Bukan tak baik. Cuma BELUM baik.

Bila terpandang seseorang,
sesiapa saje,
yang perangainya kurang elok,
yang perangainya kurang ajar,
yang perangainya kurang manis,
yang perangainya macam setan la senang cakap. ;D

Ingat satu perkara.

Setiap dari kita ada cerita.
Setiap dari kita ada pengalaman.
Yang membentuk baik buruk diri ini.
Yang menampakkan cantik hodoh diri ini.

Setiap dari kita.
Termasuk awak. Termasuk saya.
KITA SEMUA.

Kita pun bukannya semua elok.
Kita sebenarnya TAHU, kita juga ada BANYAK perangai setan.
Cuma asyik nampak perangai setan orang lain.
Setan dalam diri sendiri jarang nak nampak.
Sebab jarang "tengok cermin".
Tengok cermin bila nak buang blackheads je. -___-

Cuba kita duduk dan diam seketika.
Tengok dalam diri.
"Oh banyak sebenarnya setan dalam diri aiyolls."
Dan each time kita realize banyaknyaaa perangai setan kita,
of course kita benci perangai-perangai buruk itu.
Kita pasti tak suka akannya.

Tapi entah kenapa.
Benci-benci pun,
kita masih berperangai begitu.
Susah rupanya nak buang perangai setan.
Semacam dah sebati.

Sebati mengumpat.
Sebati tak tutup aurat.
Sebati tinggal solat.
Sebati cakap kurang ajar.
Sebati menipu.
Sebati ambil hak orang.
Sebati bersangka buruk terhadap orang.
Sebati macam-macam.

Walaupun.
Hari-hari kita doa sungguh-sungguh.
Mintak diri dijauhkan dari sifat mazmumah.
Minta diri dijauhkan dari hasutan syaitonirrojim.

Perlahan-lahan kita cuba. Kita usaha.
Muhasabah diri.
Tahan dan latih diri.

Tapi tetap.
Perangai buruk tu ada. Walaupun kadang-kadang.

Kan?

So macam tu juga la dengan mereka di sekeliling kita.
Orang-orang yang kita meluat.
Orang-orang yang kita rasa jijik.
Orang-orang yang kita rasa bodoh, munafik, confirm masuk neraka, dan sebagainya.
Amboi kita.
Senang betul judge orang.

Mungkin.
Perangai setan yang ada dalam diri mereka tu bukan pilihan mereka.
Mungkin.
Mereka juga benci berperangai sebegitu.
Mungkin.
Mereka juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.

Kamon..
Mulai hari ni, tanam dalam otak masing-masing.
Bila nampak orang jahat.
Orang buruk perangai.
Orang kuat menipu.
Orang mulut puaka stok mintak cili.
Orang tak tutup aurat.
Orang tak endahkan solat.

Rilekkk.

Jangan benci mereka.
Tapi KESIAN kan mereka.

Sebab mereka bukan tak baik,
cuma BELUM baik.
Sama macam kita.

=)

 Please.
Stop judging.
AWAK.
 JUGA PENDOSA.

9 comments:

As-Syifaa Bahri said...

Deep

idzwa kamaruddin said...

nice reading here..

Tiha Nawi said...

True..thanks for your words sedikit sebanyak menyedarkan dan berusaha utk lebih sedar lagi...

onlia said...

oh bagusnya teguran ini.. terima kasih banyak!!!

Nini Ezlin said...

Salam, bole saya nini , nak tahu kenapa jiji homeschool haikal ye ?

nurerna hazwani said...

Juhur, kadang ngunpat mereka yg dikategorikan itu. Last2 tersedar sendiri. Sama je ngumpat dgn mrk yg dikategorikan itu. Muhasabah diri dl, baru kecian kan mereka.

Ziana Zuita said...

Tks fr igat2kan ssama kite...

Ziana Zuita said...
This comment has been removed by the author.
alongpaktam said...

Mudah mudahan kita sumer akan jd insan yg lebih baik dr hari sebelumnya..