Terima kasih semua.

Assalamualaikum semua!!

Ceyyy first time bagi salam kannnn. ;D
Sebenarnya aku macam nervous sikit nak update blog kali ni.
Sebelum ni takde pulak nervous macam ni.
Nak-nak lepas entry sebelum ni viral nak mampos.
So macam dah takde keyakinan diri tetiba. T_T

Seriously aku macam tak sangka langsung entry 10 Tips tu boleh jadi viral.
Sampaikan bila borak ngan Daddy,
"Eh tahu tak kawan-kawan ayah pon baca blog kamu?"

Bila borak ngan mama,
"Geng-geng surau mama pon baca blog Rajiah tau."

Bila balik rumah mertua,
"Cey ceyyy retis dah sekarangggg."

-_______-

Tapi aku bersyukur sebab matlamat tercapai.
Matlamat nak sebarkan manfaat kepada ramai orang.
Bukan matlamat nak dapat 34,000 shares ok. :D

Walaupon ramai yang tag aku kat FB sebab terjumpa beberapa blog dan status FB yang copy paste sejibik sejibon entry 10 Tips tu tanpa credit langsung ke blog ni.
Takpe. Aku rilek je.
Benda baik. Better la sebar-sebarkan.
Tak payah skema sangat.
Takde kerja nak suruh diorang padam atau paksa buat linkback ke blog ni ke hape.
Aku halalkan je. =)

Walaupon ada sorang tu aku jumpa, dia up status kat FB dia.
Copy paste sebijik-sebijik entry aku tu.
Siap cakap dia yang pergi jumpa sendiri Dr. Sherine tu.
Pastu gambar-gambar semua dia tukar gambar anak dia. Kahkah.
Siap dapat 700 likes tau!
Lantak kau lah. 
Walaupon ada la sikit rasa pedis-pedis di dalam hati ni kan. 
Tapi takpe. Aku halalkan.
Tapi aku suggest, better bawak-bawak lah diri tu pergi jumpa psychiatrist jugak.
Kot ada saraf otak melecet ke kan.
Jangan ingat ketiak je boleh melecet. Saraf pon boleh. -..-

Tapi takpe. Yang negatifnya sorang dua tu je.
Yang positifnya ramai.
Aku dapat beratus-ratus email dari parents yang sudi berkongsi cerita pasal anak-anak diorang. Pasal pengalaman diorang. Pasal perkembangan anak masing-masing.
Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan dapat email-email sebegini.
Rasa terharu dan bersyukur sangat.
Walaupon aku nak minta maaf sebab tak sempat nak reply setiap satu, tapi percayalah aku hargai semuanya dan insyaAllah Allah tu Maha Kaya.
Setiap yang baik, Dia akan balas dengan yang lebih baik.
Terima kasih ahkak-ahkak abang-abang di luar sana yang sudi guide saya yang masih setahun jagung dalam dunia parenthood ni.

Siap ada sorang bapa ni email aku. 
Pastu dalam email tu, dia panggil aku "Adik" dan bahasakan diri dia "Abang". 

"Apa khabar Adik. Abang ada baca blog adik tentang 10 tips tu dan tujuan abang email ni ialah untuk berkongsi pengalaman abang membesarkan lima orang anak abang."
Amboii kenapa anje-anje angat tu.
Nak tercirit saya. Hahaha!

Tapi segala input yang positif aku ambil dan aku hargai.
Abang adik pon takpelah. ;D
Tapi memang macam-macam ragam la orang yang bagi feedback pasal entry tu.
Lawak ada. Sentap pon ada. Macam salah orang pon ada. Macam blur-blur ubi pon ada.
Yang sangat-sangat membantu pon ada.

Ada yang email,
"Thanks Dr. Sherine for sharing good infos in your blog. May I know how can I meet you? Do I have to make an appointment?"

Derrr....?
Siapa Dr. Sherine sekarang?
Nama saya Rajiah.
Rajiah dengan Sherine kan jauh bunyi tu. -..-

Tak kurang jugak yang hentam aku dalam email. Pon ada.
Ada yang tak setuju dengan beberapa tips yang diberi.
Padahal aku pon share je yang aku dapat dari doktor. Bukan tips aku reka ke hape.
Ada jugak yang marah-marah tak puas hati dengan bahasa yang aku guna dalam blog.
Kasar la. Kurang ajar la. Merosakkan bahasa la.
Ada jugak yang cakap aku macam bagus, bajet terer didik anak, padahal anak baru dua tahun.
T_____T

Tapi aku dah expect pon benda-benda macam tu sebelum ni.
So redhoooooo je la. Huhu!

Tapi yang bagi feedback positif, feedback yang membantu, memang aku doakan yang baik-baik buat mereka. Semoga kita semua jadi ibu-bapa yang kuat, baik, dan amanah untuk anak-anak kita.
Tak rugi pon guide parents lain dalam mendidik anak.
Sebab anak dia, adalah generasi anak kita jugak.
Of course kita sama-sama nak generasi yang sihat untuk anak-anak kan?
Mari seppp satu kali!

Saje nak share dengan korang, unique visits blog ni sejak entry tu jadi viral.
Sebab korang semua la dia jadi camni. Huhu!
Beza gila dari unique visits sebelom ni.
Dari 1000+ sehari terus mencanak sampai 200K! *pengsan*
Padan la masa 12hb Dec tu aku try update banyak kali asyik tak dapat.
Blog tak biasa ramai masuk kan.
Sekali masuk ramai camni, tu yang dia macam renjatan sikit kot kan. 
Terus tak boleh load page. -___-

Ramai yang tanya aku, taknak letak bayaran ke untuk advertise kat blog ni since pageviews dah mencanak-canak camtu.
Sebenarnya aku macam tak terfikir pulak nak letak bayaran ke hape.
Sebab tujuan asal pon, cuma nak tolong bisnes-bisnes orang.
"Orang" tu pon, bukannya orang lain. Orang yang support blog ni jugak.
So macam tak salah kot tolong menolong.
Orang dah sudi support blog kita, kita tolong la promote barang dia nak jual.
Camtu.

Tapi buat masa ni iklan memang ada banyak gila.
Sampai bulan 3 tahun depan, schedule iklan dah full.
So kepada yang dah request nak iklan tu, bertabahlah tunggu turn korang ye.
=)

Sebenarnya tujuan utama aku tulis entry ni ialah untuk berterima kasih je.
Aku betul-betul terharu bila ada yang sudi support blog yang tak seberapa ni.
Siap ada yang sanggup marathon baca blog ni 4 hari berturut-turut, lepas baca entry 10 tips tu.
Amboiiii untung la banyak masa nak baca blog sampai 4 hari kan. 
Yang aku ni 4 minit pon belum tentu.
Berak pon 2 minit maksimum. 
;D

So, terima kasih korang!

p/s: Sorry kalau entry ni macam bajet retis pepoyo je. Kalau nyampah, sila buat macam ni:
Dongakkan kepala, pejam mata, tangan ke bahu dan cakap "Puih!" ;D

18 comments:

Cik Cammy Lia said...

hehehe pemes gtu...thanx jugak sbb sudi sharing ilmu .

ShZamirah said...

thanks for sharing, blog you mmg ilmu sharing, santai, yet byk input. keep it up. congrats and all the best to you :)

YanaHime said...

Benda baik elok dikongsi. Sapa yg rasa x cukup baik tu, itu pendpt dia. Ikut suka laa. Yg penting niat dh terlaksana, tak gitu puan megan fox? ^__^

RieNa said...

cewahh cewahhh cewahhhh
kriena tumpang bangga bila ada org boleh trima perkongsian jijie.semoga bermanfaat utk semua.pedulikan suara2 sinis yg tak suka tu..yg menyokong lebih ramai dr yg membantah kan?

(tak nak tick respon ke emel nak penuh inbox. hahahaha)

Mama Zharfan said...

congrats. impressive

Mrs Nazar said...

tahniah...semua ilmu yang di kongsi tu ... ada byk manfaat pada yang lain... semua tu nanti tuhan kira pahala buat awk....

syawalsimpsons said...

terbaik..sue pon ada shared kat blog sue..siap kata sue yg G jumpe dr shrine tu..adoi nampak sangat tak baca abis..kakakkakak..abaikan apo je hamba allah ni nak kata bahasa macam mana sekali..dah gitoo gaya mung kan...so kena paham la kan..so far pada sue, sue paham akan setiap apa yang jiji kata N sue suke...ayat2 macam banyak mendekatkan diri dengan readers kan....thumb up kat kamoo la

the dietitian to be said...

Bagus la akak buat bahasa santai2 gitu..kalu skema kn bc tajuk je..hehe..btw keep up good word akak

AMANI JIBRIEL said...

antaranya saya la... da baca add polow pulak... huhu... segala info mmg patut kita share ken... hehe meh kaseh yer...

anna hashim said...

kawan2 kt opis berjemaah share kt FB padahal saya daaaaaaaaaaaa lama baca ebtry akak tu,baru 3 saat akak post saya da baca,kira mcm kek panas yg baru kuar dari oven..gitu perumpamaan dia...pa'kal x kawen n ada anak lagi..hehehehee

good luck akak :)

darikacamatai ly said...

Salam jiji,

Serious???ada ke yg kutuk2 pasal entry lepas?hadoi..knp la dgn diorg tu..good info kan.apa salahnya share sesama...tula,kita kdg2 up entry pasal baby kt fb pun ada yg nyampah tak suka,ckp kita ni mcm bagus la,mcm org lain tak de anak la..ape la diorg ni...benda yg elok,dishare,apa salahnya..diorg tu jelouse lettew..iri hati lebih3 sgt...tak baik kan!

BUTIK SAYANGKU said...

dont worry dear..your 10 tips tu sgt2 practical dan membantu..akak perasan semua dup pakat share, dr surirumah smpai la yg golongan profesional mcm doktor, cikgu, engineer, dan ramai lagi ( tahu sbb dorg fren akak la kan ).. so keep it up dear..stay strong and keep sharing a good thing.. ingat , bnda baik yang kita kongsi akan jadi pahala, yang buruk tetap menjadi dosa..

Airin Diana Anuar said...

agree!
i found ur blog today pun tru the viral entry.
Thanks so much for sharing
Keep on writing!!

mrs.ecam said...

aku siap nk buat gaya mcm ko suh kt ayat last tu tp bkn tuk ape yg ko tulis ni ha...aku sokong 200%...x sngke ade yg mrh n x suke ape yg ko tulis tu ek...yg copy paste siap tuko gambo ank sndri tu plg klako...mmg pysiko la...hikss..papepon thanks rajiah...mmg bnyk membantu tips yg ko bg tu...heeeeee

Mommy Pinky said...

Tips tu sgt best tak pernah baca kat mana2 yg terperinci mcm tu. nasib baik u share, kalau tak mmg selamba kot bg anak main nset tanpa pantauan ketat. Byk tips dah try buat, nampak anak2 lebih happy, mama dia pun happy. Terima kasih !!

p/s: try follow blog ni, tapi tak dapat rupanya dah pernah follow dulu sebab masa tu ngidam nak makan kepok lekor!! u jual lg ke? hihi :D :p

Ammi Sahil said...

Got to know ur blog coz of the article.. and now become ur loyal reader. And read all the previous entry. Love it! sebab santai.. xde emo-emo.. Keep it up..

('',)pzAEdy~ said...

Sis. Lawak la entry ni. Gaya penulisan yg auwwwww. Hehhe.

Abaikan komen2 yg tak membina tu.

Ok.da set bookmark for this awesome blog!!

mama tisya said...

mmg mencanak2 unique visitor tu...benda baik elok disebarkn..tp biasa la ada yg tk senang kn..tp akak suka bc blog jiji..sbb klakar dgn ayat2 jiji...bole la ilang stress kejap