Hubby's new part time job.

Hubby sekarang dah ada kerja part time baru.
Jadi badut buat belon. :D

Tapi untuk anak sendiri je lah. Hihi!
Gigih tau hubby beli belon yang panjang-panjang tu.
Sekali dengan pam dia apa semua.
Pastu belajar kat youtube step by step cara nak buat pedang lah, buat dog lah, buat flower lah.
Semuanya demi anak tersayang.
Suami siapa tah yang penyayanggg sangat ni. :')

Dan tengok la hasilnya.

 
 Dog dan pedang untuk Haikal. :D
Banyak latihan jugak lah hubby buat sebelum boleh jadi cantik macam ni.
Lama-lama terus expert.
Tutup mata je boleh buat. Cey ceyy haha! 

Masa balik kampung hari tu pon hubby buat untuk anak-anak buah dia.
Semua beratur sambil mulut bising,
"Paklang nak pedang!"
"Paklang nak flower!"
"Paklang nak love-love!"
Amboiii.. :D

Pastu Mama siap buat lawak,
"Haa nanti konvo unisel boleh lah bukak booth jual belon. Takpon kat pasar tani."
;D
 
Sejak papa dia pandai buat belon ni, Haikal seronok lah main lawan-lawan dengan papa dia.
Tah berapa kali meletop tah pedang dia tu.
Asal nak tikam je meletop. Bahaha!
Tu la. Lain kali asah la dulu. Belakang parang kalau diasah tajam jua. *tetiba*

 Pastu hubby ada buatkan flower ni untuk aku. Omiomiomio! ;P
Dia saje la tu nak suruh aku duduk diam-diam. 
Kang aku sibukkk pulak nak join main lawan pedang kan.
Hal orang lelaki katanya. Cisss!

Lepas ni kalau dapat anak pompuan, siap la!
Mama nak main lilit-lilit shawl dengan dia. Papa jangan sebok.
Papa lilit belon je cukup.
-..-

1 comments: