#HaikalOPG 2015 is coming realll soon!

Image and video hosting by TinyPic
Follow our FB page:
Haikal's Outdoor Playgroup

Ini baru Jubah - Second Batch

Lega.
Lepas bertubi-tubi ditanya, bila nak buka order bila nak buka order bila nak buka order.
Alhamdulillah berjaya juga buka order untuk second batch.
Terima kasih kerana sabar menunggu.
Walaupun lapanploh kali sehari korang tanya bila nak buka order. -____-

So untuk second batch ni, ada 12 warna je yang available,


1) Shiny Black (AVAILABLE)


 
2) Dim Gray (SOLD OUT)




3) Emerald Green (SOLD OUT)




4) Olive Green (SOLD OUT)




5) Bronze Green (SOLD OUT)




6) Royal Blue (SOLD OUT)



 7) Deep Brown (SOLD OUT)



8) Sienna (SOLD OUT)



9) Mustard (SOLD OUT)



 10) Dusky Pink (SOLD OUT)



11) Baby Purple (SOLD OUT)



 12) Royal Purple (SOLD OUT)



 Bagi ibu-ibu yang masih breastfeed anak, jangan risau.
Jubah ni breastfeeding friendly.
Sebab dia ada hidden zip di bahagian hadapan, macam ni...

*Gambar di atas bukan warna Sienna. Ini warna peach dan ia hanya sampel untuk tunjuk contoh hidden zip. Peach takde dalam stok. *

So anda boleh menyusukan anak tanpa perlu angkat dari bawah ke atas. 
Dah la bulu kaki lupa nak shave. :D

Dan macam biasa, korang ada dua pilihan.
Sama ada nak tempah jubah macam aku pakai ni,
atau nak beli kain sahaja dan tempah sendiri. 
Kot la taknak buat jubah tapi nak buat cheongsam ke kan.
Mana tahu. -..-

Ok kalau nak beli kain sahaja, harganya RM23 semeter (termasuk pos).
Untuk pengetahuan kain ni ialah kain jenis Baby Silk / Royal Silk.
Terus terang aku cakap, kain ni agak mahal.
Korang boleh check sendiri kat mana-mana kedai kain.
Tapi sangat-sangat berbaloi, sebab sangatttt sedap dipakai.
Ni antara kriteria kain Baby Silk / Roya Silk:

1) Tebal dan tak jarang. Tak payah pakai inner. Spenda taknak pakai pon terpulang. ;D
2) Selesa dan tak panas.
3) Tak payah iron. Senang kerja.
4) Berat. Tak terselak-selak bila angin jantan tiup. ;D
5) Tak melekat kat badan dan tak ikut shape macam lycra. -..-
6) Tahan lasak. Junamkan sahaja dalam washing machine.
7) Tak turun warna bila basuh. Bagus, selamat baju kerja hubby. -..-
8) Tak kembang atau kecut lepas basuh berkali-kali.
9) Plain sahaja tanpa corak. Sesuai untuk korang yang suka simple macam aku.


Ok kalau korang tempah jubah, harganya RM129.
(Termasuk kos kain, kos upah jahit dan kos pos)
Saiz boleh tengok kat chart di bawah:

 Tolong check betul-betul ukuran sebelum pilih saiz ye.
 Sebab kalau sempit atau longgar, jubah tak boleh dikembalikan.
Ukuran yang korang kena pastikan betul-betul adalah bahu, dada dan labuh.
Kalau tiga-tiga ukuran ni ok, confirm ukuran lain akan ok.
Ukuran pinggang dan pinggul tak penting sangat sebab jubah ni tak ikut bentuk badan.
Design dia mengembang dari dada ke bawah. Design A cut ke apa tah orang panggil.
Macam gambar kat atas tadi la.

Design jubah adalah fixed, sejibik sejibon macam yang aku pakai tu ye.
Tak boleh tukar design.
Kot la tetiba korang nak tambah span tebal lapan inci kat bahu ke.
Nak tambah sarung peluru kat pinggang ke.
Sorry aku takkan terima.
Kalau banyak sangat nak modify design itu ini, baik korang beli kain dan tempah sendiri. :D
Tapi kalau setakat nak pendekkan atau panjangkan labuh tangan ke labuh jubah ke,
itu BOLEH request. Takde charge tambahan.
Takde masalah kalau nak ubah ukuran, asalkan tak ubah design.


Ok untuk buat tempahan senang je.
Email aku kat fatadramonas@yahoo.com dengan subjek: JUBAH.

Dan bagi butiran berikut:
1) Nama, alamat, no.tel.
2) Warna jubah.
3) Saiz jubah 

Tempahan korang akan siap dalam tempoh 3-4 minggu selepas bayaran dibuat.
Aku harap dengan usaha aku yang sikit ni, dapat memudahkan dan menggerakkan niat korang untuk menjadi wanita yang lebih baguih dunia akhirat.
InsyaAllah.

  Oh lagi satu, ray-ban biru tu bukan free gift.
;D

p/s: Ini adalah susulan daripada entry Ini Baru Jubah (First Batch).

16 comments:

idzwa kamaruddin said...

bergaya!

aThidEaN said...

DIPERTIMBANGKAN UTK RAYA.
TQ SEBB BG BFEED FRIENDLY
FOLLOWER TAKDE DISKAUN KE?


*ALAMAK SORRY CAPSLOCK PLAK SBB TGH MODE CAPSLOCK*

aThidEaN said...

DIPERTIMBANGKAN UTK RAYA.
TQ SEBB BG BFEED FRIENDLY
FOLLOWER TAKDE DISKAUN KE?


*ALAMAK SORRY CAPSLOCK PLAK SBB TGH MODE CAPSLOCK*

Nur Yannie said...

Adoiii..bru nak tny pasal rayban biru tuh free gift ke x?hmmm..xdpt la nk bergaya mcm hang ji!!

Husna Za said...

eh..dah tempah baru kuar post nih..tak pa lah..nanti tempah lagi kain kaler lain plak.hehehe.

Glory jane said...

yeay... i like...

dinamarlianasuparman said...

kalau nak buat jubah dlm brp meter jiji?

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

cantik jubah2 awk..
nice color..

teacher nurul said...

Klu nk order kain je mcm mane ye?

Rafidah Muhamad Khotib said...

Nak order camna. Bagi no phone boleh contact kalau nk beli kain saja berapa meter utk buat jubah?

mama 1T said...

Cik Puan Rajiah,
Tudung tu ada jual skali x? Matching lak dgn semua kaler jubah tu :)

siti rokiah abdullah said...

cik puan aidil rajiah,

boleh tempah lagi tak???

na

Siti Noraqma Othman said...

Bleh tempah jubah nih lg x?

Rajiah Nasir said...

Siti Rokiah & Siti Noraqma,
Boleh tempah lagi. Sampai 12 jun. :)

Has said...

Dah dapat yang olive green punya, cantik, sekarang tunggu repeat order deep brown dan mustard. Rajiah pakai saiz apa tu? Nampak macam longgar sangat.

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

Ji cer borang order tu buat dlm bentuk form dr share drive lebih mudah n ringkas,n telek order pon senang,hanya suggestion.

kim salam fify ajak dia turun Mantin makan durian free,comfirm suka.