Orang kata, jangan terlalu benci, takut lama-lama jatuh cinta. =)


Awak,
Sorry tak reply email awak hari tu.
Bukan tak sudi. Bukan juga merajuk atau marah. 
Tapi sebab email awak terlalu special buat saya,
sampai saya rasa nak reply kat sini je.
Supaya semua orang boleh baca.
Mana tahu lepas ni utusan nak interview awak pulak ke.
 -______-

Dulu nenek saya pernah pesan,
"Kalau benci, jangan terlalu benci. Takut nanti benci bertukar sayang."

Betul awak.
Walaupon pada mulanya saya baca email awak tu,
membuak-buak perasaan marah saya sampai saya tunjuk kaki kat skrin komputer. -..-
Tapi bila saya ingat balik nasihat nenek saya,
pelan-pelannnn saya turunkan balik kaki saya. :D

Sebab saya yakin,
kalau sekarang awak benci, lama-lama nanti mesti awak akan sayang saya.
Aww malu tau cakap sayang-sayang camni.
Meremang segala bulu di badan.

Dalam email awak, awak ada mention "Sikit-sikit Allah".
Kenapa?
Awak tak suka eh?
Mungkin awak belum kenal siapa Allah. Sebab tu awak cakap macam tu.
Mungkin sampai masa nanti, awak akan kenal Dia. Dan awak akan jatuh cinta.
Saya akan doakan.
Sebab saya tahu, Allah sayang awak.

Macam mana saya tahu?
Ye la. Kalau Allah tak sayang, mesti awak dah lama mati kena lenyek buldoza.
Pastu mayat awak kena makan lipas.
Awak cuba bayangkan lipas yang kaki berbulu tu hinggap di tengkuk awak dan masuk ke dalam lubang hidung awak.
Bukan seekor ok, ramai. Segerombolan lipas masuk ke dalam lubang hidung awak.
-____-

Tapi sampai hari ni semua tu tak berlaku.
Awak masih sihat walafiat, sempurna anggota badan, cukup 10 jari, siap boleh taip email untuk saya.
Cuma otak je mungkin takde. ;D

Lagi satu, pasal jeans dan jubah.
Saya tak pernah cakap pon pakai jubah confirm masuk syurga dan pakai jeans confirm masuk neraka.
Kalau la saya dah tahu saya ni confirm masuk syurga, uihhh saya terjun bangunan sekarang jugak.
Buat apa saya nak hidup kat dunia ni lama-lama, baik saya pergi syurga terus.
Tak payah saya susah-susah menahan kemarahan baca email awak sambil menuding kaki.

Macam ni la awak.
Saya rasa awak ni tengah sakit.
Atau dalam bahasa mudah, awak ni tengah mereng.
Atau..
awak ni bongok la senang cakap. *puas hati aku*

So saya nasihatkan, awak tak payah la baca blog saya lagi.
Takut membuatkan awak bertambah bongok.
Dah la memang dah bongok, bertambah-tambah bongok pula nanti.
Mohon jangan reproduce kebongokan itu. Guna la kondom. *tetiba*

Saya mohon awak pon jangan hipokrit dan jadi la diri sendiri.
Benci saya takpe. Tapi jangan benci Allah.
Bahaya ok. Ingat cerita lipas tadi. -..-
Jangan lupa dari mana awak datang. Bertaubat la.
Malu saya nak mengaku awak ni reader blog saya.

Readers blog saya semua positif.
Takde yang bongok macam awak ni.

Ok?

I love you.
And I know you love me too.
Kiss sikit?

30 comments:

darikacamatai ly said...

Salam jiji

Entry ni mmg terbaik...kita baca on behalf email tu pun da rasa macam meluap2 darah ni..rasa mcm nk join sekali sekolahkan org tersebut..tp tak pela..kita pun masih ada kekurangan.banyak kekurangan.sedekah al-fatihah utk org berkenaan..

Nor Eliyana said...

cayalaaa, entry pedas menyengat tapi penuh kasih sayang. bak kata pepatah, float like a butterfly sting like a bee

Adi Solikin said...

Dik, this person doesnt even deserve a reply from u. Just like those person yg dok kondem blog kamu tak berilmiah dulu tu. DOrang ni kalau kamu layan makin menjadi2. Abaikan je orang2 macam ni plis, anggap je mereka ni mcm bau kentut busuk yg lama2 akan hilang... *syahdu*

Its been a while since we last talk to each other, but I can tell how much you've progress. So jgnlah sia2kan usaha kamu selama ni to become a better person by putting yourself at the same level as this person.

Yang penting antara kamu dan Allah. Paham? Ke nak kena sertakan hadis skali?

Cik Puan Tqah said...

ade jugak orang cmni? kalau awak berubah jadik jahat kot la.. ni berubah jadi baik kot.. ish2..

NuRuL MoHaMaD said...

sabaq kak jiji..
orang camni memang ada seketoi dua tau..
senyumm je tau kak.
saya masih berminat nak baca blog kak jiji.hihi

Cik Asma BLuppy said...

salam kak, selama ni tak pernah saya koemn blog kak. saya jdi silent reader ni. just entri kali ni perasaan membuak-buak nak komen. just thumb up for u kak! bagus gile entri tuk org mcm ni. seyes! saya gelak je baca entri kak ni.

thumb up!!

syawalsimpsons said...

jiji sue baca pon rasa macam nak bagi makankai gak ni...nak letak kaki kat screen jugak..natam punyer readers...pasai kes sikit2 allah pon jadi isu...baguih la kalo selaloo sebut allah dan selaloo ingat akan hadis...eiiii rasa mcam tak perlu je hide namo die...geram...

ily♥ said...

Takpelah, kita doakan dia dapat hidayah, dibukakan pintu hati, dilembutkan hatinya supaya syg kat tuan blog ni..hihi..

U have done ur part which is menyampaikan apa yg sepatutnya, the rest, kuasa Allah untuk beri hidayah..Hidayah bukan milik kita..

Semoga terbuka pintu hati dia untuk terima apa yg haq dan menolak yg batil.

Chill,
:)

Mama Safiy Arfan said...

xtahu da ape jadi ngn akidah org tu.moga smpt bertaubat

anna hashim said...

mmg betul org tu sakit otak..kak jijie sayang iolls tak? hehehheee

littlehumblelynn said...

Jiji

Haters everywhere!!but pls keep this blog alive ok!hugs!!

Nurzuliana Azman said...

Sis I ada pantun 4 kerat :-

Don't Worry
Be Happy
1 Pergi
Beribu-ribu lemon yang mari

Puas hati kan..kan..

Hanisah Hamzah said...

Hahahahhahah..... chill je kak jiji..... ape ade hal ilang follower camni??? U got nothing to loose.... she/he is a loser.... entry mkn dalam abes!!!!!! THHHOORRBAEKKK!!!!!!!! :-)

Makwe Kintan said...

"Walaupon pada mulanya saya baca email awak tu,
membuak-buak perasaan marah saya sampai saya tunjuk kaki kat skrin komputer. -..-
Tapi bila saya ingat balik nasihat nenek saya,
pelan-pelannnn saya turunkan balik kaki saya."

hahaha part ni aku baca tergelak sorg2 depan pc.. semua mata kehairanan melihatku.. hahahahaha

unica adila said...

jom kita sekeh kepala dia secara berjemaaah kk jiji :)

Ummu Imran said...

Assalamualaikum kak,

Saya sebenarnya baru mula follow blog akak lepas terbaca pasal tips dari psychiatrist tu. Saya rasa blog akak ni banyak je input yang berguna. Walaupun ada je yang lucu-lucu kan? Teruskan menulis, semoga bermanfaat kepada semua yang membaca blog akak ni.

siti mariam said...

kahkahkah..kakiku kakimu jua..ke terbalik...kakimu..kakiku jua +_+

RieNa said...

astaghfirullah..

jijie, ingat 1 je. kita hidup bukan utk puaskan hati manusia. kita hidup hanya kerana Allah.

teruskan ajak buat kebaikan. kami doakan jijie sekeluarga. amin.

Norfirdaus Md. Nor said...

Marah2 pun tetap best baca komen jijie!

Thumb up to you..

Pekak kan telinga, buka minda, happy writing and for me happy reading!

zaiton othman said...

Salam kak jiji... i dah reg jadi follower u... hehehe...

Ayu Rashid said...

Ahhahahaa. Akak pun gelak baca yg ni... adui.

Ayu Rashid said...

Jiji mmg dari keluarga yg baik... bukan saja berpendidikan tinggi.. tapi dari segi keagamaan subhanallah, memang rahmat buat jiji. Apa ada kesah org nk ckp apa pun. Asalkan niat kita ikhlas.

Tp dalam pedas tu.. lawak ok.

:sour n sweet: said...

kikiki...lawak tol jiji..
jap..nak tanya..dia tu orang ke beruang?ehh??
hehe...haraplah sngat saudara @ saudari tu segera bertaubat, betulkan syahadah, takut terpesong bila tanak tahu/dengar/baca tentang al-Quran atau hadith...
'barangsiapa yang berpegang teguh kepada 2 benda ini, nescaya tidak akan sesat buat selamanya iaitu al-Quran dan hadith Rasulullah'
semoga beliau diberi hidayah dan petunjukNya..amin

Cik Ecah said...

aku suke giler ayat2 ko kak...
pedas tp sopan dan sangat mendalam maknanya kahkahkahkah,,,,

jgn dilayan biawak2 yg selalu nak menjatuhkan kite...teruskan usaha buat benda baik...mudah mudahan aku pun jadi baik...kikikiki

dari sisi hidupku said...

uuii terkojut den nengok email ni. Kemain dia, dah kenapa entah. Nasib baik megan fox penyabar orangnya. Alaa apa susah dah tak suka, tak payah laa follow atau jadi readers. hehe.

HAJJRAH MUSLIM said...

Jiji, thniah dlm pedas msh bhikmah. Itulh yg mbezakn org2 yg beriman. Mampu mnahan kmarahn kern mrh itu hasutn syaitn. Kita doakn dia akn mdpt hdyh Allah.

isabelle said...

org ni x dpt hidayah lagi kot.
xpe la..kita doakan je la (wpun sbnrnya rasa mcm nak doakan dia mati cpt je)

As-Syifaa Bahri said...

Macam ni la awak.
Saya rasa awak ni tengah sakit.
Atau dalam bahasa mudah, awak ni tengah mereng.
Atau..
awak ni bongok la senang cakap. *puas hati aku*

HAhahha...ni mmglawak...

Jiji...jadi baik ke jahat ke kita...tetap ade org xsuka...
So kita buat je ape yg ALLAH suka.. +)

the dietitian to be said...

ada jugak org macam ni..
takpe la kak yg penting bg sy blog akak best..org tu pun satu..kalu tak suka baca sila angkat kaki jela dari blog akak..ni nk kutuk2 pulak..dah lah kutukan macam membodohkan diri sendiri..

the dietitian to be said...

ada jugak org macam ni..
takpe la kak yg penting bg sy blog akak best..org tu pun satu..kalu tak suka baca sila angkat kaki jela dari blog akak..ni nk kutuk2 pulak..dah lah kutukan macam membodohkan diri sendiri..