Fadhli Hafzan - Wedding Video

Ok dah siap video kawen ateh.
Tapi video dia shaky gilaaaa.
Sebab aku tak pakai stabilizer mahupun tripod masa shoot tu.
Aku dah la kuat gelak.
So bila tergelak sikit terus bahu terjungkit-jungkit, tangan shaking.
Tahniah ye rajiah. -____-

Aku harap pengantin redho dan boleh maafkan saya. *tetiba saya*
Tapi aku rasa diorang tak marah kot.
Pengantin baru kannn.
Kentut depan muka pun tak marah kott. Kan semuanya tengah indah. ;D

Kitorang dulu pun camtu.
Tidur pun senyum okkk. Kahkah.
Tiada sekelumit kemarahan dan kekecohan langsung di dalam rumahtangga.
Suami lapar, isteri masakkan.
Suami nak makan nasi, isteri sendukkan.
Suami nak pergi kerja, isteri salam cium tangan.
Suami gatal, isteri garukan. ;D

Cuba sekarang. Dah empat tahun kawen.
Suami letak kunci kereta merata pun kena tazkirah dengan isteri 3 hari 2 malam. -..-
Isteri nak salam cium tangan suami nak pergi kerja pun makin payah sekarang ni.

"Mama, papa nak pergi kerja dah ni."
"Jap jap!! Tengah basuh berak Haikal."

-_______-

Nangis suami nak salam tangan isteri baru lepas basuh berak anak.
Nak pakai glove tak sampai hati pulak. :D

So all the best la Ateh dan Pali hahaha.
*apa punya kakak ipar entah*

Tapi jangan risau.
Semoga dengan perkahwinan ni, akan membuka lebih banyak pintu-pintu untuk korang mencapai syurga Allah.

In fact Rasulullah saw sendiri pernah bagitahu,
seorang perempuan bila dah jadi isteri, makin mudahlah jalan dia ke syurga.
"Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang dimahukannya." (riwayat Abu Hurairah)

Dulu pernah dengar ustaz cakap,
"Kahwin dan berkasih sayanglah. Allah suka orang yang berkasih sayang di jalanNya. Allah akan bagi rezeki yang mencurah-curah kepada mereka yang berkasih sayang. Syaratnya mudah saje. 
Isteri kena taat kepada suami kerana Allah. Suami kena redha dengan isteri kerana Allah."

=)



Tahniah Ateh & Pali.
Semoga sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan korang di dunia dan akhirat.
Mohon maaf sekali lagi di atas kualiti video yang ibarat mintak kaki di muka ini.

Selamat pengantin baru! :D

3 comments:

Dayah said...

setelah 4 tahun kawen
suami demam isteri bebelkan sebb tak dengar cakap huhuh

*aku ler tu*

Razfira said...

hahahha mula2 semua manis kan :)

NOORUL said...

Oh x boleh play la Rajiah..Ade copyright mnde tah..niwey congrats ateh..