Spaghetti Prawn Aglio Olio

Siapa kat sini suka makan Spaghetti Prawn Aglio Olio kat Pizza Hut yang sebelas hengget tu?
Yang ada udang sebesar zarah dua ketul je tu.
Yang spaghetti ada beberapa utas je tu.
Yang harga sebelas ringgit, belum campur GST tu. -____-

Meh sep sikit.
Walaupon udang sebesar zarah cuma dua ketul. Tapi aku suka je. -..-
Pergi pizza hut mesti nak order.

Namun, amat menyakitkan hati bila kita baru sedar yang Spaghetti Prawn Aglio Olio berharga RM11 tersebut takkan kekal lama dalam uri perut kita.
Rasa macam baruuuuu je malam tadi kita makan, tetiba bangun pagi ni,
dah rasa sebak-sebak sebab spaghetti tu kata dia dah nak pergi meninggalkan perut kita. Sobs.
Padahal masih terasa-rasa lagi kesedapan dia kat mulut.
Sebab malam tadi lupa nak gosok gigi. ;D

Kamon.. Sampai hati awak.
Saya sanggup bayar mahal tau untuk bersama awak.
Tak boleh ke awak duduk lama-lama sikit dalam perut kita.
At least 3 hari 2 malam ke. -..-

Dan..
Tak boleh ke awak tinggalkan kita dalam rupa yang sama macam masa kita jumpa malam tadi?
Malam tadi awak cantik dan sangat menyelerakan.
Tapi pagi ni, lain betul rupanya. Undescribable. ;D
Kenapa cepat sangat awak berubah?
Bahah.

Begitulah kisah menyayat hati antara saya, spaghetti dan tuuuttt tuuuttt tuuuttt.
 *talian sengaja dimatikan*

Ada satu hari tu kan, aku ternampak resepi Spaghetti Prawn Aglio Olio dalam majalah RASA.
So aku pon belek-belek la. Makin aku belek, makin resah gelisah aku rasa.
Rasa macam, eh banyak pulak syaitooonirrojim kat sini.
Asal tengok majalah masakan je mesti nafsu lapar berbakul-bakul.
Tetiba halkum macam bergerak-gerak asyik telan airliur.
Rasa nak telan je majalah tu. -_____-

Itu memang masalah bila tengok majalah masakan kan? Pfft
Tapi Alhamdulillah, iman aku kuat (BAHAHA), so aku tutup balik majalah tu dan abaikan.

Selang beberapa hari, aku terlintas pulak dengan majalah SAJI.
Tetiba aku terdengar macam ada orang bagi salam.
Macam sayup-sayuppp je suara dia.

Aku pon tercari-cari sambil belek-belek majalah SAJI tersebut,
dan ohhh rupanya ada resepi Spaghetti Prawn Aglio Olio juga!
Dia la yang bagi salam sayup-sayup tadi. ;D

Aku cuba tutup majalah tu dan buat-buat tak tahu.
Tapi semakin aku buat tak tahu, semakin ia menghantui diriku.
Amboi jadi hipotesis terus.
Jadi apa pembolehubah malar kita sekarang? -..-

So sejak hari tu, hidup aku semakin tak tentu arah.
Asyikkkk terdengar macam ada orang bagi salam sayup-sayup. Kahkah.

Sampai la satu hari tu, aku macam kena rasuk tau.
Sedar-sedar je dah kat Tesco tengah beli bahan-bahan nak buat Spaghetti Prawn Aglio Olio.

Nampak tak permainan dia di situ? -____-

Balik dari Tesco, pon masih dalam mode dirasuk.
Pastu sedar-sedar je, ada Spaghetti Prawn Aglio Olio terhidang depan mata.

Maka aku pon melantak dua pinggan.
Aku tak pasti ini semua angkara syaitoooonirrojim ke apa. 
Tetiba je dah sendawa bau udang. ;D

Begitu lah alkisahnya.
Best tak cerita rasuk-merasuk kita pada hari ni? -..-

Tapi memang lagi puas bila masak sendiri rupanya.
Bajet tak sampai RM20, tapi boleh makan 4 orang.
Walaupon kitorang bertiga je, pempaham la lagi satu portion tu siapa yang makan.
Takkan bagi kucing pulakkk. -..-


Untuk tabur-tabur kat atas spaghetti tu, aku guna tiga benda ni.
Parmesan Cheese, Daun Parsli, dan Chilli Flakes.

Sebenarnya tak susah pon buat benda ni. Senang sangat.
Semudah melepaskan kentut di tangga sahaja.
Korang boleh tiru resepi kat bawah ni k.

 Bahan-bahan ( 4 orang )
  • Sebungkus spaghetti (250g) 
  • 1 senduk olive oil
  • 1 labu bawang putih (dicincang haluih)
  • 1 biji bawang besar (dicincang haluih)
  • Udang. Suka hati nak banyak mana.
  • Isi ayam (dicincang). Kat Pizza Hut takde ayam, tapi aku saje tambah.
  • Setengah tin sliced button mushrooms.
  • 1 batang lobak merah. Potong la ikut suka.
  • Serbuk perasa Knorr Pasti Sedap.
  • 1 biji telur. (Ni pon aku memandai tambah. Dasar gemuk. -..-)

Cara-cara:
  1.  Siang udang, buang kulit. Pastu kulit udang tu basuh dan rebus. Bila dah mendidih, tutup api dan ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, rebus spaghetti macam biasa dan toskan.
  3. Sementara spaghetti tu masih panas, pecahkan sebiji telur diatasnya dan gaul. Yang telur ni, kalau taknak pon takpe. Tapi kalau ada telur lagi sedap baq hang.
  4. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih dengan olive oil.
  5. Bila dah naik bau, masuk udang dan ayam. Gaul-gaul sikit.
  6. Bila ayam dan udang hampir masak, masukkan setengah cawan air rebusan kulit udang dalam step #1 tadi.
  7. Pastu masukkan carrot dan mushrooms dan biar sampai mendidih.
  8. Pastu masukkan dua sudu besar serbuk perisa Knorr Pasti Sedap. Dan gaul sebati.
  9. Dah siap, tuang bahan-bahan tumis ni dalam bekas besar berisi spaghetti dalam step #3, dan gaulllll.
  10. Yeayyy dah siap dan dah boleh hidang!
  11. Oh lupa, untuk hiasan letak parmesan cheese, daun parsli dan chilli flakes. Setel!

Sebelum mengundur diri, terimalah sebuah pantun dua kerat dari saya,
Gendang gendut tali pusat,
Kenyang perut, semua berlipat. ;D

Selamat mencuba!

26 comments:

Fazleyatul Aini said...

salam =)

dah lama tak makan kat pizza. selalu tapau pizza bawak balik je. tapi memang suka dia punya prawn olio. sedappp
nanti boleh guna resepi awak ni plak. hihi

ain.ya.nun. said...

Kita pun suka makan SPAO tu. Pergi Pizza Hut memang semata nak makan tu je lah, lawan pulak dengan air blackberyy kemain, sedap.

BTW, hai, kita reader baru kat sini
=)

Cik Puan Tqah said...

hehhee.. suka baca..rs nk gelak terbahak2..tp ku tahan jebat..hahhaa

hanz said...

SedApnyE.....

hanz said...

SedApnyE.....

mizzura said...

cess...rasa lunch ni nak makan aglio olio plak
thenks arr kasi pengaruh..huhu

syawalsimpsons said...

adoi sue baru lepas makan aritu...rasa nak makanlagi..boleh la makan kat umah, buat senang ni ..

Rose Shada said...

Sedapnya tambah kalau letak udang besor2... walahhhh... pergh terbaikkk...

MaMa MuRsYiD said...

Saya bukan penggemar spaghetti.. Tp bila dihidangkan dgn gmbr spaghetti menawan cenggituh .. Rasa cam sdp la pulok

NHR said...

rasa nak bukak posa dengan menu ni la plaks...tapi bahan pula susah nak cari kat cni..:(

siti mariam said...

Puan jiji..time2 aku puasa ni la ko post spaghetti tercinta ni plak...lapo oiii..

fazianbatrisyia said...

kemain sedappp lagi nengoknye...

Amal Salleh said...

spageti tu ltak telur..? hee festime tau~

AZENI AHMAD said...

Memang sedap... Simple dan senang nak wat... Nak ambik masa sekejap je... Tak smpai setengah jam dah siap...

Hafizam Mohammad said...

Try makan olio kat fish manhathan..lagi sedap berganda dari pizza hut =p

latifah suleiman said...

Serious..pizzahut punya olio tak sedap langsung!

Home made lagi sedap, mudah n boleh menambah lagi.

Thanks for sharing.

Mmg tgh starving dgn Olio nih.


Salam kenal.
Che' Pah

Jemput ziarah www.latifahsuleiman.blogspot.com

aina noor said...

First time baca.nak tergelak kak chah..ha kandah nak mencuba resepi u.

MamaRayyan Asyraf said...

Ya Allah tergugat iman tengah2 mlm gini duk selongkar resepi kat blog org. Hoho.. esok mesti beli bahan dan buat!

nadiyasiti said...

Tq for the recipes :)

Nard Gothica said...

fuiyo..trliur baq hang...!!😝 nk wt la. tx..tp carrot 2..mmg xletakla kot..huhu..

Has Rani said...

Aglio olio pastamania the best!!

olie fazlea Dzulkifli said...

yummyyy..cant wait to try..i never try this before...

olie fazlea Dzulkifli said...

yummyyy..cant wait to try..i never try this before...

Suhaila Su AnNajah said...

suka aglio ni jugak..bleh la try resepi ni pulak.. tqq

Maria Firdz said...

Thanks share resepi... boleh cuba ni...

Nur Aishah said...

salam dah 3tahun baru jmpe entry sis ni.
sbb baru ptg ni nak menerai aglio olio.
hope menjadik..sbb sama geng gemok mmg memahami citarasa. hahhahahhaha.

salam kenal sis