Fadhli Hafzan - Nikah Bersanding Bertandang

Disebabkan dalam video semalam muka aku keluar sekali je itu pun berapa saat je.
Gegar-gegar pulak tu. -..-
Maka dengan itu, wujudlah entry ni di mana 90.8% adalah muka aku semata-mata. ;D

Kalau semalam kita tengok video kawen, hari ni kita tengok gambar je pulak k.
Oh sebelum tu, aku nak bagitahu, majlis ni ialah majlis kawen adik ipar aku (Ateh) ye.
Kot la korang komfius siapa yang kawen sebenarnya kan.
Sebab semua gambar pun muka megan fozzz saje. -..-
Tapi aku faham, bukan salah korang pun.
Sebab aku dan pengantin memang tak jauh beza, sama-sama berseri.
Sama-sama kurus. Ehh! ;D

Majlis kawen Ateh ngan Pali ni berlangsung 3 hari berturut-turut.
4 April - Nikah
5 April - Sanding
6 April - Bertandang

Diorang buat sekali zasssss setel semua.
Bunyi macam penat, macam terkocoh-kocoh nak buat itu ini kan.
Tapi Alhamdulillah, majlis diorang lancarrrr sangat.
Mungkin sebab semuanya well-managed dari pihak pengantin.
So keluarga pengantin pun senang.
Macam kitorang, datang-datang terus senduk nasi minyak.
Dah kenyang, tumpang melepas lelah di bilik pengantin sebab ada aircond.
Lelah sebab makan banyak sangat. :D
Ingat lelah main kompang ke apa kan kahkah.


Sampai-sampai rumah mak, ni gambar pertama aku snap.
Dan ini satu-satunya gambar hantaran yang aku snap.  -____-
So Hafify Zulhaimy Hashim, jangan buat-buat tak faham pulak ye.
Ateh kata murah je. Satu enam dah boleh dapat. ;D

Masa majlis nikah, Ateh tak ambil catering. Kitorang masak ramai-ramai kat rumah mak.
Seronok sangat duduk ramai-ramai masak. Sambil borak-borak gelak-gelak.
Banyak jugak menu hari tu.
Kari kepala ikan, Ayam pencen masak merah, dalca, tempoyak, laksa, etc.
So memang bertungkus lumus la semua orang.
Kerja aku paling susah.
Patah-patahkan kacang panjang. :D

Tiga dara pingitan. 
Yang seluar oren tu paling dara. Tengok cara berdiri pun dah tahu. Bahah!


Ni sara. Anak buah fevret buat masa ni.
Suara dia mahal tahuuu.
Serak-serak basah macam Ella shining in the eyes of the world. :D

Ateh nikah malam lepas isyak.
So lepas maghrib tu semua dah standby siap-siap kat surau.
Lepas je solat isyak berjemaah, majlis pun bermula.

Ateh dan dayang-dayangnya.
Sebenarnya ada sorang lagi. 
Tapi dia tak boleh masuk gambar. Sebab anggun sangat.
Nanti overshadow pengantin. ;D

Abah masa ni tersekat-sekat suara dia.
Teringat kat Daddy masa nikahkan aku dulu.
Pun suara tersekat-sekat.
Sedihnya seorang bapa nak lepaskan anak perempuan. T___T


 
Akhirnya dengan sekali lafaz, dah selamat berhalalan toyyibah sebagai suami isteri.
Pali memang steady.
Sambil muka ngantuk pun boleh lafaz akad. ;D

Daddy dengan Jahan pun ada datang masa Ateh nikah.
Sebenarnya aku pun tak tahu diorang datang.
Tetiba ternampak Daddy masuk surau, 
"Ehhhh daddy! Bila sampai? Mana tahu Ateh nikah malam ni? Siapa jemput?" 
-_______-


Habis nikah kat surau, semua berkumpul rumah mak.
Sebab makan-makan semua kat sana.
Pelamin apa semua pun kat sana.

 
Tengok la Pali tu. Asal aku nak snap je terus buat muka.
Kan aku dah letak dalam blog.
Esok esok biar anak cucu dia tengok. -____-


Masa ni lawak.
Pengantin bangun je dari pelamin terus kitorang serbu.
Siap paksa hubby amik gambar banyak-banyak.

 
 
Siap bawak keluar galah.
Ambil galah tolong jolokkan betul perangai. ;D

Oh sebelum korang tanya, baik aku jawab siap-siap.
Monopod untuk handphone tu korang boleh beli kat SINI.


 Pastu tetiba pengantin datang menyibuk. Terutama yang pakai songkok tu.
Gedik sangat kenapa. -..-


 
Cey ceyy lupa diri ke apa ni?
Anak mana anak? :D

Haikal masa ni dah ikut Daddy balik rumah mama.
Aman damai sekejap bila daddy bawak lari Haikal kahkah. 


Ok habis cerita nikah.
Esoknya ialah hari bersanding sebelah perempuan.

Holloh holloh hensemnya rambut yang belah kiri tu. Macam p.ramlee. 
Tinggal nak tambah misai nipis je sikit, terus dah boleh nyanyi getaran jiwa. ;D


Masa ni Haikal pergi cabut satu bunga dari mana entah, pastu bagi kat Makteh dia.
Pastu datang kat aku ingat nak bagi bunga jugak.
Sekali bagi telur. -..-

Eh korang lagi!
Monopod mana monopod? ;D


Tinggal lagi tiga anak-anak mak yang masih dara. ;D


 Family aku pun ada datang memeriahkan majlis.
Dah kata 30 minit je rumah mama dengan rumah mak.
Memang kena baling sudip la kalau tak datang. -..-


Ok habis bersanding, esoknya bertandang pulak.
Tapi bertandang tak banyak gambar.
Ada empat keping je. Gambar pengantin langsung takde kahkah.
Sebab 6 haribulan tu kebetulan birthday mama.

So kitorang kejap je la kat majlis Ateh.
Sebab nak balik shah alam celebrate birthday mama pulak.
Bunyi macam jauh je shah alam tu. Pui 30 minit je pui. -____-

Amboi yang gambar kanan tu posingggg. Diam-diam ubi berisi bergaya mak ni. 
Siap sangkut handbag gitu oloh oloh olohh. ;D

Dah tu je 4 keping gambar masa bertandang.
Gambar batang hidung pengantin langsung takde. 
Apetah lagi batang bulu hidung pengantin. -..-

Itu saje cerita untuk hari ni.
Sekian terima kasih.



*******************************************Ads******************************************

Bebaru ni aku ada try perfume Meow! by Katy Perry dari Perfumeunista.
Perghhh dia punya wangiiiii, nak nangis bak hang.
Baru dapat tahu rupanya ketiak aku boleh pergi lebih wangi dari sebelum ni. ;D
Ada banyakkkk pilihan perfume di Perfumeunista untuk korang pilih.
Perfume diorang adalah gred AAA dari Dubai.
Untuk pengetahuan, Gred AAA ni bezanya ialah ia dibungkus di Dubai.
Tapi pati wangian tetap dari negara asal. So bau dia memang sejibik macam original!

Facebook: Perfumeunista
Instagram: Perfumeunista
Contacts: 019-3546414 / 019-3463512

3 comments:

cenetos said...

ade lg kenduri masak2...benda yg jgn harap nak jumpa kt keyell..seronokkk~

Razfira said...

anggun pengantin

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. salam perkenalan. barakallahuma fikum buat pengantin baru. sekaligus 3 majlis dalam satu entri. hehehe nice ~~~