30 April 2014

Tetap pencuri

Minggu ni tak tahu lah kenapa.
Allah betul-betul nak menguji kemuliaan hati aku. -_____-

Lepas satu-satu aku rasa macam sampah.
Isnin lepas pasal ada satu page jual baju kat FB guna gambar-gambar jubah aku.
Yang follow aku kat FB tahu lah pasal ni.

Aku takkan hangin kalau takde isu.
Aku bukan marah sebab dia tiru design jubah aku ke apa.
Menggelabah gila la kalau aku marah sebab tu.
Bajet professional designer ke hape kan.

Lagipun aku tahu, jubah aku tu design paling simple dan sesiapa pun boleh buat.
Lagipun ianya hanya sehelai pakaian biasa.
Kamonnn.
Takkan aku nak marah sebab dia tiru design je kan. -..-

Infact, aku sendiri pun kalau nak tempah baju kurung ke apa,
 mesti aku google tengok design yang paling latest untuk ditempah.
Pastu print gambar tu dan tunjuk kat tailor,
"Kak, saya nak baju kurung sejibik sejibon macam kim kadarshian pakai ni."

Normal la kan?

Tapi kes ni dah lain.
Sebab dia guna gambar aku, muka aku.
Pastu jual jauhhhh lebih murah dengan kualiti yang jauhhhhhhh lebih teruk.
So disebabkan muka aku kat situ, orang datang blame aku.

Well, kalau aku customer, aku pon tak fikir panjang la bila nampak benda murah kannn.
Tapi masalah timbul bila customer dah dapat jubah,
dan kualiti teruk, kain jarang, jahitan tak kemas blablabla,
customer datang blame dan complain kat aku.
Alasannya page tu jual "jubah aku".

Bukti?
Gambar aku ada kat situ.

T______T

Ok aku nak bagitau satu dunia sekarang,
bahawa aku takde jual jubah kat tempat lain selain dari blog ni.
Ya, BLOG INI SAHAJA.
So kalau korang ada nampak gambar aku kat online shop mana-mana, please bagitau.

Itu baru satu kes.
Ada lagi satu.
Tapi yang ni lagi buat aku senak uri.
-____-

Ada sorang hamba Allah ni. Mungkin juga hamba FB. -..-
Dia sukaaaaaaa sangat copy-paste artikel dari blog ni kat wall dia.
Ada satu tu sampai dapat 700+ likes.
Ok itu takpe lagi.
Sebab kebanyakan yang dia copy tu pon adalah ilmu parenting. Ok takpe.
Lagipun ilmu yang aku share kat sini pun memang untuk dikongsi.
Takde masalah kalau korang nak print out bagi satu office baca ke apa. Takde masalah.

Yang masalahnya,
bila aku baca komen-komen kat wall dia,
ramai kengkawan dia puji dan komen "mohon share",
DAN DIA MENGAKU DIA YANG TULIS ARTIKEL TERSEBUT.

Perghhhhhhh.
Aku rasa nak kentut dalam balang dan pos balang tu kat dia sekarang jugak.
-________-

Kamonnnn
Takkan se-loser tu kottt.

Aku tak kisah korang nak copy paste dan bawa kemana-manaaaaaa pon artikel dari blog ni.
Kalau taknak bagitau siapa tulis pun,
FINE.
Tapi takkan kejam sangat sampai nak mengaku diri sendiri tulis.
T_____T

Aku ikhlas share apa saje ilmu yang aku ada/dapat.
Sebab ilmu memang bukan untuk disimpan-simpan.
Tapi ketahuilah,
aku tak tulis sesebuah artikel tu main ikut sedapppp je. Walaupon bahasa aku entah hape-hape.
Dan aku tak tulis sesebuah artikel dalam masa 2-3 minit terus siap. Of course amik masa.
Ianya tak semudah yang korang sangka.
Aku PERAH OTAK.

Please.
Jangan sampai balang kentut sampai depan rumah.
Aku kalau marah memang misteri sikit.

22 comments:

Nadt said...

balang kentut sgt kelakar k..hahaha..syok gak kalau buat macam tu.haha..maybe pasni untuk elakkan perkara ni berulang, u kena la tambah coding supaya tak boleh copy artikel dalam ni. kalau nak share, klik je button share fb kat bawah tu kan. then gambo tu u letak la watermark. so kot ada yg curi gambar tu, pembaca ble tau sumber sebenar gambar tu. just bagi pendapat je.

aThidEaN said...

hampagas gila diorang ni
agak2 la wei


ingt menulis cikai2 tak yah pakai idea ka...

selamba cikadak curi gambar orang...

sah2 dia follower akak secara senyap...

onlia said...

hahaha... sokong sokong.. memang bagus kirim kentut kat depa ni..hahahahah

Ema Minami said...

yang fb page awk link yg curik jubah awk tu ke?? tu pon dia copy awk punya entry? bapakk ah dasarr pencuriii..sabar ye awk..semoga dia beroleh hidayah...*eh..panjang plak bebel*

DESA PERMAI said...

Itu dah kira mencuri hasil usaha Adlil...tak baik betul la diaorang tu...

Wanie MOHD DIN said...

Macam-macam perangai manusia skang nih.. curi artikel org, pastu bole lagi nak claim sendiri y buat.. Y jubah uh lagi tak pro.. Nak berniaga dengan cara camtuh..pastu siap kata dapat kebenaran..haih..kena cepat2 doa..sebab org yang teraniaya ni, doa termakbul..hehe..apapun, kne byk bersabar.. org y follow sure bole kenal hasil tulisan adlil rajiah..

eray ayang said...

orang gila memang ramai, nie jenis gila publisiti. sabo yang, mungkin Allah nak bagi rezeki yang lebih berganda-ganda!

♥ ROS ♥ said...

Kan... Ros pun tkut copy2 ni.. Tp ros akan tulis sumber :) hehhe.. Harap diorg sedar la apa diorg buat.. Huhuhu

Kme said...

Athi, rajiah ni sebaye kite je :) my school mate and class mate zaman primary school. hehe

.: m!ss-!kan :. said...

Semoga betabah ye babe...

Zimie said...

jahatnya yang curik tu. moga2 si pencuri diberi balasan setimpal. what goes around comes around. igt, Allah tu ada. sabar byk2 nye dear huhuh

yun said...

tak tahu nak kata apa jie...ramai sesgt manusia mcm nih....sabar jie...tp sabar pong ada tahapnyer dok...aishhh..

yun said...
This comment has been removed by the author.
||alis|| said...

salam and hi

1st time komen tapi n3 belakang2 dah nak habis baca :P

try disable copy-paste kat right-click. boleh rasanya. atau try apa2 yg boleh halang dari n3 awak di kopipes.

bunyik mmglah kejam. tapi daripada awk nak baling balang kentut tuh kan.. mihihi~

SARAHZAIDI said...

Emm macam2 manusia ni ye..biz biz jugak jgn di tolak tepi soal berkat n amanah..

X takutkah nanti d akhirat esok2 kita akan di soal siasat walaupun sebesar zarah..

Utk rajiah..sabar ye..selagi kita di pihak yang benar xperlu gusar..in shaa ALLAH ALLAH brsama kita..

Pemilik NurashButik said...

u r so funny.
dalam keadaan marah pun masih boleh buat orang tersenyum.
i suka baca blog u.
sabar ye.
jgn marah2 sgt ;)

cenetos said...

aku paham aku paham aku paham sangattt...plagiarism tahap cipan btol tuuuu..agak2 la khannn..ish ada gak org cenggitu..apa barang btol..

eh aku pulak naik misteri nusantara kt sini...

http://cenetos.blogspot.com

Ein Farah said...

sabar ye kak...biasalah dugaan kalau buat bisnes. ade je org yg nak tiru design kita. kalau sy pon, sy marah kak.

gmbr akak tu akak buat disable right click. maybe boleh mmbantu.

ain.ya.nun. said...

Adoiii, kemon lah. Tatau penulisan akademik lah tu. Setiap apa yang kita copy kan perlu kredit pada penulis tak pun tulis sumber dari mana.

Haishhh. Akai takda ka si peng copy tu!

Sabar lah je AR.

Yatt Suhadi said...

rendah betul mental owg tersebut... xmampu pk...hantar jer kentut balang siap tambah campuran hingus berkahak... bio dye tau betape mereng nyur owg bepikey nk wat 1-1 entry...

Noraslinda Mahfudz said...

Sabar...sabar...gelak saya baca u pye 'marah'. Biarkan aje..dunia ni kecil.xkemana pun dia dgn pujian2 dr fans kononnya. Yg penting Allah tahu apa yg u buat. Sharing is caring. Dia pencuri semata2 utk dptkan pujian dr org sekeliling.

nurul iman said...

oi teruknya ornag tu. huhu. lagi sekali dia buat, cirit sket skali k dalam balang. haha