Udin & Dahlia's Wedding

Udin dan Dahlia ialah kawan aku masa sekolah menengah.
SMK Seksyen 9, Shah Alam.
Atau kitorang lebih dikenali sebagai Niners.
Tapi bebudak sekarang cakap 9nerz.
 Whatevurr. -..-

Aku masa zaman sekolah dulu takde la ramai kawan pon.
Mungkin sebab tak berapa cantik. *tetiba*
Pon bukan pelajar cemerlang.
Aku ni jenis murid yang selalu datang lambat pastu kena denda basuh jamban, kutip sampah, kemas dewan. -..-
Mula-mula rasa terhina jugak bila didenda sedemikian rupa.
Tapi lama-lama seronok.
Sebab semua murid yang jenis datang-lambat-basuh-toilet ni, dah jadi kawan aku kahkah.
Siap boleh berjanji,
"Eh esok kita kena denda basuh toilet sama-sama lagi tau."
 -_____-

 So korang tak payah la tanya aku kisah zaman sekolah dulu.
Boring je sebenarnya.
In fact, ramai Niners yang kenal aku melalui blog ni. Bukan dekat sekolah.
Pastu cam tak percaya aku ni Niners jugak. Pfft.
Semua pon macam,
"Eh kau dulu yang mana satu eh? Kelas apa? Tak perasan pon." 
 -______-

Nak je aku jawab,
"Yang selalu basuh jamban."
T___________T

Nampak sangat aku ni invisible nak mampos kat sekolah dulu.
Cikgu-cikgu pon entah ingat aku ke tidak entah.
Ye la. Kan aku ni biasa-biasa je.
Bukan stok yang duduk depan sekali dalam kelas, yang bila cikgu tanya soalan terus laju-laju angkat tangan sambil jawab dengan penuh keyakinan di dada sambil tabik hormat ke kanan hormat sesudah itu. -..-
Murid camtu memang cikgu akan ingat sampai bila-bila la kan.

Aku rasa aku start ramai kawan sikit masa Form 5. Itu pon dah hujung-hujung tahun.
Sebab aku couple dengan ketua pelajar sekolah. ;P
Kau tengok. Berkat usaha basuh jamban hari-hari.
Terus ketua pengawas jatuh hati kat ai. ;D
Mungkin sebab hari-hari tengok aku kena denda, maka terdetik dalam hati dia,
"Susah nak cari wanita yang rela basuh jamban, kutip sampah, kemas dewan hari-hari. Wanita melayu terakhir ni."

-________-

Tapi lepas-lepas tu terus aku jadi solehah gila.
Tak datang lewat dah. Tak buat kesalahan lalu-lintas peraturan sekolah dah.
Sebab nak jaga air muka baby ai kan. BAHAHAHA. *muntahhhh*
Walaupon kitorang couple tak lama.
Tapi cukup la untuk merubah aku menjadi orang yang lebih baik.
Dan lebih cantik. *tetiba*

Ok dah cukup.
Lebih-lebih kang dosa. ;D

Balik cerita Udin dan Dahlia.
Aku sebenarnya takde la rapat sangat pon ngan diorang ni.
Tapi sebab satu sekolah kan. Kenal-kenal camtu je la.

Wedding diorang kat Bukit Jelutong. Dekat la dengan rumah Mama.
So dah alang-alang nak balik rumah Mama weekend tu,
singgah la kejap memeriahkan majlis diorang.

As usual, kitorang memang suka pergi wedding lambat-lambat.
Macam kalau diorang sanding pukul 2, pukul 3 camtu baru kitorang datang.
Sebab kitorang kalau boleh nak avoid crowds.
Biasalah ada anak kecik kan.


Masa kitorang datang tu, pengantin tengah amik gambar.
So kitorang pergi tengok makanan dulu. 
Memang itu pon motif utama datang wedding kan kahkahkah.
Tetiba masa aku tengah usha-usha makanan tu, Udin lambai-lambai.

Aku macam..
Alhamdulillah pengantin kenal aku.
 Kot la dia ingat aku salah majlis ke apa kan. Malu besar bhai.
-______-

Lepas makan, moh la kita naik stage. Jumpa pengantin.

 Omaigoddd baju Dahlia lawa gilaaaaa!!!
Takde pulak gambar dia masa berdiri. Kalau berdiri lagi nampak baju dia. 
Cantik sangatttt!
Kalau Udin takde kat sebelah, mesti aku dah jatuh cinta. -..-


Pelamin dia pon aku suka.
Putih-putihhh je. Feeling winter sangat. Silap tak datang pakai jaket bulu-bulu. ;D



Tapi tak boleh blah masa salam-salam pengantin tu, 
tetiba Udin cakap,
"Uihh seronok betul dapat jumpa famous blogger ni."

Pastu Dahlia pulak cakap,
"Eh seriously. I suka gila baca blog you."

Terus rasa macam nak turun stage laju-laju sambil tutup muka dengan pasu.
-__________-

Thanks Udin & Dahlia.
Sebab sudi invite kitorang. Dan sudi baca blog I yang tah pape ni.
Baru ingat taknak masukkan cerita korang dalam blog. 
BAHAHAHA ;D

3 comments:

Fifi Nadhrah said...

salam kenal dari fifi..
fifi pon suke pergi kenduri time last2.. takde org mase tu.. sanag nak handle anak..

syawalsimpsons said...

serius sue sendiri pon suke baca blog rajiah ni,,,best giler tau....

darikacamatai ly said...

Salam jiji,

Hihihihi komen yg frst atas tu ingtkn fifi husband you...hihihi salam kenal fifi :-)