Sembang kosong

Sebenarnya takde apa sangat nak update hari ni.
Sebab hidup belum betul-betul stabil lagi.
Barang pindah rumah pun belum habis kemas.
Bilik baju bersepah-sepah.
Kedai bundle pun tak bersepah camni. -____-

Pastu last weekend 3 hari berturut-turut sibuk dengan kenduri kawen adik ipar.
Penat tapi seronok bila sekali-sekala dapat berkumpul ramai-ramai dengan family mertua.
Seronok dapat mingle, bersembang, bergelak ketawa.
Aku la yang paling bising masa kenduri tu. -..-

Pastu bila dah habis kenduri, masa kitorang dah nak balik Perak,
aku pura-pura mengadu kat Mak.
"Mak, peti ais kat rumah kosong. Kitorang kan baru pindah. Tak sempat lagi nak pergi groceries. So takde benda nak masak. Makan maggi je hari-hari."

Terus mak masuk dapur bungkuskan ayam, ikan patin, tomato, cili, dan macam-macam lagi.
:D

Ikan dan ayam dah siap potong dan basuh okkk.
Itu pon aku boleh tanya lagi,

"Mak, bawang takde ke Mak?"
"Lah rumah kau takde bawang ke yang? Ye la ye la. Nanti mak bungkuskan."
 "Err.. bawang yang siap kupas eh."
-________-

Apa la perasaan mak mertua dapat menantu camni.

Tapi Alhamdulillah. Lega sangat Ateh dah kawen. *tetiba*
Lega semua majlis berjalan lancar dan cuaca pun tak panas sangat.
Takde la lecak ketiak sambil layan tetamu. -..-

Pasal kenduri tu, nanti aku update entry lain. Sebab gambar pun tak transfer lagi.
Tapi banyak gambar kitorang je la pun kahkah.
Nak tengok gambar pengantin mintak kat photographer dia la. ;D

Aku teringat masa kenduri tu, ada la 2-3 orang tegur aku,
pastu masa salam-salam tu diorang bisik,
"Kirim salam kat Haikal dan hubby awak ye. Kita baca blog. Hihihi."

Yang hihihi kat belakang tu tak tahan tu. Kahkah.
Aku tak tahu nak buat muka camane masa tu.
So aku jawab balik,  
"Ok terima kasih sudi datang." 
;D

Ok dah. Cukup pasal kenduri Ateh.
Nanti kita cerita lebih-lebih kat entry lain.

Sejak kebelakangan ni ramai yang tanya pasal Haikal.
Haikal umur berapa.
Haikal dah pandai apa.
Bla bla bla..

Rupanya dah lama jugak aku tak cerita pasal perkembangan Haikal kat sini kan.
Asik cerita masuk paper aje. Amboi amboi aje. :D


Sebenarnya Haikal dah dua tahun setengah.
Dan dia dah tak nenen dah.
Completely weaned off sejak sebulan lalu.

Perasaan si ibu bila anak dah tak breastfeed,
SEDIH sangat sangatttt
T___T

Kalau dulu, bila nak tidur Haikal mesti cari aku dulu mintak nenen.
Pastu sambil nenen sambil jeling-jeling, sambil senyum-senyum.
Asik nak mengorat aku je. :D 

Tapi sekarang, dah takde semua tu.
Tu yang rinduuuuu sangat.
Betul orang kata, attachment masa baby breastfeed tu lain feeling dia.
Rasa rapat sangat dengan anak.
Rasa sayangggggg sangat.

Hmm cepat la dapat baby baru.
Bang, mari mulakan operasi. ;D



Haikal ni jenis yang sangat close dengan nature.
Dia suka main luar.
Dia suka binatang.
Hari tu balik alor setar, Haikal siap tangkap dan belai ayam belanda.
Nyaris-nyaris nak jatuh sungai ayam belanda tu Haikal kejar.
Aku pulak yang cuak menengoknya. -..-

Kalau nampak kerengga ke apa ke, mesti dia nak pegang jugak.
Hmm kerengga takpe.
Lipas jangan. -..-

Selain tu, Haikal semakin boleh diharap.
Kalau nak mintak tolong ke apa, senang.
Macam mintak tolong amik barang ke kan. 
Mintak tolong susun bantal atas katil ke.
Susun pinggan kat rak ke.
Semua dia dah pandai buat.

Kalau korang tanya aku camane aku ajar, jawapannya camni.
Hari tu aku tengok dalam Wanita Hari Ini.
Jemputan dia hari tu ialah somebody macam pengetua tadika ke camtu lah.
Dia kata, nak ajar anak supaya ringan tulang dan berdikari ni ada cara dia.
Anak-anak ni sebenarnya sukakan nada mengajak, dan bukan nada menyuruh. 

So kalau nak dia buat sesuatu,
AJAK BUKAN SURUH.

Contohnya, 
"Haikal, jom kita susun pinggan."

Bukannya,
"Haikal, pergi susun pinggan."

Gitu. 


Sejak dah cerai susu ni, Haikal semakin rapat dengan papa dia.
Makan nak papa suap.
Tidur nak papa belai.
Papa pergi kerja pun nak ikut.
Habis mama ni siapa sekarang? 
Habis manis sepah dibuang? -__-

Tapi aku suka je tengok Haikal rapat dengan hubby.
Dah anak lelaki kan.
Kena la lasak-lasak sikit. Banyak buat aktiviti lelaki.
Kang kalau rapat ngan aku, asik belajar cara pakai shawl je pulak.

Ok habis cerita pasal Haikal.

Kita cerita pasal jubah pulak. -..-
Ramai betul yang tanya bila nak open order balik.
Ok camni. Biarlah aku berterus terang.

Sebenarnya camni.
Masa aku buka order first batch hari tu, aku bajet dalam 10-20 orang je akan tempah.
Tapi rupanya ramai gila berduyun-duyun seperti itik pulang petang. -..-
Dalam seminggu je dah 50-60 tempahan aku dapat.
Itu baru seminggu buka order.
Kalau dua minggu? Tiga minggu? *jenazah terus*
So sampai aku terpaksa cari 4-5 tailor lain supaya boleh bahagi-bahagi jahit.
Kalau suruh Kak ros sorang yang jahit, memang mati la dia nak siapkan semua dalam tempoh 2 minggu. -____-

Sebab tu aku terpaksa tutup order buat sementara waktu.
Nak bagi ruang kat tailor untuk habis jahit mana yang ada dulu.
Bagi yang belum dapat jubah, ada dalam 10 orang lagi kot tak silap.
Semalam aku dah pos kesemuanya.
Minta maaf sangat kalau ada yang terpaksa tunggu sampai 4-5 minggu. 
Padahal aku janji hari tu 2-3 minggu je kan. -..-
Nasib baik korang semua baik hati dan memahami.

InsyaAllah bila aku open order balik nanti (paling lewat end of April),
aku akan perbaiki servis.

Korang pun kalau dapat jubah lewat sikit, janganlah panik k.
Tak lari pun jubah korang tu.
Dia takde kaki pun nak lari. ;D

Ok dah tu je cerita untuk hari ni.
Later aku update lagi.
Nak pulun siapkan video Ateh kawen. 
Tungguuuuu. :D

6 comments:

wnshkildielwnzmi said...

ini cool :DD just love the way you are, sis :)

:: idzwa :: said...

dah besar dah :)

aniem an said...

ade advice tak mcm mane nak bg cerai susu?

radin siti aisyah said...

hee suka la baca blog akak..comei nye haikal.da bole tlg mama da ye :)

NS said...

haikal ni besar sikit lg, mesti lagi comel.. kalo boleh, biarlah dia chubby2 mcm ni... jgn kurus sangat tau haikal.. hihihi

Ein Farah said...

Akak!!! Suka baca blog akak taw! Hihihi ;p
Haikal tu comel sgt la kak. Suke tgok ;)