Perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang

Ok satu malaysia dah tahu Penang Second Bridge dah mula beroperasi sejak ahad lepas.
Dan tak pasal-pasal Batu Maung dan Batu Kawan yang dahulunya sunyi sepi,
sekarang dah sesak gila kereta lalu-lalang. -____-

Ai tak biasa tau.
Dulu, traffic light merah ke kuning ke hijau ke, tetap HIJAU bagi ai. Kahkah.
Sekarang kemain hijau pon jadi merah. Jem terus. Pfft.
Dulu tak payah sibuk nak pakai seat belt ke, nak pakai helmet ke apa. Main redahhh je.
Helloooo pakcik polis pon satu kampung je kot.
Selalu lepak sama-sama layan cucoq udang kat simpang depan sana. -___-
Tapi sekarang, berani kau taknak pakai helmet?
Polis merataaaa jaga traffic dan bermurah hati bagi saman.
Tetiba naik kereta pon rasa nak pakai helmet. Nervous sangat nampak polis. ;D

Sabtu lepas aku join perasmian jambatan tu.
Semua staff yang terlibat dalam pembinaan jambatan tu dapat pass masuk.
So laki aku pon dapat la kan.
Perasmian tu sebelah malam. So petang tu hubby tanya,

"Mama, nak join perasmian tak?"

"Malas ah. Mesti kena bersesak-sesak. Pastu kereta kena park jauh, kena jalan kaki. Pastu Haikal meragam. Pastu ketiak lecak dukung Haikal.  Pastu boring dengar najib cakap. Pastu perut lapar. Najib belum habis cakap. So kena tahan lapar. Pastu boring takde kawan. Nak borak ngan Rosmah tapi takde bangku lebih. Boring ah."

"Ok. So mama duk rumah je lah. Sebenarnya papa dapat pass masuk. Boleh lalu bridge amik gambar baring-baring untuk kali terakhir. Pastu kat event tu nanti boleh parking sebelah stage. Khas untuk orang pemalas macam mama. Tak payah jalan kaki. Turun kereta je terus duduk. Pastu ada makan free. Nasi campur lauk kampung. Ada performance by Jambu. Ada fireworks atas bridge span. Amalina, Renu, Ms. Wong, Farah dan lain-lain pon join. So sekarang macam mana?"

"Ok mama join!"

-___________-

Terus laju-laju pergi bersiap.
Perasmian start pukul 8 malam.
Tapi pukul 6.30 kitorang dah gerak kahkah.
Rosmah pon belum pakai bulu mata lagi kot. ;D

Kitorang gerak awal sebab nak spend masa atas jambatan buat kali terakhir.
Pasni tak boleh amik gambar camni dah.
T______T

Aww satu malaysia sangat gambar ni. Ms. Wong, Rojie dan Renu.
Dah kenapa tetiba jadi Rojie? -___-

Sempat la tengok sunset dari atas bridge. Cantik sangat.
Rasa nak petik bawak balik. -..-

Sampai tempat event perasmian, terus solat maghrib dan tunggu najib ah apa lagi.

 Haikal sibuk main dengan spiderman bebird dia. ;D

 
 Spiderman ada bird. Baiklah. -..-


 

Oh lupa, sambil tunggu najib, ada makan-makan.
Tak banyak pun aku makan malam tu.
Ayam gulai dua ketul, ikan goreng dua ketul, karipap dua.
Tak tahu la orang belakang aku ada lauk lagi ke tak. ;D


Ok time ni najib dan rosmah dah sampai.
Rosmah cantik pakai baju hitam pink. Dan muka ketat macam biasa. -..-
Lagu pembukaan ialah lagu ayam for you dari adik-adik PLKN.
Kemain semangat performance diorang.
Sampai Haikal joget goyang-goyang kerusi.

Masa ni lawak.
Tetiba semua diminta berdiri sebab nak nyanyi lagu negaraku.
Pastu aku macam, eh kan orang tengah makan ni??
Tetiba tengok sekeliling semua orang dah habis makan. Aku sorang je tengah pegang pinggan. 
Terpaksaaaa pelan-pelannnn bangun berdiri, nyanyi lagu negaraku sambil kunyah ayam gulai. -____-
Tu la. Siapa suruh amik ayam dua ketul. Lain kali amik empat. 
Eh!



Bila najib dah start berucap, masing-masing macam,
ok jom balik..jom balik... ;D

Sementara tunggu najib nak rasmi tu, aku tunggu dalam kereta sebab Haikal nak nenen.
Pastu suruh hubby carikan laksa. Sebab tetiba aku rasa lapar duduk dalam kereta.
Kau nampak tak pelahap dia kategori apa?? -..-


Tolong abaikan ketiak lecak ku itu. 
Syukurlah komputer korang tak boleh transfer bau. Kahkah!

Habis najib berucap, terus ada fireworks.
Panjang dan lamaaaaa sangat fireworks dia.
Puas tengok.


Ni first time Haikal tengok fireworks betul-betul depan mata camni.
Tak habis-habis, 
"Wooo.. Woooo.. Mama tengok tu. Wooo.."
;D

Maka dengan itu, secara rasminya Pulau Pinang dah ada dua jambatan.


Hubby dan kengkawan dia cakap, 
"Rasa lega dan sedih bila tengok jambatan dah siap."

Bunyi macam poyo.
Tapi aku faham perasaan mereka. =')

Lepas fireworks, Najib, Rosmah, Guan Eng dan lain-lain VVIPs naik bas ni untuk lalu jambatan.
Maka tamatlah event perasmian jambatan kedua pulau pinang.

Tepat jam 12.00 malam tu, jambatan dan boleh dilalui oleh orang awam.
Ramaiiiiiiii yang tunggu nak lalu detik 12 malam.
Siap ada yang sanggup tunggu dari tengahari kat tepi jambatan. Semata-mata nak dapat sijil.
1000 kereta pertama yang lalu akan dapat sijil.
Apa motif pon tak tahu sijil tu.
Kot la boleh letak dalam resume nak mintak kerja nanti ke apa kan. -____-

Sejak hari tu, terus sesak jambatan.
Sampai hubby kata, dah ada dua accident teruk berlaku setakat ni.
Sebab semua orang sibuk nak amik gambar atas bridge, sambil driving. -..-
Kemon.. kot ye pon nak amik gambar, hati-hati la korang.
Itu kan jalan raya. Bukan pusat peranginan. -___-

Masa berucap tu, najib ada announce jambatan kedua ni takkan dikenakan tol selama sebulan.
Apa lagi korang, jom serbuuuu!!

10 comments:

Dayah said...

konpius baca
"Lagu pembukaan ialah lagu ayam for you"
puas memerah otak bagai nk ambil exam paling susah dekat dunia, rupanya lagi im for u..ceh hihihih

Sally Samsaiman said...

hahaha...thank you bangla ek..? okay, sokong! hahaha...

malas nya lahaiii nak g PP nk tengok bridge!

Allene said...

dapat sijil? aduh... boleh buat cari kerja tak...?

Cik Puan Tqah said...

haha..xprsn plak ayam for you tu.. adoi.. lawak la kak rajie nie.. opss..

mama tisya said...

untung la dpt rasmi dlu sebelum org awam rasmi...

dari sisi hidupku said...

kita nak pergi hari tu. kemain sesat larat. lagipon malam kan susah siket nak cari jalnnya. Ada masa lagi nak pi sana.

Amal Salleh said...

lagu ayam tu da terbayang chicken dance apekah ? -_-

MaMa MuRsYiD said...

haha mati2 ingat lagu anak ayam turun saploh.. kot2 la lagu tema plkn.. ekekek

Noraiyu Yunus said...

bijak nye haikal kate spider ada bird. hehe

Hana Azleen said...

kelakar la anak sis...
bile la boleh gi jmbtn kedua ni...