Sesi soal jawab

Aku ada terima banyak soalan dari readers blog melalui email, wassapp dan Facebook.
So aku rasa macam why not buat entry pasal soalan-soalan tu.
*Nampak sangat takde modal nak update belog. Bahah.*

Tapi aku pilih enam soalan yang paling kerap ditanya sahaja.
Ok mari mulakan.



Soalan 1: Memang duduk rumah je ke sekarang? Dah jadi surirumah?

Derr..?
Berani dia cakap aku surirumah. :D

Bagi aku, kalau dah nama wanita, bila dah jadi isteri, dah jadi ibu,
automatik kau surirumah.
Sama ada kau kerja lawyer ke, engineer ke, nelayan ke, makgad ke,
kau tetap surirumah. Sepenuh masa.

Bukan ke surirumah tu maksud dia,
permaiSURI di RUMAH?
Bahah!

Ke tak kelakar?
-..-

Ya, aku sekarang banyak habiskan masa di rumah je.
Tak pergi kampus sebab labworks dah habis, so sekarang dah memasuki fasa pulun thesis writing dan publications.
Fasa paling menyampah dalam alam pengajian.
Tengok amir raja lawak pon tak nyampah camni rasa dia. T_T
Tapi takpe. Aku perlu gagahkan jugak.
Malam-malam kena stay up, buat writing.
Kalau stress, rehat kejap tengok maharaja lawak mega.
Dua jam tengok maharaja lawak, dua minit buat writing.
Itu biasa. 
;D



Soalan 2: Cantik gambar-gambar dalam blog. Pakai camera apa?

Canon 40D, Lens 24-105mm IS.

Walaupon jawapan dalam hati,
Orang cantik, pakai camera apa pon cantik. Ok bye. Dabedibeduuu. :D



Soalan 3: Best tengok video korang. Suka buat video ke? Boleh shoot wedding tak? Pakai camera apa? Pakai software apa?

Memang suka.
Kalau bab amik gambar. Kesukaan hubby.
Kalau bab video, kesukaan aku.
Bab video jangan tanya hubby. Nanti mesti dia jawab,
"Pergi tanya Rajiah la. Dia lagi terer."

*Kening gerak-gerak. Tangan gentel bulu hidung.*
 B-)

Shoot wedding? Memang tak lah. 
-____-

Kamon.. Kitorang tak sampai tahap tu lagi. Tak pernah terfikir pon.
Tolong la jangan perli sedemikian rupa.
Lagipon camera yang aku guna untuk buat video-video HD tu semua, bukan camera kitorang pon.
Camera pinjam je. T_T

Untuk buat video, aku guna Canon 60D, Lens 24-105mm IS.
Ulang suara, itu camera pinjam ye. Sebab 40D takde function video. Pfft.

Pastu yang puji-puji video adik ipar aku tunang tu,
ketahuilah bahawa video tu aku guna camera henfon je laaaaa!! Cis.
Kengkadang aku tak pasti korang ni betul-betul puji atau sekadar perli.
Sebab kengkadang perasaan dia sama macam korang puji Amir Raja Lawak. Rupanya gurauan dan sindiran semata-mata. Apa je yang lojik dipuji kat Amir tu??
;D

Lagi satu pasal software video.
Aku guna Windows Live Movie Maker je kottt.
Kat komputer korang pon ada kottt.
Tak caya pergi tengok. -..-



Soalan 4: Kenapa tak buat fanpage FB untuk blog readers?

Apa? Fanpage??
Korang tahu ke apa maksud fanpage?
 Fan = kipas. Page = halaman.
Motif nak buka halaman kipas?
Sekarang semua orang dah pasang aircond kot.
 
Ok tak kelakar.

Eh tak cukup ke dengan personal page aku tu bhai..
Nak request fanpage pulak..
  Takde beza pon fanpage dengan personal page bhai.
Add je la page yang sedia ada tu.
Tunggu aku glemer sikit dari Bobo, nanti aku buat fanpage. -..-



Soalan 5: Kenapa ajar Haikal ABC 123 je? Kenapa tak ajar syahadah, solat, baca Qur'an, doa makan?

Amboi soalan dia. Ingat sheikh mana yang tanya tadi.
;D

Yang buat aku bertambah musykil tu, yang si penyoal tu sendiri belum ada anak.
Ada tu yang belom kawen pon lagi!
Tapi soalan dia...
Amboi sangat. -____-
Of course lah kitorang ajar cik kak oi.
Setiap kali kitorang solat, Haikal akan ikut solat sama.
Kitorang pakaikan dia kopiah, kain pelikat, bentang sejadah untuk dia.
Setiap hari kami buat camtu cik kak.
Walaupon Haikal solat tak sampai 2 minit pon cik kak.
Tiba-tiba je dah tahiyat akhir sambil kepala teleng sikit kahkah.
Eh tergelak pulak saya cik kak.
Padahal masa tu kitorang belum habis rakaat pertama lagi cik kak.
Tapi Haikal dah tahiyat. 
Jadi cik kak sila bawa bertenang ye cik kak ye?
Kami akan ajar Haikal solat pelan-pelan ye cik kak ye?
 -______________________-

In fact seawal usia 2 tahun ni Haikal dah boleh hafal salawat syifa' sikit-sikit.
Sebab aku set selawat syifa' sebagai alarm sound aku setiap pagi.
Dan bila alarm bunyi, aku takkan tutup terus,
aku biar dulu selawat tu repeat 3 kali, baru aku tutup.
Satu, sebab haram kita stopkan ayat tu sesuka hati dikhuatiri lari maksud.
Dua, sebab saje nak bagi Haikal dengar selawat tu lama-lama sikit.
Biar meresap ke dalam sel otak yang sedang berhubung. *tetiba*
Lagipon antara fadhilat selawat syifa' ni ialah menenangkan hati, merangsang minda ketika tidur, melembutkan hati, mengeratkan kasih sayang dan menyembuhkan penyakit.
Haa kan Prof Muhaya dah datang. ;D

Ada je kitorang rekod Haikal baca salawat syifa, Haikal tengah solat etc.
Tapi macam tak syiok pulak nak show off benda-benda macam tu kepada umum.
Takut riak. Aku tahu iman aku rapuh macam mana.
Lagipon Haikal baru je 2 tahun bhai..
Apa lah sangat bhai..
Terlalu muda untuk dibangga-banggakan kepada umum.
Ramai je anak-anak yang dah besar-besar, dah hafaz Qur'an.
Dah jadi imam solat fardhu.
Camtu la baru lojik nak dijadikan idola.
Nak jadi viral video kat FB ke apa.
Ni budak 2 tahun baca selawat syifa' pelat-pelat?
Derr?

Lagipon kitorang rasa tak semua benda boleh share dengan umum.
Macam,
"Haikal dah pandai berak kat jamban."
Nak share? -..-

Nak-nak pulak benda-benda islamik yang perlukan keikhlasan hati dan nawaitu KERANA ALLAH. Better senyap-senyap dah la. 

Eh masalahnya salah ke ajar ABC 123?
-____-



Soalan 6:  Macam mana didik Haikal sampai bijak?

Ok soalan ni ramai gila tanya.
Tapi seriously aku jawab, aku takde jawapan.

Korang pernah dengar tak pepatah-pepatah ni,
"Semuanya berlaku dengan izin Allah"
"Setiap anak ada kelebihan mereka yang tersendiri."

Mesti pernah dengar kan?
Hah so itulah jawapan dia. :D

Kitorang ajar Haikal macam biasa je. Takde benda rare pon.
Takde pon kitorang bagi Haikal makan biji kurma patbelas dulang nak bagi jadi bijak.
Takde.
Kitorang just let it happens naturally.

Kengkadang aku tengok ada parents yang menggelabah cipan anak dah 3 tahun belum hafal ABC. Derr? Rilek sudah.
Aku dulu Form 3 pon belum hafal ABC punya turutan.
Bila nak cari apa-apa perkataan dalam dictionary, 
mesti nak kena nyanyi dulu lagu ABC,
baru dapat dia punya sequence dalam dictionary bahahahahahha.
Elehhh korang pon camtu kannnnn. Baik mengaku. :D

So mungkin dari segi daya ingatan anak kau lemah.
Tapi mungkin dari segi kreativiti, dia pro.
Bila main lego, siap boleh buat kereta kebal tayar lapan rim aloy 17 inci.
Eh tak bangga engko?
Sebagai parents, cuba la bangga sikit dengan apa juga kebolehan anak.
Tak payah tengok anak orang lain.
Tengok anak sendiri dan bangga dengan dia.
Walau macam mana pon, walau apa pon, walau siapa pon dia.

Bak kata Henry David Thoreau,

“One is not born into the world to do everything but to do something. Every single person has an important purpose to contribute at this time in human history. There are no accidents in the cosmic design. Every person has a role to play that is capable of transforming humanity’s story."

Gitu.

 Every child is unique.
Appreciate their uniqueness.

Contoh macam ni.
Pura-pura appreciate pun takpe.
-________-


Ok dah.
Tu je soal jawab setakat ni. 
Kalau ada lagi benda nak tanya, sila lah.

6 comments:

lovelywa said...

perggghhh jawapan yg bernas Jie!! Syabas bette!!..ntah la ekk..bile tak show off, org bertanya..klau show off nnt kata nk menunjuk pulak..haihh..abaikan sudahh..

Makwe Kintan said...

saya suka entry ni.. terutama soalan yg terakhir tu..wlaupun sy takde anak lg.. tp saya setuju dgn sis.. setiap anak ada kelebihan sndiri.. xelok jika kita suka membandingkan anak kita dgn anak org lain.. kita ibu bapa cari kelebihan anak kita lalu gilaplah ia.. setiap anak, Allah sudah beri yg terbaik utk ibubapanya.. hargai mereka.. (n_____n)

Rizziela said...

hua hua hya.. tak tahan dengan jawapan2 itu

Chekgu Azrine said...

Terbaik..hehe..
Yg plg kelakar soalan xajar solat ke??
Hadoiii..mcm2 peel manusia bz body ni ek

fatin nurul shadiah abdul rashid said...

Alah rajiah, akak dah anak 2 ni orang kalau beza2kan anak akak ngan anak orang, akak tanya balik nama anak akak apa? nama anak orang tu apa? sama ke? so pakai kasut memasing sudeh

fatin nurul shadiah abdul rashid said...

kalau akak orang duk compare anak akak ngan anak orang, akak tanya orang tu balik, nama anak akak apa? nama anak orang tu apa? sama ke? bawak2 la jahit kain sendiri