Korang tahu lagu ketam?

Kan dulu hubby pernah surprise Haikal dengan "ninja turtle" tu kan (BACA SINI).
Kemain masa tu Haikal siap buli kura-kura tu kan.
Mentang-mentang binatang tu slow-mo. Sikit pon Haikal tak takut.

So bebaru ni, hubby bawak balik another surprise untuk Haikal.
Laki aku tu kalau boleh segala binatang yang dia jumpa kat site tu dia nak bawak balik.
-_____-

Tapi surprise kali ni lain macam sikit.
Dengan aku-aku sekali tetanjat boboy.
Tapi tetanjat yang macho la.
Dalam hati je "Opocot pocot mak kau!!". Tapi muka rilek.
;D

Ni haa surprise nya.
Kalau ketam masak lemak cili api aku tak hairan sangat.
Ni ketam hidup engkooo.
Dah la besorr. Garang pulak tuuuu!
Aku acah dari jauh dia dah standby angkat ketip tinggi-tinggi.
Aku acah-acah la nak ketip dia balik kan.
Tapi tak tahu la ketam tu paham ke tak aku tengah acah dia. -..-


Hubby jumpa ketam ni kat site tempat kerja dia. Macam biasa.
Jumpa ninja turtle hari tu pon kat site jugak.
Eh macam-macam la ada kat site dia tu agaknya.
Spiderman je tak jumpa lagi. -..-
Hubby bawak balik ketam tu dalam baldi tau.
Tu yang aku berani acah-acah tu kahkah. 
Pastu bila hubby tengok Haikal excited, kejap-kejap
"Nak gam crab! Nak gam crab!"
(nak pegang crab)

Terus hubby keluarkan ketam tu dari baldi.
Huiiiii aku terus cabut lari menyelamatkan diri. Bahaha.


Hubby boleh lepas je ketam tu dekat dengan Haikal. 
Kau sebagai ibu rasa apa???
Huiiii hilang jari anak aku tu siap!
Aku bebel-bebel kat hubby, dia boleh buat tak tahuuuu je.
Tapi aku bebel dari jauh je la. Nak bebel dekat-dekat tak berani. 
Mana tahu kot ketam suka ketip orang kuat bebel ke kan. Mampos.
;D

Haikal memula macam tak takut langsung tau. Siap hulur-hulur tangan kat ketam tu.
Nak salam ke hape. -..-
Sekali bila tengok ketam tu kemain laju jalan ketepi-ketepi.
Pastu siap ketip dia bunyi tap tap tap camtu.
Haa..kejung terus budak tu.
Duduk setempat je.
Pandang ketam pon sikit-sikit je hahahah.
Tahuuuuu takutttt.

Eh kejap.
Korang tahu tak lagu ketam??
Korang pernah dengar?
Kalau tak pernah,
nah lagu ketam.



;D

Ye. Aku tiru lawak Jepp Sepah.
First time aku dengar Jepp nyanyi lagu ketam ni, aku rasa nak tumbuk je muka dia. ;D
So aku tak salahkan korang kalau korang pon rasa macam nak tumbuk muka aku.
Kahkah!!

5 comments:

RieNa said...

jijie!!!! mmg nak kena tumbuk tauuuu..kriena ni dah siap standby lps ni nk blk ajaq anak lagu ketam. cisssssssssss

RieNa said...
This comment has been removed by the author.
syawalsimpsons said...

jijie uittt mmg kelakar abis ni..ni kalo jemah kat sebelah haikal pon rasanya kejung mejung sekali kot

Teacher Basariah said...

hehe..lama tak tgk ketam hidup..selalu jupe dh kejung je kat market..(T T)

aprileighty6 said...

kahkahkah... dah agak dah mesti nak nyanyi lagu tu... hahahaha.. first time dengar pun kat buletin cinta tu la.. haha