Tiada istilah kongsi rezeki.

Bebaru ni aku ada dengar ceramah.
Ustaz Abdullah Khairi ke apa nama dia. Lupa dah.
Tapi ceramah tu basically pasal,
sejauh mana kita redha dan husnuzhon dengan rezeki dan ketentuan Allah.

Cakap senang.
"Anak ramai, murah rezeki."
"Banyak sedekah, murah rezeki."
"Isteri ramai, murah rezeki."
"Derma kat masjid, murah rezeki."
"Belanja keluarga, belanja mak ayah, murah rezeki."

 Semua orang mampu cakap camtu.
Kan?
Tapi dalam kehidupan sebenar, berapa ramai yang percaya dan yakin dengan benda-benda berkaitan murah rezeki ni?
Kerana kebanyakan dari kita TAK PERCAYA dan TAKUT soal rezeki sebenarnya.

Bila menyentuh soal anak ramai,
"Ehh tak kuasa la anak ramai. Kos sara hidup sekarang ni tinggi. Susah nak jaga anak. Anak ramai ni membebankan."

Bila menyentuh soal sedekah,
"Aku anak beranak pon tak cukup makan, takkan nak bagi orang lain pulak makan."

Bila menyentuh soal isteri ramai,
"Kalau abang kawen lain, siap!! Jangan cari beban dan bala dalam rumahtangga kita ni!"

Bila menyentuh soal derma kat masjid.
"Eh derma seringgit dah la. Nak bagi banyak buat apa. Orang lain pun bagi seringgit je kan. 
Bagi banyak kang, aku pulak tak cukup makan."

Bila menyentuh soal belanja anak, belanja keluarga, belanja mak ayah.

Anak ajak berjalan musim cuti sekolah:
 "Alahh.. melancong dan berjalan ni membazir tahu tak?? Lagipun baru dua tahun lepas kita pergi zoo negara. 
Cukuplah tu."

Anak nak beli buku baru. Isteri nak beli baju baru.
"Buat apa nak beli lagi? Yang dulu punya kan ada. Lagipon ayah kerja kuat nak kumpul duit nak beli kereta baru. 
Ini duit ayah. Hak ayah nak beli apa ayah suka."

Mak ayah nak pinjam duit, nak pergi Mekah.
"Ala mak. Buat haji tu untuk sesiapa yang mampu je. Dah tak mampu tak yah la pergi."

Itu hakikat. Memang menyedihkan.
Tapi bila becakap, masing-masing lebat.
"Bro..soal duit ni jangan berkira sangat. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat di akhirat nanti."

Ceyyy.. Suci habis statement dia.
-___-

Soalnya sekarang,
kenapa ramai antara kita masih tak yakin dengan rezeki dari Allah dan takut sangat nak belanjakan rezeki yang ada,
takut luak dan berkurang. Kenapa?

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Allah telah menjamin rezeki setiap makhluk-Nya. Setiap manusia yang terlahir ke dunia sudah dilengkapi dengan rezekinya masing-masing." (Ath-Thalaq 65: 3)

Dan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Allah telah menetapkan takdir semua mahluk sejak 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi“ (HR.Muslim)

See!
Setiap manusia yang lahir kat atas dunia ni, semuanya dah tertulis rezekinya di luh mahfuz sejak bertahun lamanya.
Dan kita wajib bariman dan percaya bahawa, sebaik-baik perancangan itu ialah perancangan Allah s.w.t.
Dan ustaz tu kata, sejak kita berusia 4 bulan didalam kandungan ibu, dah siap dah semua dokumen tentang hidup, ajal, jodoh dan rezeki kita dari kita lahir sampai kita mati kelak.
Semua dah siap. Sebelum lahir lagi dah siap!

Dan of course Allah Maha Adil.
Tak mungkin satu manusia pon, rezekinya kurang atau lebih dari manusia yang lain.
Semua sama.

Tapi kenapa bila lahir ke dunia, kita tengok ada orang miskin, ada orang kaya.
Ada yang sihat, ada yang sakit. Ada yang anak ramai, ada yang takde anak.
Ada yang gaji juta-juta. Ada yang kais pagi kais petang tak makan-makan. -..-

Haa ni jawapannya,
Kerana ujian Allah terhadap manusia itu berbeza-beza.
Dan rezeki datang pon dalam bentuk berbeza-beza.
Ada yang kaya, tapi takde anak. Banyak duit, tapi sunyi. Duit lebih, biasanya lagho lebih.
Ada yang miskin, tapi anak ramai. Hidup penuh dan kaya dengan doa anak-anak.
Dan insyaAllah lancar perjalanan ke Jannah nanti.

Ustaz tu kata,
"Bayangkan setiap manusia tu ada rezeki dah tertulis untuknya. Dan manusia itu duduk dengan kita.
Dalam rumah kita. Pasti kita jugak dapat merasa tempias rahmat rezekinya itu. Jadi kenapa takut nak beranak ramai? Kenapa takut nak beristeri ramai?"

"Dan untuk para isteri, jangan sewenang-wenang mempertikaikan hukum syarak yang membolehkan suami berkahwin empat. Jangan takut ia memiskinkan anda. Tiada istilah kongsi rezeki. Kerana rezeki setiap isteri, Allah dah tetapkan di Luh Mahfuz dengan adil seadil-adilnya.

Baiklah ustaz. Saya redhoooo..
-_________-

Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.,
“Berusahalah untuk memperbanyak keturunan, kerana kamu tidak tahu dari anak yang mana kamu mendapatkan rezeki."

So moral of the story, yakin dengan rezeki masing-masing.
Jangan tengok orang yang kurang itu kurang. Dan yang lebih itu lebih.
Ada benda yang dia ada, kita takde. Dan ada benda yang dia takde, kita ada.
 ITU PASTI.

Dan kalau kita kaya, jangan lupa.
Dalam kekayaan kita itu, ada rezeki orang lain.
Allah uji manusia ni dalam dua keadaan. Kesenangan mahupon kesusahan.
Ujian dalam kesenangan biasanya lebih susah kerana manusia mudah terbuai dan lupa.
Kan?

Jom sama-sama renung-renungkan.
Contohi peribadi mulia pemimpin teragung dunia dan akhirat, Rasullullah s.a.w.

Bak kata Umar bin Khattab r.a.,
“Saya mendengar Rassulullah s.a.w. bersabda, Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu seperti seekor burung. Pagi-pagi ia keluar dari sarangnya dalam keadaan lapar dan pulang di malam hari dalam keadaan kenyang “ (HR Ahmad dan Tirmizi).

Dan dalam hadis yang lain menyebut, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Bersedekahlah kamu, dan jangan (terlalu) lama disimpan dan ditahan. Sebab jika demikian, Allah akan menahan (rezeki-Nya) untukmu “ (HR Bukhari) 

Selamat menyambut Maulidur Rasul korangg!
Jangan kedekut.
Suami nak kawen lagi, bagi.
Dengan syarat, BMW X6 sebijik. Jangan lupa nafkah zahir, zahir dan zahir.
;D

10 comments:

ieda iedana said...

maksudnya, incik sudah boleh la memberi haikal adik barang seorang dua... rezeki anak2 =P

Rizziela said...

Percaya & pasti.. tapi bab nak ber isteri lebih tu adalah tidak dapat diterima :D

amal salleh said...

x6 phewww~

amal salleh said...

x6 phewww~

Ema Minami said...

kahkahkah...ayat last akak paling xmenahan.....dengan syarat BMW x6 sebijik...rasenya kna tambah lagi 2 bijik...haha..salam maulidurrasul akak..^^

wHoSeNa said...

Thumbs up Rajiah!!
Tersentuh akak baca entri ni..

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

InshaAllah kena yakin pada Rezeki Allah kan kan :)

kastari multimedia said...

Silahkan kunjungi WEB kita kakak :-)
buat anak-anak kakak yang mau belajar

https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

ummu nourah said...

Betul tu kak. Mak saya ada kongsi satu cerita dari sorg ustaz. Ada hamba Allah ni, dia kumpul duit utk buat madrasah. Tapi dia dapat tau ada madrasah2 lain yg perlukan duit sumbangan utk upgrade madrasah depa. So hamba Allah ni pun sedekahkanlah semua duit yg dia ada utk madrasah2 yg memerlukan. Sbb dia yakin dan tawakal dgn ketetapan Allah, mungkin dia ada rezeki lain. Satu hari, ada seseorang dtg jumpa hamba Allah bg dia duit. Rupanya, setiap madrasah yg dia dermakan tu dapat keuntungan. So depa pulangkan balik duit hamba Allah tu, siap ada lebih lg. Hamba Allah tu dapat juga capai hasrat dia nk bina madrasah dia sendiri. Allahuakbar. Dia serahkan semua nya pada Allah...

Mrs.Critical Thinking said...

Kesimpulannya, jangan compare LIFE kita dengan orang lain. We never know what other people face in their life kan. Dan kena belajar sentiasa bersyukur. InshaAllah hidup diberkatiNya senantiasa.