Family vacay at Grand Lexis Port Dickson - Day 3 & 4

Ok sumpah ni last entry Grand Lexis.
Kalau ada lagi lepas ni, korang boleh potong jari.
Potong je. Tak payah ajak aku pon takpe. ;D


So hari ketiga kitorang plan nak celebrate birthday Haikal  & Aqil.
Tiup belon banyak-banyak, longgok dalam pool. Pastu suruh hubby beli KFC.
Dah kita makan KFC je cukup. Pacak je lilin kat peha ayam. Huhu!

Tapi Along kata dia boleh datang petang.
Lagipon tengahari tu kitorang nak attend wedding kawan aku.
So pagi tu kita lepak bilik, tengahari pergi wedding, petang party by the pool.
Amboi.


Homaiii Haikal dah reti tiup belon! Huiyooo!!

Ni pembongak bosar namo eh. Haha!
Memang pelakon terhebat lah kau, yang. Kemain tiru gaya papa tiup belon kan.
Memang boleh menang anugerah skrin kang nih.
Nanti amik trofi mention nama mama tau.
"Thanks to my hot and beautiful mother, who has brought me into this world, who let me live famous and fabulous. She's my everything. This award belongs to her."

Amboi kemain skrip mak engko. Kahkah!

Sorry termerapu lebih sebab entry ni bosan sebanarnya. Takde benda sangat nak cerita.
-____-



Macam biasa, bangun pagi, breakfast, jalan-jalan amik angin.
Usha-usha orang mandi kat public pool.
Bosan sebab semua pon makcik-makcik. Selulit banyak bahahaha.
So balik bilik, lepak, mandi pool, tidur.


Tengahari sikit pergi wedding kawan aku.
Nanti aku buat entry lain la pasal wedding tu.
Rumah kawan aku tu tak jauh pon dari Grand Lexis.
Dalam 10 minit camtu je. Sebab tu kitorang pergi. Hihi!.

Petang sikit, Along and Aqil datang.
Yeayyyy!!!

 

Seronok tengok bapak-bapak layan anak masing-masing mandi pool. :)
Mak-mak?
Emmm..mak-mak layan nasi lemak. Haa kan rhyme tu. :D

Lepas maghrib, family aku datang.
So malam last tu diorang tidur Grand Lexis jugak lah.
Kemain excited semuanya. 
Penuh pool. Berbuih-buih. Siapa kentut pon tak tahu. Kahkah.

Ni dua orang ni. Kejap baik kejap gaduh. Stress lah hai. -..-

Hari terakhir kat sini, kita lenjan cukup-cukup mandi pool,
pastu habiskan bekalan makanan,
pastu packing-packing barang, 
pastu biarkan bilik bersepah tahap maksima. ;D



Thank you Grand Lexis. Sebab sudi hadiahkan penginapan sebegini. :)
Terharu sangat.
Lebih terharu kalau lepas ni boleh panggil lagi. 
Muahaha!

Peace pakai kaki.

3 comments:

Rizziela said...

Wah...dapat bilik free ke?

aiskelim said...

Kak rajiah ooooii...haha..nak tanya ni kalau sudi nak menjawab lah.hihik..gambo-gambo sume cantik nau ehh..pakai kamera ape nih?kihkih. :)

Rajiah Nasir said...

Aiskelim,
Pakai canon 40d. :))