

Semua bilik ada kipas and aircond.
Aku tabik betul hotel yang ada kipas.
Hellooo ada spesis orang yang tak boleh tidur aircond lepas pukul 3 pagi ok.
Nama dia megan fox. Ok bye.


 
 Ni ruang tamu dia.
Untuk pengetahuan, garden living ada 2 jenis bilik. 
Grand Garden Villa dan Garden Villa.
Yang membezakannya ialah grand garden besar sikit sebab ada ruang tamu dengan kitchen. Tu je.
Tapi dua-dua pon ada upper and lower unit macam aku cakap tadi.
Ofkos aku amik lower unit. Heheh.
Gila nak amik upper?
Kang kantoi nisbah saiz buntut kepada saiz kepala ialah 2:1.
:D


 
Dapur dia ada microwave, water heater, peti, pinggan mangkuk sudu garpu pisau cawan gelas (for 2 pax), sinki, sponge and dishwashing liquid.
Complete.
Korang cuma perlu bawak instant food yang boleh masak guna microwave. Senang.


 
Coffee, Tea, creamer, white sugar, brown sugar, sweetener, pon ada.
Teh macam-macam jenis.  Tapi kopi satu jenis je. -___-
Hubby ialah pencinta teh. Kemain dia try semua teh yang ada.
3 kali sehari minum teh. 
Biasa dia tu. Hantu Kak Teh Balik Rumah.


Bilik air dia bergabung dengan wardrobe baju.
Betul-betul sebelah swimming pool. Senang. 
Kang takde lah lepas keluar swimming pool, satu bilik lantai basah kan.
Keluar pool je, cit cit cit sikit, terus masuk wardrobe, tukar baju. Gitu.
Cit cit cit tu ialah jalan terjingkit-jingkit sebab tengah basah. -..-

Intipati bilik air dia.
Siap ada selipar pool.
Memula aku tengok selipar pool ni, komfius sekejap.
Macam, takkan nak mandi pool kena pakai selipar?
Tak pernah pulak aku tengok sukan renang, pakai selipar masa berenang.
Lama-lama baru macam, Oooo pakai kat tepi-tepi pool. Takut licin.
Ni sebab lemah geografi la ni. Lambat pikap. ;D


 Dan ni lah perkara yang digembar-gemburkan. Private pool dia. 
Cukup luas.
Muat la untuk walrus bersaiz ibu dan bapa berenang-renang di tepian. Haha!


 
 Siap ada meja lepak dan tempat bilas.


Penyu pon ada.
Boleh ajak dia berenang sama.

Ok kita beralih ke Duyung Restaurant.
Tempat buffet breakfast hari-hari.
Waktu breakfast dia 7am-1030am.
Hari kedua tu kitorang pergi lewat.
Pukul 1015am. 15 minit je lagi tinggal.
Tapi makanan still banyak. Bagus!
Ada sesetengah tempat, bila masa dah nak habis, makanan pon dah banyak habis.
So tak adil la untuk walrus-walrus yang datang lambat kan. ;P


 

Lokasi Duyung Restaurant ni dekat main building jugak.
Ambiance dia sangat cool dan sangat spacious.



Food spread dia pon not bad.
Kalau kau perut melayu, memang kenyang la.
Nasi lemak, nasi goreng kampung, mee goreng, semua ada.
Fresh juice pon banyak jenis.
Diorang punya style fresh juice, blend buah depan korang.
Korang pilih je nak buah apa, nanti dia amik dia blend kat situ jugak.
So masa dia tengah blend tu korang kena cakap,
"Op op! Cukup cukup!"
;D

Ok setakat tu je review aku tentang Grand Lexis.
Sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku tak review kat sini.
Macam outdoor activities dia. Sauna, Gym dan Spa dia.
Ada banyak tau dan semua best-best!
Contoh macam Giant Snake & Ladder, Pool Scuba Diving, Fishing and Crabbing, KMX & Normal Bicycle Rental, Archery Range, Inflatable Games, Karaoke Room, Segway Obstacle Course, Board Games, etc.

So korang kena try sekali stay kat Grand Lexis.
Explore dan experience sendiri okay!

Website: http://www.grandlexispd.com/
Facebook: https://www.facebook.com/grandlexispd
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com



**********************************************
Nak advertise kat blog ni?

26 comments:

Rina Ellisa said...

wow!!

good info.. tq sis! :D

lovelywa said...

Terbaek!! orang PD senirik pon lom gi lagik grand lexis nih..iskh2..i is belum mampoo..

Rizziela said...

memang menarik..tapi harga tu sangat tertarik :D

Mama Zharfan said...

private pool tu yg menarik! yg lain2 tu biasa2 jer..standard mana2 hotel 4/5 star pun

dari sisi hidupku said...

wah bestnya. private pool paling best. tak yah nak share dengan orang lain. haha. eh, kak sepet pon pi sana, akak tak jumpa dia ke?

Rajiah Nasir said...

Dari sisi hidupku,
Sepet pergi masa weekend deepavali tu kan. Saya pergi weekemd selepas tu. So x jumpa la.

Rosmanizah Abdul Rahman said...

Wow. Good explaination. Gelak baca.. Hehe. Rasa cam nak tukar bilik lps baca info tuan tanah.. better pilih garden. Sbb tak mahu jln jauh2.

ziela amin said...

Good story telling...

Saya sekeluarga bermalam disana Ogos tahun lepas. Memang best anak-anak boleh main pool.

Harap-harap boleh pergi lagi tahun ni:)

hani ramli said...

utk makan selama menginap including dlm pakej or kira lain ye ?

Karya Mahirah said...

bestnya.. lagi berkobar2 daku nak pergi satu family..

Signorina Syima said...

rasa excited plak baca review ni. tahun depan kena book jgk utk annivesary. kumpul duit dulu.

nak tgk actual room rate kat mana? godek website mcm tak jumpa.

Nur Arifa said...

nice review...trgin sgt nk g cni...

Narcissus said...

TQ for the informative review :)

alongkay said...

awk sgt2 membantu. tq so much.. nnt bg review lg ye.. byk pahala dpt tau.. tq :D

mcflurryberry said...

Xde ke private pool utk kanak2?err mcm seriau je nk bg budak2 mandi..4kaki..

dalila said...

kah3..rasenye xpenah lg sy sampai cni..seghonok bace entry kat cni spi tergelak berdekah2..sis pny review detailllllsss sgtttt..sy suke..sebelum ni agak konfiuss ngan bilik2 die..ok skang dh paham, dah bole simpan duit..1 je yg kurang, xde harga..hukhuk..ke sis dijemput utk buat review..klu cmtu, lexis mmg buat pilihan blogger yg tepat..

Sunnah Rich said...

Kalo pilih bilik yg 1king tu leh ke masuk ramai..hehehe

Sunnah Rich said...

Kalo pilih bilik yg 1king tu leh ke masuk ramai..hehehe

MUHD FAKHRIEY said...

kolam dia berapa dalam tu?

MUHD FAKHRIEY said...

kolam dia berapa dalam tu?

ekin ali said...

best la review awak. details perkongsian yang baik untuk saya yang pening nak pilih bilik mana yang sesuai dengan dua anak kecil

Fauziah Japar said...

Tq !!!! clear explanation !! tengah decide which room to choose...nasib baik baca citer u...ada anak 4..for sure tak boleh ambik yang jauh2..dan mesti dekat dengan playground & public pool.
Tq sis !

Izan Nordin said...

Subhanallah. Bagus nya review you. Very helpful. Sukaaa sgt. Thanks

Izan Nordin said...

Subhanallah. Bagus nya review you. Very helpful. Sukaaa sgt. Thanks

TH said...
This comment has been removed by the author.
TH said...

Hi,
Nampak bestnya cuti ke Lexis PD.
Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD