Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan tiba.
Ramadhan tiba.
Ramadhan tiba.

Marhaban Yaa Ramadhan.
Marhaban Yaa Ramadhan.

Ramai ramai!

Ramadhan tiba.
Ramadhan tiba.

;D

 

 
 

Alhamdulillah.
1st Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Ahad.
Permulaan puasa yang rilek-rilek. Santai-santai.
Tak payah terkocoh-kocoh sangat nak prepare sahur.
Sebab hubby tak kerja so boleh tolong istewi tercehenta.
Walaupon tolong tengok je.
But sokay sokayy. Terima kasih diucapkan. -..-

Pastu cuaca semalam pun sangat membantu. Kan?
Redup mendung sedappppp je cuaca dia.
Tu yang kitorang siap boleh lepak layan Haikal main playground apa semua.
Tak panas langsung.
Alhamdulillah. Allah permudahkan.
=)

Korang amacam puasa ok tak?
Sempat sahur?
Ke bangun-bangun je dah azan?
Nanges air mata darah lah kalau begitu. Kahkah.

Puasa kali ni aku rasa gagah sikit. Gagah macam zaman bujang dulu.
Sebab puasa kali ni tak pregnant dan tak breastfeed sesiapa.
So badan agak kuat dan bertenaga.
Cuma kengkadang je kena breastfeed hubby BAHAHA.
Ok tak kelakar.
Maafkan saya di atas gurauan melampau di bulan puasa. -..-

Selepas 4 tahun kawin, baru rasa kuat balik macam ni.
Kalau tak sebelum ni, mengandung lah. Menyusu lah.
Badan lesu memanjang.
Kacip fatimah pun tidak membantu.
Fatimah corazon apetah lagi. ;D

So Ramadhan kali ni harapnya sihat dan kuat lah sepanjang bulan.
Boleh la mengaji banyak sikit.
Solat banyak sikit.
Makan banyak sikit. Eh!

Oh ramai yang tanya macam mana aku puasa selepas keguguran hari tu.
Takde masalah pun sebenarnya.
Ye aku masih dalam pantang. Baru 14 hari bhai..
Tapi aku dah boleh puasa.
Sebab dah suci dari hadas (darah wiladah).
Seawal hari ke-11 hari tu aku dah mandi apa semua.
So dah boleh solat dan puasa as usual. =)

Walaupun begitu, aku dinasihatkan supaya "berjaga-jaga" selama sebulan.
Still kena berpantang.
Makan sejuk, makan pedas kena elakkan.
Jaga ibu jari kaki jangan terlanggar apa-apa.
Doctor kata keguguran aku hari tu agak berbekas.
Sebab ada 2 kantung dan attachment pada rahim dah agak kuat.
So luka pada rahim agak teruk la lepas buat D&C hari tu.

Ada sekali tu mungkin aku bergerak terlalu banyak,
tetiba krakkk terasa sakit balik di bahagian rahim.
Pffttt rahim maarof betul.
-______-

Ok habis cerita sistem peranakan.

Aku sebenarnya nak ambil kesempatan ni untuk minta maaf dengan korang.
Bulan puasa ni kan bulan bertaubat. Bulan minta ampun. Bulan muhasabah.
So kita sesama manusia pun kena minta maaf.
Walaupun kita mungkin tak pernah kenal,
tapi mungkin korang pernah terasa ke bila baca penulisan aku kat blog ni.
Pernah tersentap terluka jiwa sanubari dek kata-kata dalam blog ni.
Mana lah tahu kan.
Harap korang maafkanlah.

Aku pun manusia biasa.
Walaupon peminat makin hari makin ramai hmmpuiii kahkah.
Aku minta maaf atas salah, silap, terkasar, terover, tercarut, termaki, terbersin, terpercik,
sama ada sengaja mahupun tidak. Sama ada sedar mahupun tidak.
Aku betul-betul minta maaf.
Ketahuilah cintaku bukan diatas kertas. Cintaku getaran yang sama. -..-

 Selamat berpuasa dan selamat beribadah, semua!

Ramai-ramai!!!
Ramadhan tiba.
Ramadhan tiba.
Ramadhan tiba.

;D

6 comments:

Suffiah zee said...

salamkenalan....suka baca blog awk....awk mkn slim laaa....comeiiii tetap comei..hehehe

Teacher Basariah said...

salam ramadhan(^_^) mungkin nnt kita akan terserempak akt teluk intan..kan kecik je tempat ni..hehehe

ain.ya.nun. said...

Selamat bepuasa AR.

Cik Asma BLuppy said...

selamat berpuasa kak.

ramai2!
ramadhan tiba
ramadhan tiba

;D

Allene said...

selamat berpuasa... pantang jangan tak pantang. dugaan untuk tahun ini.. cabaran untuk family...

Buddy Bard said...

Salam Ramadan & Selamat berpuasa!!... semoga tahun ini lebih bhaik dari tahun lepas.. Insya Allah.. AMin... Take Care!!:)