Haikal dan bontot sawi. ;D

Aku ni jenis yang tak makan batang sayur.
Tak kira lah sayur jenis apa pun.
Asalkan ianya batang, aku tak makan. -..-

Dulu kecik-kecik selalu jugak kena marah ngan mama.
Sebab sebelum makan, mesti asing-asingkan batang dulu letak tepi pinggan.
Belum makan dah membazir buang batang sayur.
Batang sayur tu pakai duit jugak tu.
Kan kalau pergi Tesco beli sayur kena timbang dengan batang-batang dia sekali.
Mana boleh suruh timbang daun je amboi amboi kau ingat kau siapa.
Memang patut kena sekeh bertubi-tubi perangai tak makan batang. -..-

Tapi bila meningkat remaja, aku dah bijak sikit.
Aku discover satu cara nak buang batang, tanpa kena marah.
Sebelum makan, asingkan batang-batang yang dijumpai dalam lauk dan letak di tepi pinggan.
Seterusnya, kambus dengan nasi.
Haa kan mama dah tak nampak. ;D

Tapi bila dah kawen, Alhamdulillah.
Masalah aku selesai. Walaupun aku masih tak makan batang.
Batang sayur ok batang sayur. -_____-

Sebab hubby jenis yang makan semua.
Dari hujung ke hujung sayur semua dia makan.
Kalau sawi masuk dengan akar-akar sekali pun takde hal. Hubby makan sure licin.
Alhamdulillah di situ. :D

So everytime aku masak lauk sayur, aku akan pilih bahagian daun-daun,
dan biarkan hubby setelkan batang-batangnya.
Bukankah kehidupan berumahtangga itu indah dan saling melengkapi? Kahkah

So sejak berumahtangga, tiada lagi isu pembaziran batang sayur berlaku.
Maka selamatlah saya dari dimarahi mama buat selama-lamanya.
Sekian saje kisah "Aku sebatang, batang sayur." :D

By the way,
sebenarnya entry hari ni bukan la nak cerita pasal khasiat batang sayur mahupun batang pen.
Aku nak share dengan korang, satu aktiviti yang Haikal buat bebaru ni.
Dan aktiviti tersebut menggunakan bontot sawi.
Bukan batang, tetapi bontot. ;D

Aku harap google tak blacklist blog ni lepas ni.
Semacammm je perkataan-perkataan yang digunakan. -_____-

Tahukah anda bahawa bontot sawi jepun bila dipotong, bentuk dia jadi macam bunga ros?
Amazing bukan?
Tapi jaga-jaga, jangan sampai suami atau boyfriend awak tahu tentang fakta ini.
Nanti majlis konvo awak dia belikan bontot sawi saje. Selit teddy bear satu. -..-

By the way, aktiviti yang aku buat dengan Haikal hari tu senang je.
Mungkin ada antara korang yang pernah buat masa sekolah dulu.

Apa yang kita perlukan ialah bontot sawi, water colour dan kertas.
Konsepnya sama macam stamp atau orang melayu panggil chop. -..-


 
 So dengan menggunakan bontot sawi tadi, tekapkan pada water colour dan "chop"kan pada kertas.
Buat banyak-banyak dan jangan berhenti sampai anak korang cakap,
"Mama, Haikal penat la. Sakit tangan Haikal."  
-_____-

Main bontot sawi pun penat ke?
Belum suruh main lontar peluru lagi.

Pastikan satu bontot satu warna sahaja. Baru cantik.
Bontot sawi ye, jangan tersilap bontot lain.

Dan bila dah penuh kertas, lihatlah hasilnya.

Menarik kan?
 Tolong la cakap menarik tolong la. -___-


Macam aku, semua kerja tangan Haikal, aku tampal dalam bilik dia.

Sebab hari tu aku ada dengar dalam tv, ada sorang cikgu sekolah ni cakap,

"Anak-anak suka bila hasil kerja dia dipamerkan dan dibangga-banggakan oleh orang sekelilingnya. So pamerlah apa saje hasil kerja anak walaupun buruk. Sebab ianya bagus untuk develop self-esteem anak tersebut."

Jadi,
selamat mencuba. =)

13 comments:

Amal Salleh said...

aah zmn skola.. ade batang daun pisang tu.. kentang kn?

Allene said...

cantik... btul gak kan.. leh jadi art anak.

Mrs Nazar said...

bestnya...kretip mama awk ni.. nanti nak try kat my sons as well lah... thumb up!

Baiduri said...

kretip la....leh try ngn tasneem ni...

stichares said...

rajinnya mama haikal ni..... baik, tq share dengan kami. Nanti nak buat jugak dengan abeed bila dia dah besar sikit. Kasi cerdik macam abg haikal... ^_^

:: idzwa :: said...

cantik!!

cenetos said...

suka jugak tampal2 kt dinding..supaya sng igt..sesambil bangga dgn hasil tgn sendiri..he he he

Teacher Basariah said...

aktiviti yang sangat menarik..mana butang like ek?tak jumpa lak..huhu

didoTaz said...

thanks share...bole implement kt my son...btw, I like to read ur blog..even sometimes gune words merapu, but still ade input... :)

didoTaz said...
This comment has been removed by the author.
Glory jane said...

Salam Adlil,
bila nak buka tempahan jubah.... tiap ari check blog status tempahan jubah still sama.... T__T.
harap tempahan di buka segera....

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

good job...
haikal bijak..

nadzim bakri said...

This so menarik lah
suka..suka...bontot sawi