Featured in KOSMO! (29/3/2014)

Amboi tajuk macam memualkan je tu. ;D 

Hai.
Assalamualaikum semua.
Walaupun sebelum ni tak pernah nak bagi salam pun kan. Kahkah.

Bukan apa.
Aku sedar aku public figure sekarang. Semakin hari peminat semakin bertambah.
So perlu sentiasa menunjukkan adab sopan dan pekerti mulia kepada umum. 
*kentut*

Kalau raja bomoh baca boleh menangis teresah-esah ni.
Esah ok. Bukan esak. :D

Ok taknak panjang cerita.
Sebenarnya sabtu lepas aku masuk paper lagi.
Aww. Malu nak taip ni.
Walaupun paper kosmo je pun kan. Tetap nak pura-pura malu. 
Buat pap smear pun tak malu macam ni. -..-

Sebenarnya hari Sabtu tu lagi aku nak hebahkan kepada peminat. BAHAH
Tapi kebetulan aku pindah rumah hari yang sama.
So tak sempat langsung nak update korang pasal benda ni.
Nak bukak FB pun tak sempat.
Tapi nasib baik ada la jugak beberapa orang yang perasan muka aku dalam kosmo. 
Ok la daripada takde orang perasan langsung kan. -..-
 Sedih kot kalau takde orang perasan langsung. Aku takde la hitam sangat. *tetiba*

Tapi family aku dan family mertua pun langsung takde yang perasan. 
Aku yang kena paksa diorang beli Kosmo. T___T

Wartawan tu silap letak nama panggilan "Adlil".
Padahal aku dah cakap letak "Rajiah". Bukan "Adlil".
Sebab semua adik-beradik aku semua ada initial "Adlil". 
Mana boleh bagi populariti kepada adik-beradik dengan sewenang-wenangnya. ;D
Itupun aku suruh wartawan tu letak gambar masa photoshoot Utusan dulu tu je.
Sebab tak sempat nak arrange schedule untuk buat photoshoot baru. 
Lantakkan. T__T

Untuk pengetahuan korang, topik dalam Kosmo ni bukan tentang aku.
Tapi tentang pemilihan permainan kanak-kanak.
Aku masuk sekali dengan Pakar psikologi kanak-kanak (Vicki Panaccione), Pakar perkembangan kanak-kanak (Prof Madya Dr Mariani), Pengetua Tadika (Yoke Chan), dan seorang ibu (Emy Syafinaz).
Rasa rendah diri dan bertuahhhhhh sangat-sangat bila dapat peluang masuk paper dengan orang-orang hebat macam ni dan sama-sama menyumbang pendapat dan pengalaman.
Alhamdulillah. =)

Aku rasa artikel ni sangat bagus dan patut dibaca oleh ibu bapa yang ada anak kecil.
Especially yang suka manjakan anak dengan gajet. -___-

 Page 1
(Untuk besarkan image, Ctrl+left click)


Page 2
(Untuk besarkan image, Ctrl+left click) 

 Walaupon nama aku disebut sebanyak 11 kali je dalam artikel sepanjang dua muka surat tu, aku tetap bersyukur sebab diberi peluang dan kepercayaan macam ni. 
Ye la. 
Siapa la aku ni kan.
Ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, bulu-bulu hidung terjuih-juih.
;D

Terima kasih Kosmo!

8 comments:

RieNa said...

hoi! kalau sopan mana boleh *kentut di khalayak. hahahahahahahaha!!!

Suffiah zee said...

cayalah

isabelle frankly said...

Bulu hidung terjuih, boleh trim, dik. Takpe.

Kipidap.

Teacher Basariah said...

Tahniah!untungler dier..ngeh..ngeh..

syawalsimpsons said...

mmg glamer sungguh ni sekarang...hahhahah

izzy said...

siap kira berapa kali nama disebut tuh!
tahniah beb!
semoga kekal berinspirasi!

DESA PERMAI said...

tak semena-mene Rajiah terus glamour..tahniah. Semoga berjaya dalam business.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, hehe bagus ni. in shaa Allah, sheila amik as preparation nak jadi parents tak lama lagi. tengok zaman skrg budak2 suka betul gadget mengalahkan orang dewasa. bahaya betul... singgah menabung libresse sini~~~