Satu hari di Aloq Setaq

Abah (Bapak mertua ku yang disayangi dicintai selalu. Bah, belanja cendol bakar satuhh) ialah orang utara.
Orang Perlis lah sebenarnya.
So saudara-mara dia bersepah la kat utara tanah air ni.
Kat Penang ada. Kat Perlis ada. Kat Kedah ada.

So macam kalau raya ke kan, kitorang takdelah sunyi sangat kat Penang ni.
Sesekali ada jugak terlajak-terlajak beraya sampai Wang Kelian Kap Kun Kap sana. -__-

Rumah fevret kategori saudara-mara belah Abah setakat ni ialah rumah Pakcik kat Alor Setar.
Memang fevret sekali ah.
Korang tengok pemandangan depan rumah Pakcik.

Best kan?
Mana nak dapat sawah padi terbentang luas betul-betul depan pintu rumah camni?
Rumah Pakcik je ada ok.

Oh sebelum tu, Pakcik ni ialah bapak saudara kitorang.
Kat Alor Setar ni dia duduk bersama Makcik.
Bila ada Pakcik, mestilah ada Makcik kan. -..-
Bila ada Makcik, mestilah ada anak-anak.
Begitulah salasilah keluarga mereka serba sedikit. :D

Dua minggu lepas, kitorang pergi Alor Setar lagi sebab ada wedding.
Kebetulan, Pakcik dan Makcik pon invited.
So yeayyy jom pergi sama-sama omomomo.

Awal-awal dah deal dengan diorang pukul berapa nak jumpa semua.
Makcik siap amik cuti half day sebab nak layan anak buah dia yang gojes versi plus-size ni.
By the way, walaupon rumah diorang depan sawah padi, Pakcik dan Makcik tak pulak pilih pembajak sawah atau orang-orang sebagai kerjaya mereka.
Pakcik bekerja sebagai polis dan Makcik pula bekerja sebagai kakitangan sekolah.
Kan dah takde kena-mengena terus dengan sawah padi tadi. -..-
 
Aku suka betul bila Haikal close dengan nature camni. Bukan selalu dapat rasa camni kan.
Haikal dapat tengok sawah, tengok sungai.
Haikal dapat tengok ayam, ayam dapat tengok Haikal. ;D

Kitorang sampai-sampai je rumah Makcik hari tu, lepak-lepak kejap pastu terus pergi wedding.
Kitorang pergi sekali la satu kereta. Tak jauh pon rumah pengantin tu ngan rumah Pakcik. 
Eh aku ni, kejap rumah Makcik kejap rumah Pakcik. 
Rumah siapa sebenarnya ni? -..- 

 Ok ni rumah pengantin. *tetiba*

 Yang tudung hijau tu Makcik. Yang baju putih paling kanan tu Pakcik.
Yang tudung maroon tu, entah. Plus size mana tah. Tapi hensem gila kan? -..-


 Yang ni takde lah hensem mana. ;D


 
Tengok muka Haikal. Tahu kenapa herot-herot camtu?
Dia tengah nyanyi lagu ABC ok. Dia punya herot kalah Amy Search pewwit. -..-
Makcik suka gila bila Haikal nyanyi lagu ABC.
Sampai kesudah suruh Haikal ulang.
Masuk kereta, "Haikal, camane lagu ABC?"
Dah sampai rumah, "Haikal, camane lagu ABC?"
Sambil kejar ayam, "Haikal, lagu ABC satuhhh."
Kahkah.

Kalau korang tanya aku, ni wedding siapa. 
Macam complicated sikit nak cerita sebenarnya. 
Tapi aku try explain sedaya upaya ok.

Camni cerita dia.
Hubby kata, yang dia kenal ialah pengantin perempuan. Nama Suraya. Suraya ni ialah anak kepada kawan Abah. Mak Suraya namanya Kak Milah. Hubby kata, dulu-dulu masa nak naik bas pergi sekolah mesti terserempak dengan Kak Milah. Pastu mesti diorang macam,
"Eh Kak Milah, nak kemana? Eh Alang (hubby), nak kemana?"
Hari-hari terserempak pon tanya soalan sama. -___-

Tapi aku macam musykil sikit kenapa hubby panggil mak Suraya tu "Kak".
Padahal Suraya tu baya-baya hubby je kot.
Selamber kau panggil mak orang tu "Kak"??
Setelah berfikir panjang, aku rasa tak salah kalau kau nak bahasakan diri sendiri "Kak" kepada kawan-kawan Haikal nanti. 
Hello Kak Rajiah. Masak apa hari ni? 
Gitteww.. :D

Pastu apa kena-mengena Makcik dan Pakcik dengan si pengantin? 
Ok camni.
Masa Makcik masih di zaman daranya (Ewah!), makcik ni jenis suka berjalan. 
So kalau cuti-cuti dia suka lepak rumah Abah. 
Eh aku dah bagitahu belum, Makcik ialah adik Abah sebenarnya? 
Ok lupa nak cakap awal-awal tadi. -..-
 Haa tapi camtu la relationship Abah dan Makcik. Adik beradik.
So bila dah makcik selalu lepak rumah Abah, dia kenal la jugak dengan Kak Milah ni.
Pastu sama-sama duk Alor Setar pulak.
So dia punya rapat tu jadi makin rapat pat pat pat la.
Bila makcik dah kawen dengan pakcik, pakcik pon join la rapat sekali dengan keluarga pengantin.
Camtu.

So apa kena-mengena pulak aku dengan pengantin?
Derrr..?
Sama-sama cantik kottt ;D

Makcik ngan pakcik ni muka lek-lek je, tapi diorang ni boleh tahan lawak jugak sebenarnya.
Buat lawak, tapi muka rilek. Kau rasa serba salah tak nak gelak? :D
Tapi anak-anak diorang lagi kelakar tak payah cakap la. 
Terutama yang last tu, asyikkk nak samakan aku dengan minyak kelapa dara. 
Tahu lah iolls ni dara SANGAT. -..-

Ni lah parents pengantin perempuan. Belah kiri Kak Milah, belah kanan Cik Zainol. 
Tak tahu lah betul ke tak aku eja ni.
Mereka ni tabah-tabah orangnya. Kenapa aku cakap tabah?
Dua-dua ada sakit kuat tau, tapi diorang tetap ceria di hari perkahwinan anak mereka. 
Takmo la cerita detail kat sini. Kang saya termenitik. T___T
Semoga mereka terus kuat dan tabah. 
Dan insyaAllah dengan kesakitan yang dialami, terhapus dosa-dosa lampau dan mudah perjalanan ke Jannah kelak. Amin.

Ok habis cerita wedding.
Balik kerumah Pakcik di sawah bendang semula.
Sampai je rumah pakcik, Haikal macam biasa la berkeliaran ikut suka hati dia.
Kejap tengok bird. Kejap tengok flower. Kejap tengok ayam. Kejap tengok fish.

Ni Haikal tengah intai ayam. Pakcik ada bela ayam belanda.
Aku rasa dalam 15 minit jugak Haikal terpacak situ.
Aku risau jugak apa yang kusyuk sangat ditengok tu kan.
Mana tahu ayam tu tengah bersenggama ke. Kan dah mencemari pemikiran kanak-kanak. ;D

Bila Pakcik tengok Haikal berdiri lama kat tepi reban tu, pakcik cakap nak buka reban supaya ayam lepas. Senang sikit Haikal nak tengok.
Aku dah warning Pakcik. Jangan pakcik jangan.
Kang cedera ayam-ayam pakcik. 
Haikal tu cepat geram tengok benda pelik-pelik ni. -..-

Tapi pakcik kata takpe. Budak-budak biasalah tu.
Pakcik, Haikal ni luar biasa pakcik. Pakcik tak caya tengok lah.

Mencicit sampai melintas ke seberang jalan ayam tu dikejar Haikal.
Kan saya dah cakap, jangan pakcik jangan. -___-
Nasib ayam tu lari lagi laju dari Haikal. 
Kalau tak habis la menatang bawah dagu ayam tu Haikal pulas. ;D

Habis kejar ayam, Haikal sibuk nak naik "Otorbike" (motorbike) pulak.

Kaklong (anak sulung pakcik) la yang rajin melayan. 
Kemain dia bawak Haikal round satu kampung.
Terpacak-pacak rambut Haikal kena angin.
Kaklong ni boleh tahan jugak kuat gelak tau. Aku buat lawak samar-samar ubi pon dia boleh gelak barai. 
Aku pulak yang rasa bersalah tak gelak. ;D

Korang tengok. Anak-anak pakcik ni umur belasan tahun, tapi bila bergambar ngan aku seperti tiada perbezaan pon kan. Macam sebaya je kan. Kannnnnn?? *kentut*

Aktiviti wajib bila pergi rumah makcik. Memancing.
Dah depan rumah ada sungai kan.
Nasib aku tak bawak bikini, kalau tak dah terjun dah. 
Nak pinjam makcik punya, lain saiz pulak. ;D

Aktiviti lain, bergoyang-goyang di atas hammock seperti berikut.

Amboi dia tuuu.
Haikal naik hammock tak payah susah-susah nak buaikan.
Angin lalu je dah terbuai sendiri. Dah tu ringan sangat. -..-


 Eh yang ni laaaaaaagi ringan. ;D


Hubby amik gambar ni, pastu dia suruh aku upload kat FB dengan caption,
"Menuju jalan kebenaran."
Kahkah geli sangat. Dah kenapa kena caption gitu kan.
Letak la 
"Masjid Kampung Lahar Budi" ke. 
"Jambatan usang kek dopan rumah makcik den" ke.
"Komuncup banyak lokek kek kain baju den ni haa. Padi pon banyak boleh potik buek nasi." ke.

Dah kenapa loghat nogoghi pulak tetiba. -____-

Cey ceyyy kemain poyo masing-masing.
Setakat gambar menuju jalan kebenaran je pon kan. Haha!

Yesss. Habis jugak entry ni.
Berpeluh-peluh update. -..-

Sorry kalau penulisan kali ni macam kelam kabut sikit.
Aku tak berapa sihat kebelakangan ni.
Asyik pening-pening. Jalan pon ketepi-tepi je.
Berdiri lama sikit rasa nak muntah.
Main lari-lari dengan Haikal sikit rasa nak pitam.
Adakah saya sebenarnya sedang....

Ok kita biarkan statement tu jadi kontroversi. Kahkahkah!!!
*saje cari pasal*

5 comments:

Rizziela said...

syoknyer suasana kampung

syawalsimpsons said...

tenangnya suasana kampung ni..best3...nampak haikal seronok tu

darikacamatai ly said...

Haikal nk dapat adik lettew....hihihihi

YanaHime said...

Virus betul laa blog ni...virus gelak sorang2 ^_^

Baguslaa haikal dapat berkenalan dgn nature. Jgnlaa jadi cam anak sedara akak, katak berbunyi diluar rumah dikatanya ayam, pftt!

Baiduri said...

Syok kan duk belah2 utara...hehe