Hari Jadi Adan yang ke-81. Surpriseeee!!

 Cuti raya cina hari tu kitorang buat surprise birthday untuk Adan.
Sebenarnya birthday dia dah lama lepas. 21hb Januari hari tu.
Tapi saje la kan buat lambat-lambat sikit.
Kasi dia sedih lama sikit kengkonon takde orang ingat birthday dia kahkah.

Adan ni adik aku yang second last.
Tapi dia punya manjaaaa sama la macam Jahan yang paling bongsu tu.
Tahun ni umur dia 18.
So masa surprise dia hari tu, kitorang saje terbalikkan nombor jadi 81.
Pastu edit gambar dia bagi nampak tua kerepot.

 
Selamat hari jadi yang ke-81, Adan!!
Tua dah hoiii..
Dah macam mahatma gandhi dah aku tengok.
Hidung pon dah jatuh dah tu. ;D


Pavlova bertingkat yang cantik dan sedap ini,
mestilah..
bukan aku yang buat. -..-

Pavlova ni dari Choc Hut.
Nanti aku cerita detail pasal Choc Hut kat entry lain.
Menu malam tu,
mama ada buat mee kari dan popia goreng.
Pastu Kaklong buat jeli kelapa.
Aku?
Errr.. aku tiup belon. 
Boleh?

Chocolate Bar Goodies ni dari Chocomaniacz.
Pon nanti aku cerita detail kat entry lain okay.
Silap tak suruh dia tulis 81 instead of 18 kat wrapper tu. Lupa! 
-___-

Masa malam nak surprise tu, aku suruh hubby bawak Adan pergi somewhere.
Supaya kitorang boleh set up apa semua kan.
So hubby tetiba pura-pura suruh Adan temankan dia withdraw duit kat petronas.
So bila budak tu hilang je, laju-laju kitorang set up apa semua.

Beberapa minit lepas tu Adan balik dan..
Surpriseeeeee!!!!

Muka tetanjat boboi. ;D


Masa ni tetiba Adan cakap,
"Patut la Abang Fify tetiba ajak teman. Adan pelikkk je, dah kenapa withdraw duit pon nak berteman bagai??"
Kahkah.


Dan lagu birthday pon berkumandang.
Korang tengok muka Aqil. 
Dia punya semangattt dah macam birthday dia pulak kahkah. 

Bergema sekejap rumah mama dengan lagu birthday. 
Dah la tengah malam masa tu.
Sampai jiran sebelah rumah wassapp, dah kenapa meriah sangat lagunya sampai ke rumah sebelah boleh dengar.
-______-


Masa ni Adan excited betul muka dia, siap tergelak-gelak tengok muka dia tua umur 81 bersepah-sepah bertampal. :D


Daddy sibuk sekali nak rasmi kek.
Padahal kalau birthday dia, kemain tak bagi orang rasmi kek dia.
Amboi amboi. -..-


Nasib Daddy penyayang. Awww!
Tapi dah kenapa anak DARA dia yang tudung hitam tu lidah biru?? -___-


Jangan tengok muka aku.
-_________-
Belum ready hubby dah snap. Nak kena babap dia tu.

Lepas tiup lilin potong kek apa semua, makan je la aktivitinya.
Pavlova cicah mee kari. Pon sedap apa.

Masing-masing muka beriya melahap.
Terutama yang tudung biru tu. Muka dan tangan memang pakej ke apa. ;D

Si kecik ni paling kesian.
Orang lain melahap, dia tengok je. Airliur meleleh-lelehhh je. -..-
Nasib baik Aqilah gemuk macam ibu tapi comel macam makngah. *tetiba*


Pictorial sesh bersama birthday boy.


Kau tengok muka Haikal yang belah kanan tu. 
Dah macam Mr. Bean aku tengok. -_____-




Setel semua, lastttttt sekali kita ada game.
Satu group 2 orang. So semua ada 4 group.
Game dia ialah Spot The Difference dan Crossword Puzzle.
Yang Spot The Difference tu aku guna muka Adan yang hidung jatuh tadi kahkah.
So semua orang terpaksa meneliti setiap kedutan di wajah dan bulu hidung kerinting yang terpacul keluar. ;D

Crossword puzzle pulak, semua perkataan tentang Adan. 
Senang je pon game nya.

 
Hubby team dengan Adan.
Sebab aku tak join main game.
Dah aku yang buat soalan kannnn. -..-


Raidoo team dengan Jahan.
Team paling bising.
Sikit-sikit,
"Eh aku dah jumpa bulu hidung terkeluar satu!"
"Haa ni! Kedut bawah mata kurang satu."
-____________-


Haa ni dia team juara malam tu.
Along & Kaklong.
Diorang paling pantas dan jawapan semua betul.
Mana taknya.. Kau tengok group dia sampai empat orang.
Group lain dua orang je kotttt.. 
Ni mesti Aqilah tolong bagi jawapan ni. :D


Ni group paling lambat. Kahkah!
Orang lain dah announce pemenang, dah habis main game siap dah pergi sambung makan.
Mama & Daddy masihhhhh..
"Ni macam mana ni? You cari ni, I cari ni."

Dah dah la tu. Nah kertas jawapan. Bahaha

Habis main game, semua orang kena tulis something for Adan kat belakang kertas game tu.
Pastu aku compile semua sekali dalam satu scrapbook.

Scrapbook je la aku mampu buat untuk Adan.
Nak bagi percutian ke paris tak mampu. *tetiba*

Dalam scrapbook ni ada gambar-gambar kenangan Adan dari dia kecik sampai ke besor.
 Dan aku memang utamakan gambar-gambar yang kelakar dan sengal.
Macam gambar Adan takde gigi ke. Gambar Adan sunat ke.
Gambar adan masukkan jari telunjuk ke dalam lubang hidung ke.
Kalau gambar hensem, tolak tepi dulu.
Ada ruang lebih kang, baru kita tampal. :D


Korang tengok dua orang ni gelak.
Like father like son sungguh.
Janggut je lain warna. 
Sorang hitam sorang putih.
Hitam putih kehidupan ke apa. ;D


 
Raidoo, balang kuih kapit tu letak bawah dulu boleh? -..-



Sampai pukul berapa tah kitorang memekak malam tu.
Kesian jiran tetangga.
Dah la tak dijemput makan. Jemput dengar je la mampu. -..-

Aqil dan Aqilah pon dah ready nak terlelap.
Terpaksa aku sujud membenamkan muka kat badan Aqil. *tetiba*
Dah siapa suruh demokkk sangat?

Pastu malam tu bila dah bersurai, Adan wassapp semua orang cakap thanks apa semua.
Adan cakap dia tak boleh tidur tahan air mata terharu.
Holloh Holloh Hollohhhh.. *kentut satu das*

6 comments:

syawalsimpsons said...

adoi sue kalo jadi adan pon terhau tahan air mata ni..serius best giler n happening bufday bash ni

syawalsimpsons said...

adoi sue kalo jadi adan pon terhau tahan air mata ni..serius best giler n happening bufday bash ni

Zaza said...

So sweet.. Happy family.. Zaza suka idea yg terbalikkan umur n letak gambar tua tuu.. mcm best beer..

shasya said...

Hi jiji..kat mana beli kurung lace tu???..nakkkk..huhuhu

mrs.ecam said...

bestla kn...walopon simple tp meriah siap game2 bagai....hepi belated besday adan...heee

Mama Safiy Arfan said...

HAPPY FAMILY SANGAAAAAAAAAATT..BESTNYE