Kampung Tsunami & Pantai Merdeka

Last weekend kitorang pergi Sg Petani. Atau orang Kedah panggil SP.
Kemain dia. Sampai ke Kedah berjalan.
Bunyi macam jauh.
Tapi sebenarnya takde la jauh mana. 40 minit drive je dari rumah. -..-

Tapi kalau jalan kaki, mungkin la jauh kan.
Dalam 4 hari 3 malam perjalanan camtu.
Amboi macam pernah je jalan kaki. ;D

Padahal nak pergi gerai burger depan simpang sana pon kau sibuk nak naik kereta kan.
Inikan pulak nak berjalan kaki ke SP sana. Pui sangat.
-____-

Kitorang sebenarnya saje je pergi SP.
Aku nak cari kain nak buat jubah. Jakel dan Kamdar kat sana besar sikit.
Hari tu dah pergi Kamdar Penang.
Tapi tak banyak pilihan. Pekerja lagi ramai dari kain. -..-
Plus kain dia nipis-nipis.
Kalau nak buat jubah stok nampak line spenda boleh la. -..-

So tu yang try cari kain kat SP.
Dan alhamdulillah jumpa pon kain yang diinginkan. =)

Tapi entry ni bukan pasal tips memilih kain buat jubah,
 atau tips menutup line spenda tau. ;D
Line spenda dengan jubah memang takde kena-mengena.
Dengan entry ni laaaaagi takde kena mengena.

Serious makin teruk gaya penulisan aku.
T_____T

Ada orang tu dah naik pangkat.
Dah rampas takhta aku sebagai co-driver.
Aku pon tak faham macam mana dia boleh rampas takhta aku.
Tapi dah sebulan lebih jugak la aku dah tak merasa duduk depan. Pfft.

Korang tengok. Dia punya eksyennnn. 
-_____-

Lepas kitorang setel beli kain, hubby saje bawak pusing-pusing area SP tu.
Kitorang pergi Kuala Muda. Tempat yang kena tsunami masa 2004 tu.
Sebelum-sebelum ni kalau turun SP tak pernah lagi singgah tempat tsunami ni.
Tapi Masjid siti nurhalija pernah la singgah.



Tahun ni genap 10 tahun la tragedi tsunami kat tempat ni.
Kawasan yang affected tu diorang dah convert jadi muzium.
Rumah-rumah yang ranap tu semua diorang tak usik dan biarkan keadaan dia sama macam tsunami dulu.
Cuma tambah pagar je keliling tu.

Ni yang bot bertingkek-tingkek ni kira macam tugu peringatan mangsa tsunami la.
Dia guna bot betul tau.
Memang bot-bot yang rosak dilanda tsunami dulu. 
Cuma diorang susun jadi tinggi-tinggi camtu.
Dah macam pokok krimas aku tengok.
Tinggal nak gantung bola kecik-kecik dan stokin je lagi. ;D

Gurau. 
Jangan marah naa.
Rasa takuit pulak tetiba. ;D


 Ni pon rumah-rumah betul. Pon rumah mangsa tragedi tsunami 2004 tu.
Diorang sengaja kekalkan keadaan rumah begitu.
Aku tengok pon boleh bayangkan situasi masa rumah tu kena libas dengan tsunami.
Tu belum fikir keadaan orang dalam rumah tu lagi.
Huiiiii scary. Mintak jauh.
Na'uzubillahiminzalik.


Lepas melawat "bekas" tsunami, kitorang pergi Pantai Merdeka.
Area situ-situ jugak lah.
Ni kali kedua kitorang pergi.
Kali pertama pergi Haikal belum ada. 

 
Weekend macam biasa la. Memang ramai gila orang mandi.
Air keruh la camane-camane pon. Tetap ramai yang mandi.


Tapi aku tak mandi la. Duduk tepi-tepi je.

Bukan taknak mandi. 
Tapi kang kalau mandi semua orang datang dekat aku. Ingat ikan duyung. 
;D

So better duduk tepi-tepi tu je.
Sambil kunyah keropok, sambil memerhati bontot-bontot orang. Kahkah.
 Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, 65% spenda adalah spenda Ben10.
Lain-lain spenda ialah Superman, Spongebob, Upin Ipin, etc.
Yang paling loser, tanned skin berbentuk spenda. ;D
Itu mungkin sebab mandi dari semalam. Sampai hari ni tak habis-habis lagi.
Tu yang hitam terus. -..-

 
Budak ni memang takde pose lain.
Tak habis-habis nak fire. -____-
Abaikan rambut Haikal yang dah macam cap kipas udang ke hape tah.
Angin kuat gila masa tu. Tu yang menggerbang habis rambut dia.



Dalam pukul 6 lebih camtu, hubby ajak balik.
Tetiba masa nak menuju ke kereta, hubby jeling-jeling kat aku.
Sambil mulut termuncung-muncung tunjuk banner ada tulis, 
"ABC Tower Baik Punyerrr".

Maka mari kita ABC dulu sebelum pulang.
Aku kalau bab memasukkan objek-objek sedap ke dalam mulut ni memang tak payah diajak.
;D


Ini first time Haikal makan ABC.
Tengok reaksi dia.


Dia la yang paling sibuk menghabiskan ABC tu.
Aku makan 3 suap je. *tolong la percaya*

Yang gambar Haikal sedut straw tu kan, kesian sangat masa tu.
Aku ngan hubby punya la,  
"Sedut kuat-kuat! Sedut kuat-kuat Haikalll!!!"
But still dia tak dapat sedut apa-apa.
Sekali kitorang check, rupanya ada kacang terlekat dalam straw.
Cihh no wonder la budak tu sedut sampai biru pon tak dapat-dapat.
Kacang betul!

-______________-

4 comments:

mrs.ecam said...

hahhaha...lawak...kacang juge d persalahkn...heeeeee

zawani badri said...

Weekend lepas p Penang dengan harapan jumpa akak, sekali akak ke SP rupanya hihihi :-)

Faidza Mokhtar said...

haaa..nampak kan gigih tak gigih bebudak hisap straw besar tu untuk rase abc..kahkahkah..same la anak kite...

Baiduri said...

Er....slalu gak p pantai merdeka, tp xpenah merasa lg abc yg nampak sungguh sodap itu...sungguh rugi....

Hehe...comey haikal sedut abc itu....